GADIS yang baru saja melangkah masuk ke kafeteria itu berjaya mencuri perhatian seseorang. Tanpa sedar gadis itu ditenung tanpa berkelip. Sesaat pun matanya tidak lepas memandang gerak geri si gadis.
"Oi , mata kau.. laju aje kan?" Rakan semejanya , Zayn menegur. Lelaki itu tayang tersegih sebelum matanya kembali memandang gadis yang menarik perhatiannya.
Cantik.
"Aku tahu lah Sofia tu cantik , tapi janganlah tenung dia sampai macam tu sekali." Kali ini rakan semejanya yang lain pula memerli , Faris. Lelaki yang sedari tadi tidak lepas merenung gadis kecil itu sedikit tersentak, laju kepala tertoleh ke kiri.
"Kau kenal dia?" Laju dia bertanya.
"Come on Raf. Ini Faris Ikmal okay. Mesti lah aku kenal." Rafael tayang muka bosan sebelum bibirnya mengukir senyum herot.
"Huh, belagak.."
"Siapa nama dia?" Rafael menduga.
"Halena Sofia."
Halena Sofia? What a sweet name..
"Nama panjang?" Duga Rafael lagi. Berpeluh juga Faris dibuatnya sebelum suara husky Zayn mencelah.
"Halena Sofia binti Shafiee , student account." tenang suara Zayn mendedahkan nama panjang gadis yang menjadi bualan mereka.
Rafael mencebik.
"Tch , sama course dengan kau rupanya. Patut lah kau tahu." Mata kembali jatuh pada wajah manis yang saat ini sedang ketawa kecil. Manis. Melihat dari jauh saja mampu buat jantung Rafael berdegup kencang. Fuh!
"Tapi kenapa aku tak pernah nampak dia eh?" Soal Rafael lagi. Pelik. Ini merupakan kali pertama dia melihat gadis yang bernama Halena Sofia itu.
"Idiot. Kau mana kenal budak pendiam macam dia tu." Sampuk Faris pula. Rafael berkerut halus.
"Pendiam? Serius?" Soal Rafael tidak percaya sebelum mata kembali tertancap semula pada gadis kecil itu lagi.
"Ya. Dia tak banyak cakap. Macam sombong sikit. Introvert kut." Kini giliran Zayn pula membuka mulut. Mendengarnya , bibir merah Rafael mengukir senyum lebar.
"Oh , menarik.."
"Just forget your intentions bro." Tegah Zayn serius , tanpa sedikit pun memandang Rafael. Mendengar itu wajah tampan Zayn yang leka membelek iPad di tangan dijeling.
"Kenapa pula?"
"Classmate aku cakap dia dah bertunang."
"What?! Tunang? Dia sebaya kita kan? Baru 21 tak kan lah dah bertunang. Nonsense , muda sangat!" Celah Faris tidak percaya. Terkejut beruk dibuatnya. Mana mungkin baru berusia 21 tahun sudah menyandang gelaran tunangan orang. Terlalu muda!
"Siapa cakap 21 tak boleh bertunang? Kau je yang pandai pandai. Sekarang umur 18 pun dah beranak pinak." Balas Zayn tenang.
"Betul ke , Zayn? Jari dia tak ada cincin pun." Tanya Rafael tidak berpuas hati. Sempat jari gadis pujaannya itu ditilik dari jauh. Enggan mempercayai kenyataan yang dilempar Zayn tadi. Baru sebentar tadi semangatnya berkobar-kobar mahu berkenalan dengan gadis bernama Halena Sofia itu , namun selepas mendengar kenyataan Zayn buat Rafael tidak senang duduk.
Betul ke Halena Sofia dah bertunang?
Zayn angkat bahu tenang.
"Terpulang lah. Nak percaya , percaya. Tak nak sudah." Tukas Zayn tenang. Air kembali diteguk.
Rafael mengerling Sofia sekilas.
Damn , too gorgeous to resist.
"Kalau betul pun , baru tunang. Kahwin pun boleh cerai ini kan pula baru bertunang." Seraya itu Rafael bangun dari duduknya. Beg ditarik ke bahu sebelum kaki panjangnya mengatur langkah ke meja Sofia. Zayn dan Faris sudah memandang Rafael tidak percaya. Sudah lah tanpa sebarang pamitan. Dasar.