Jungwoo pov-
Aku duduk berhadapan dengan seorang banduan yang memakai baju bewarna oren dengan nombor 2318 di tepi nya
'Buat apa kau datang sini?' Jawab banduan tersebut yang ingin menculik ahreum pada tempoh hari
'Aku nak kau jujur. Aku tau kau bukan pembunuh..aku tau pembunuh tu yang arah kau buat semua ni' aku memegang gagang telefon untuk bercakap dengan nya sambil melihat lelaki banduan bernombor 2318 dari tirai kaca tersebut
'Walaupun kau tau yang aku bukan pembunuh. Tapi kau takda bukti..sia-sia je'
'Tolonglah cakap perkara sebenar dalam mahkamah nanti..aku akan bayar peguam bela untuk kau..tolong lah encikk..'
'Terima kasih sudi tolong aku..tapi aku buat semua ni untuk keluarga aku.. dia pasti akan cari aku dan keluarga aku semula kalau aku cakap perkara yang sebenar'
'Encik tak sayang keluarga encik ke? Encik nak bepisah dengan diorang?'
'Family aku tak perlukan aku dah..aku buat semua ni untuk lindungi mereka. Aku sanggup di penjara bertahun-tahun'
'Dan kau nak biarkan pembunuh tu hidup bahagia di luar sana? Kau boleh percaya ke janji seorang pembunuh? Sampai hati dia ugut kau macam ni..' aku melihatnya di sebalik tirai kaca. Air matanya mengalir membasahi pipi
Aku tahu pembunuh ini pasti membayar lelaki tersebut dan mengugutnya untuk menutup mulut
'Nanti pada hari pembicaraan mahkamah aku akan hadir. Aku harap kau fikir baik-baik dan tukar fikiran' kataku
'Hmm' dia hanya tersenyum
-
HARI PEMBICARAAN MAHKAMAH
'Defenden didapati melakukan percubaan menculik. Adakah benar.. Defenden?' Kata pendakwa raya yang berdiri lalu meletakkan kedua tangannya di atas meja defenden
'Y..ya..' balasnya
'Defenden di dapati menjadi seorang pembunuh bersiri yang telah melakukan gangguan dan paksaan seksual kepada setiap mangsa. Adakah perkara itu juga benar defenden?' Soalan terus menerus kepada banduan bernombor 2318 itu
'Maaf mencelah yang Arif. Izinkan saya memberi keterangan. Adakah pendakwa raya mendapat bukti atas tuduhan ini?' Balas peguam bela yang di upah oleh jungwoo
'Bukti nya ada pada cctv yang di pasang. Kelihatan defenden yang tinggi sekitar 176cm memakai baju hitam, bertopi dan mask pada wajahnya'
'Saya membantah! Adakah pendakwah raya pasti yang lelaki dalam rakaman cctv itu adalah defenden ini?'
'Kita tidak perlu bukti lain jika defenden yang memberi keterangan sendiri... adakah kes percubaan menculik tempoh hari ada kaitan dengan pembunuhan bersiri ini. Saya pasti yang bersalah akan melakukan gangguan seksual kepada mangsa lalu membunuh nya bukan?' Tangan pendakwa raya menghempap meja defenden
Banduan itu hanya berkelip. Badannya bergegar. Air peluh nya membasahi wajahnya
'Saya sangat membantah yang Arif! Keterangan dari pendakwah raya sangat tidak logik!!'
'Sila hormati mahkamah, peguam bela' kata hakim
'Maafkan saya yang Arif' peguam bela tunduk 90 darjah
'Izinkan saya mencelah sekali lagi, kita boleh dengar keterangan dari defenden tentang kes ini... Adakah pembunuhan bersiri ini dan kes penculikan itu dilakukan oleh defenden..? Pendakwah raya memutarkan badannya menghadap defendan
YOU ARE READING
Save Me! My Savior +KJW+
Misterio / SuspensoPembunuh bersiri yang mencari mangsa untuk memuaskan nafsu seks lalu membunuhnya dengan cara kejam. Adakah mereka dapat menyelesaikan masalah berantai ini?