2

3.2K 227 67
                                    

KEADAAN meja makan pada hari itu agak meriah dengan kepulangan Haider. Rata-rata akan memuji perubahan pada diri Haider. Setelah agak lama mereka berdiam dan menikmati makanan masing-masing suara Haider kembali kedengaran.

"Halena sihat?" Perlahan saja nadanya. Soalan yang baru saja dilontarkan itu buat jantungnya sendiri berdegup kencang. Soalan yang sedari tadi ditahan dari meluncur keluar dari ulas bibirnya.

Puan Haina tersenyum kecil sebelum memandang bapa mentuanya. Faham benar dengan situasi mereka berdua.

"Sofia sihat. Dia tinggal dengan nenda, tak tinggal sini." Beritahu Puan Haina. Haider angguk.

Sudah lama rasanya dia dan Sofia tidak bersua muka. Hampir lima tahun. Pelbagai cara dicari Haider untuk mengelak dari bertentang mata dengan 'adik' nya itu.

Dia sendiri belum bersedia untuk berjumpa dengan Sofia. Jujur , dia sendiri belum boleh melupakan Sofia. Bagaimana mahu melupakan gadis itu kalau gadis itu masih menjadi orang yang sama yang mengambil ruang dalam hatinya?

Namun Haider sedar , tiada jodoh antara mereka. Tidak mungkin dia mahu menjalin hubungan cinta dengan anak tiri bapa saudaranya sendiri? Bapa saudara yang sudah dianggap seperti bapa kandungnya sendiri , apa pula pandangan orang ramai nanti? Apa reaksi ahli keluarganya pula bila mengetahui dia masih menyimpan perasaan pada adik tirinya? Sungguh keadaan memang menyukarkan Haider untuk membuat pilihan mengikut kata hati.

"Ohh.." Hanya itu balasan dari Haider. Akal fikirannya sudah mula berteka-teki. Masih sayang kah Sofia padanya? Atau gadis itu sudah menggantikan tempatnya dengan lelaki lain? Haider menarik nafas berat. Mustahil Sofia masih menyimpan rasa buatnya setelah apa yang telah diperbuat dulu. Dalam hati sudah memaki hamun rancangan bodohnya dulu. Tapi bukan kah ini yang dia mahu? Dia mahu Sofia membencinya dan melupakannya?

Ya. Mungkin saja Sofia sudah membenci dan melupakan semua tentang dirinya. Tempoh lima tahun sudah lebih dari cukup buat Sofia memadam namanya dari hati gadis itu.

Bersediakah dia untuk melihat gadis yang dicintai bahagia disamping lelaki lain? Sungguh , soalan ini sering bermain di kotak fikirannya sejak dulu. Dia sendiri belum siap melepaskan Sofia untuk bahagia bersama lelaki lain. Tapi siapa dia untuk menghalang?




***


PINTU kafe itu ditolak laju. Perut sejak tadi sudah keroncong minta diisi. Panggilan dari nenda di angkat sebelum kakinya memilih meja kosong yang terletak di belakang meja sekumpulan lelaki.

"Ya, kejap lagi Fia balik. Nenda jangan lah risau."

Setelah talian dimatikan. Sofia menggelang bila teringat sikap overprotective nendanya itu. Sesudah memesan makanan , Sofia dikejutkan dengan sapaan seseorang.

"Hi angel!" Kepala serentak memandang gerangan yang berdiri di tepi mejanya. Sofia mengeluh sebelum wajahnya berubah sedikit keruh.

"Awak ikut saya?" Rimas betul dibuatnya. Entah apa masalah lelaki di hadapannya ini.

"Kenapa tak ajak Medina teman awak? Bahayalah keluar sorang sorang angel." Jelas nada khuatir dalam bicaranya. Kerusi di hadapan Sofia ditarik sebelum punggung di labuhkan tanpa rasa malu dan segan. Soalan Sofia pula dibiarkan berlalu.

"Suka hati saya lah. Awak ni memang tak ada kerja ke? Boleh stop tak kacau saya?" Garang Sofia memberi arahan. Namun bila melihat reaksi yang dipamerkan Sofia malah buat Rafael pamer senyum manis.

"Kenapa pula saya kena stop?" Rafael menopang dagu sambil matanya meliar merenung wajah manis Sofia. Cantik!

"Sebab saya rimas! I don't even know your name. So please stop , saya tak selesa bercakap dengan stranger." Tegas Sofia garang. Berasap betul dengan sikap lelaki di hadapannya ini. Rimas!

"Salah awak lah tak tanya nama saya." Amboi.

"Sorry , tapi saya tak berminat pun nak tahu nama awak." Bidas Sofia selamba. Sengaja berkata begitu dengan harapan lelaki itu berhenti menganggunya.

Rafael ketawa kecil. Sofia terkedu. Kacak!

Tapi..

Wait? It's been five years. Stop it Sofia!

"Nevermind. Awak minat ke tak , saya tetap nak kenalkan diri saya.." Kali ini ulas bibir itu mengukir satu senyum pencair hati. Manis!

"Nama saya Rafael Haikal bin Dato Idris , bakal suami awak." Usai berkata , satu kenyitan mata diberi pada Sofia. Sofia tarik muka. Ew!

"Excuse me , saya dah bertunang. Boleh tak awak berhenti kacau saya?" Bohong Sofia. Namun reaksi Rafael jauh dari tangkapan Sofia. Lelaki itu hanya tergelak halus.

"Tunang? Come on angel , alasan tu awak boleh guna untuk tipu semua orang. But not me..." Jari-jemari runcing Sofia dikerling sekilas.

"Tu jari awak tu. Tak ada cincin pun? Nak mengaku tunang orang pula. Tak apa nanti saya merisik cepat cepat ya kalau awak nak sangat jadi tunang orang. Jadi tunang saya." Selamba Rafael menyusun ayat. Kening dijongket berkali-kali.

Wajah Sofia berubah merah. Entah kerana marah atau malu. Tapi yang pasti ianya membuatkan Rafael bertambah angau pada gadis bernama Halena Sofia.

Berbeza dengan Rafael.

Sofia jadi rimas! Kurang senang dengan kehadiran lelaki asing itu. Bukan. Bukan kurang senang tapi memang tidak senang dengan kehadiran lelaki itu! Merosakkan moodnya!

Tangan laju menyeluk beberapa not ringgit sebelum diletakkan di atas meja. Langkah sudah diatur untuk berlalu keluar dari kafe itu. Hilang pula selera dengan kehadiran lelaki bernama Rafael itu.

"Angel... awak nak pergi mana?" Lembut saja Rafael menyoal.

"Balik. Hilang selera saya tengok muka awak!" Baru melintasi satu meja lengannya sudah diraih Rafael lembut dari belakang.

"Angel..."

"It's Sofia. Not angel , Rafael." Sumbang tahu tak dengar?

"But I love to call you angel , Halena."

Pap!

Halena. Nama yang hanya digunakan seseorang untuk memanggilnya dulu.

Haider.

Sofia pusingkan tubuhnya sepenuhnya menghadap Rafael. Mata garang memandang Rafael. Pandangan pelanggan di kafe itu diendahkan. Pedulikan mereka!

"Don't you dare to call me by that name."

"But why? Halena is your name too angel." Berkerut kening Rafael. Pelik dengan sikap gadis cantik di hadapannya tika ini. Perlahan , lengan Sofia ditarik lembut , menghapus jarak di antara mereka.

"Lepaslah!" Lengan ditarik dari pegangan Rafael. Rafael mengangkat kedua-dua tangannya sebagai tanda maaf sebelum kembali bersuara lembut.

"Look angel. You don't even take a breakfast this morning kan? At least makan lah dulu."

"Okay sorry kalau saya kacau awak tapi please makan dulu? Jangan buat saya risau." Lembut nadanya. Sofia hela nafas berat. God! Annoying betul sikap lelaki ini.

"Are you spying on me?" Garang Sofia menyoal. Tak selesa bila semua aktivitinya diketahui lelaki asing itu. Rafael mati kata bila menyedari keterlajurannya.

"Angel , I'm sorry. Really sorry. Saya cuma nak berkawan dengan awak je. Saya tak ada niat jahat pun angel. Sumpah!" Bersungguh-sungguh Rafael meraih kepercayaan Sofia.

Sofia peluk tubuh sebelum merengus kasar. Mata dilarikan dari terus memandang gerangan di hadapannya tika ini. Meluap-luap rasa marahnya pada lelaki itu. Sudah lah semua gerak gerinya diperhati lelaki itu. Psycho ke apa?

Niat untuk mencari sedikit ketenangan terbantut bila mataya bertembung dengan sepasang mata yang sejak dulu redup memandang. Sofia kaku. Dada sudah dihambat debar. Tambahan apabila saat ini lelaki itu sedang memandangnya dengan senyuman nipis terlakar pada ulas bibirnya.

Laju Sofia alihkan mata dari terus bertembung dengan lelaki itu. Jantung berdegup kencang. Perasaan yang sama seperti dulu. Rasa yang sama setiap kali mereka bertentang mata dulu. Langkah terus diatur keluar kafe tanpa menghiraukan panggilan Rafael.

The King of Dévil ✔️Where stories live. Discover now