7

3.2K 202 38
                                    

HAIDER kembali menoleh ke arah Sofia bila terasa lengan bajunya ditarik lembut. Baru saja bagasi milik gadis itu dikeluarkan dari kereta miliknya sesudah mereka sampai di perkarangan rumah agam yeye.

Kening Haider angkat sambil mempamerkan wajah tidak berperasaan. Sofia teguk liur sekali.

"Aku ada benda nak cakap kejap." Haider berkerut nipis sebelum melepaskan bagasi milik Sofia. Seraya itu Haider pusingkan tubuhnya menghadap Sofia. Mata mereka kembali bertemu.

"Kau nak cakap apa?"

Sofia tatap lama sepasang iris coklat milik Haider. Apa kelak nanti dia diberi peluang untuk menatap sepasang mata ini lagi?

Sofia ukir senyum nipis.

"Nothing. Cuma nak cakap tahniah atas pertunangan kau." Sofia melarikan pandangan matanya dari terus bertembung dengan anak mata coklat milik Haider.

"And one more thing." Kini Sofia lebih memilih untuk memandang jubin keramik di bawah. Gugup bila merasakan Haider tidak lepas memandangnya.

"Pasal tadi tu , tak payah lah beritahu ayah aku. Aku tak nak keruhkan keadaan..." Haider memandang Sofia tidak percaya. Setelah apa yang sudah berlaku , Sofia masih memilih untuk berdiam diri?

"Halena.." Haider mula bersuara ingin membantah. Namun..

Sofia panggung wajah sekali gus menyatukan pandangan mata mereka.

"Jangan risau Haider. Aku tahu jaga diri."

Sofia curi nafas sesaat.

"Aku minta tolong sangat lepasni kau jangan kisahkan aku lagi." Haider terkedu.

"Bila kau buat macam tu , kau macam bagi aku harapan , Haider. Tolonglah faham , aku perempuan. Dan perempuan mudah berharap. Aku dah penat untuk terus berharap dan aku dah tak mahu berharap apa apa lagi pada kau." Sofia menyusun kata kemas. Matanya melirik Haider kejap sebelum kembali dijatuhkan memandang kakinya.

"And thank you for everything you have done for me. Aku harap lepasni kita boleh lupakan semua yang pernah jadi antara kita. Aku dah maafkan semua salah kau pada aku. Dan aku harap kau pun buat benda yang sama.."

"Anggap je kita tak pernah kenal sebelum ni." Senyuman kecil kembali dilorek sebelum wajah diangkat memandang anak mata Haider yang masih memandangnya tunak.

"So I consider this is our end , Haider." Bagasi ditarik sebelum dia melangkah meninggalkankan Haider.









***








PUAN Aubrey yang mengintai anak gadisnya di balik daun pintu bilik itu tersenyum senang melihat anak gadisnya yang berbaring di tengah katil sambil melihat jari manisnya yang tersarung cincin.

Pintu ditolak lembut.

"Amboi anak mama , suka ya dapat bertunang dengan lion?" Puan Aubrey kini mengambil tempat dibirai katil anak gadisnya itu. Anastasia tersenyum manis.

Laju dia bangun dan memeluk tubuh tua ibunya.

"Mestilah suka! Thank you mama. An bahagia sangat dapat bertunang dengan lion." Luah Anastasia bahagia. Gila tak bahagia? Dia kini sudah bergelar tunangan kepada Rayyan Haider Yeong , pujaan hatinya sejak dulu!

"Bagus lah , mama happy kalau An happy. Lagi satu memang lion patut bertanggungjawab dengan apa yang dia dah buat pada An dulu." Kepala Anastasia diusap lembut. Anastasia diam , kalau lah ibunya tahu perkara sebenar. Mati dia dikerjakan ibunya nanti.

The King of Dévil ✔️Where stories live. Discover now