Part 26 ♥

340 59 10
                                    

"Lepas tu apa jadi?" Soal ahreum yang masih keliru

"Hmm lepastu dia larikan diri dari kami semua" eunha tunduk sayu

"Maksud kau?"

"Abang mino larikan diri ke Busan. Betahun-tahun kami tak jumpa dia"

"Ah.. dia tinggal kat busan la sekarang?"

"Aniyo"

"Eoh? Jadi kembar minsoo tu ada kat mana sekarang?"

"Dia dah mati."

"Mesti minsoo dan omma kau sedih kan"

"Baguslah tu. Aku tak perlukan dia pun abang apa macam tu sanggup jual adik sendiri. Psycho tchh"

"Sabar ye eunha" aku cuba menenangkan nya

"Actually kami tak tahu pun yang dia dah takda. Lepas je abang minsoo aku dah jadi polis dia kata dia nak jumpa mino so.. minsoo buat keputusan untuk cari mino kat busan"

"Pastu apa jadi?"

"Abang minsoo kata yang mino dah takda.. omma aku setiap malam nangis sorang-sorang dalam bilik. Biarpun mino tu degil tapi dia still anak omma hmm. Tapi.."

"Tapi?"

"Lepas je abang aku balik dari busan perangai dia pelik sikit. Kalau ada kembar yang mati memang pelik ke?"

"Pasti berat buat minsoo. Memanglah minsoo dan mino kan kongsi satu rahim mestilah mereka rasa lain kalau salah satu dah takde"

"Tu jelah cerita pasal kembar minsoo. Kenapa tanya?"

"Takdelah saja je"

Skip-

Ahreum pov-

Aku berjalan sambil menikmati angin sepoi-sepoi di tempat permainan kanak kanak. Rasa bahagia bila tengok diorang main dengan gelak ketawa macam nak balik zaman childhood dulu.

Tiba-tiba seorang lelaki melanggar bahu ku dan menjatuhkan sepucuk surat di hadapan ku

"Ouch!" Badanku terundur sedikit kebelakang. Dia hanya melanggar bahu ku tanpa meminta maaf dan terus jalan ke hadapan. Wajahnya tidak ku kenal pasti kerana topi besar yang di pakainya

Aku tunduk ke tanah dan melihat sepucuk surat lalu ku ambil nya

"Mesti surat orang tadi tu.. tapi mana dia eh laju betul dia jalan"

Aku membelek-belek surat tadi untuk mencari alamatnya jadi bolehlah aku tolong hantarkan.

Terpanah mataku melihat perkataan

                 To : Choi Ahreum

Pada surat itu. Mata ku berkelip-kelip, kaki ku mula bergegar dan tanganku menjadi sejuk seketika. Untuk aku? Kenapa untuk aku? Siapa lelaki tadi tu? Kalau untuk aku kenapa tak bagi terus je kenapa mesti langgar bahu aku? Banyak persoalan yang bermain pada minda saat ini

Aku memberanikan diri membuka dan membaca surat itu. Terpampang kepingan foto ku dan satu kad yang bertaip

 
                             "YOU"


Jantungku bagaikan hendak berhenti setelah melihat perkataan ini. Clue-clue yang dikata kan oleh encik taeyong sering bermain pada fikiran ku tambah lagi dengan perkataan 'you' yang baru sahaja ku terima ini

"1LnAnextisyou"  yang bermaksud
1 love you Ahreum, next is you!

Kaki ku semakin lemah. Aku teruduk di atas tanah. Apalah nasib aku lepas ni

"Lepas ni aku" gumam ku sendiri. Aku cepat-cepat mengeluarkan telefon bimbit dari dalam beg siring ku

Incall

Jungwoo♥-

"Jjungw-"

"Yeoboseyo? Ahreum??"

"Argh lepass! Lepas! Help"

"Titt..titt..titt"

Endcall

Belum sempat ku ingin memberitahu tentang clue itu kepada jungwoo. Seseorang lelaki cuba menekup dari belakang. Hati ku sangat sakit melihat  ibu bapa yang bermain bersama anak-anak mereka di taman hanya melihat begitu sahaja. Sedikit pun mereka tidak membantu ku. Mereka hanya melindungi anak mereka sahaja.

Hidung dan mulutku di tekup menggunakan sapu tangan yang mempunyai ubat. Setelah ku menghidu bau dari sapu tangan ku. Tiba-tiba sahaja badanku lemah. Mata ku tertutup dan pengsan. Lelaki tadi membawa ku masuk ke dalam kereta

Aku terbaring di dalam kereta. Mulut ku dilekatkan dengan pita pelekat hitam. Tangan dan kaki ku terikat mati.

"Er.. eoh.." itu sahaja bunyi yang bisa ku keluarkan dengan mulut yang bertutup ini

Mata ku terbuka sedikit. Dan melihat seorang lelaki yang sedang memandu. Pandangan ku masih kabur dan tidak boleh melihat wajah lelaki itu dengan jelas. Tapi aku pasti dia adalah minsoo. Aku kenal bau perfume, dan tinggi dia

Skip-

Jungwoo pov-

"Ahreum hello! Ahreummm kau kat mana?!"

Panggilan telefon ahreum terputus aku cuba menelefon eunha

Incall
Eunha-

"Hello eunha. Ahreum mana!?"

"Apa ni tejerit-jerit ahreum baru je balik dari jumpa aku kat cafe"

Tit....

Endcall

Ahreum mana lah kau sekarang ni. Aku cuba call dia banyak kali tapi tak terjawab. Aku menyerabaikan rambut ku kerana buntu sangat apa patut aku buat. Aku terus mengambil jaket ku di atas sofa lalu mencari ahreum dengan gps pada telefonnya

Aku tiba di suatu taman permainan kanak-kanak. Aku mencari di mana keberadaan ahreun dan melihat telefon samsung pink kepunyaan ahreum.

"Ni...ni.. kan ahreum punya"  perasaan ku mula tidak sedap. Aku mengingat kembali detik-detik kematian adik aku sama seperti ini. Aku tidak mau perkara ni berulang kembali kepada diri ku

Incall-
Taeyong hyung

"Taeyong! Ahreum hilang" jerit ku pada telefon sambil berpusing-pusing di taman yang kosong itu

"Ahreum hilang!?"

"Tolonglah.. harap pihak polis boleh bantu aku sekarang cari ahreum"

"Ya ya kami akan segara mencari ahreum"

Endcall

Aku mencari ahreum di merata-rata tempat tetapi masih tidak menjumpai tanda-tanda keberadaan nya. Semua pihak polis mencari di seluruh bandar dan menampal kertas-kertas yang tertera gambar ahreum supaya orang ramai juga dapat bantu mencari gadis itu



4 days ago-



Sudah 4 hari ahreum hilang. Tapi.. aku masih tidak putus asa mencari teman wanita ku itu.

"Ahreum... mana kau sekarang? Jungwoo risau tau tak.. rindu nak tengok muka blur dan senyum ahreum.." air mata ku mula mengalir pada pipi kiri tatkala tangan ku melihat gambar ahreum yang masih tersimpan dalam gallery phone ku. Kita dah couple tapi gambar kita berdua satu pun takde.

Dalam masa yang sama. Selama ahreum hilang. Kami digemparkan dengan berita, Lee minso dari unit polis itu juga turut menghilangkan diri. Aku sudah memang menjangka yang Lee Minsoo adalah bekas teman lelaki Ahreum dan juga "Pembunuh Bersiri" yang sebenar

skip-

_______________________________________

Aku tak sabar nak habiskan story ni!!
Lepas baca don't forget to comment and vote tau!

Save Me! My Savior +KJW+Where stories live. Discover now