4

117 4 1
                                    

6.30 pagi memabasuh baju? Kerja gila
Ya, itu yang aku cuba buat sekarang. Setelah menonton drama murah yang dilakukan oleh mereka. Aku tekad untuk tidak lagi menonton.

Cukup sampai situ sahaja. Ikutkan niat dihati mahu sahaja aku pindah daripada rumah ini. Tetapi akal ku menidakkannya.

Aku tiada apa apa. Harta tiada,pangkat tiada dan keluarga juga tiada. Dulu aku percayakan nafiz tapi sekarang aku tersilap langkah. Bodohnya aku berharap kepada dia. Bodohnya aku tinggalkan kerja dan pelajaran aku demi si dia.

"Zara" tiba tiba ada suara menegurku.

Pantas aku menolah kebelakang. Fie hanya memakai bathrobe dan menyanggulkan rambutnya ala ala messy bun yang membuatkan leher jinjangnya kelihatan.

Aku memejam mata menahan rasa. Lovebite? Aku taksanggup melihatnya. Lantas aku berpaling untuk meneruskan aktivitiku yang tergendala.

"Ya" sahutku hanya satu perkataan sahaja yang muncul.

"Awalnya kau basuh baju? Matahari pun belum naik lagi. Ni aku turun nak amik air haus pulak"

Bukan itu yang aku mahu perkataan yang keluar dari mulutnya. Bukan. Aku hanya mahu sebuah kemaafan dan sebuah penerangan.
Aku hanya diam. Aku takut jika aku membuka mulut akan ada peperangan. Aku tidak mahu.

Melihat aku hanya diam. Dia hanya membuka mengambil air dan segera naik ke atas. Tahu la bahawa aku marah padanya.

Kiraku dia sudah masak dengan perangai ku ini. Hampir 5 tahun menjadi bestfriend. Tidakkah dia tahu bahawa aku seorang yang tidak suka dengan gelaran peremapas?

Ternyata aku salah, fie belum cukup masak dengan perangai aku. Kalau dulu dia lah tempat aku meluahkan rasa apabila ada masalah dengan suami aku. Kalau dulu dia lah sering membantu aku dalam segala hal. Dan kini dia lah pemusnah hidup ku. Hanya sekelip mata


Terjaga pada pukul 8.00 pagi . Penat membasuh baju aku terlelap seketika.

Seusai mandi aku keluar dari bilik dan menapak kedapur.

Sarapan sudah dihidangkan. Wah mesti nafiz suka kan? Kalau bini pertama pemalas, bini kedua ada. Untung hidup awak nafiz. Semuanya ada orang nak buatkan.

Aku mengambil tempat duduk jauh dari nafiz. Fie tidak kelihatan. Aku diam tidak bercakap apa apa

"Sayang, kenapa jauh sangat tu duduk? Dekat sini sikit sebelah abang"

Tolong, tolong lah jangan gelarkan diri awak abang dan gelarkan diri saya sayang. Cukup.

Aku hanya menggeleng kepala. Gila kalau aku mahu duduk berdekatan dengannya. Aku sekarang berada difasa pertama untuk melepaskan.

Dia datang mendekatiku. Aku hanya buat bodoh buat tidak tahu. Focus menyapu roti bersama jem cokelat.

"Abang nak cakap sikit ni, sayang kenapa taklayan fie? Pagi tadi fie bagitahu saya yang sayang taklayan dia. Now tell me why you ignore her like that?"

Sudah ku jangka kan, bukan ini aku mahu pada breakfast pagi ini. Nafiz telah merosakkan mood pagi aku. Aku hanya diam. Aku tidak bersuara.

"Kenapa diam? Abang tanya kan? Dah takde mulut nak cakap? Bisu dah? Diam macam budak bodoh"

Sungguh. Sakit rasanya bila dipanggil bodoh, kalau bodoh dia lah orang paling pantang bila ada orang panggil aku dengan gelaran bodoh.
Betul aku mengaku memang aku bodoh. Tak seperti fie yang berjaya membuka butik sendiri. Terlampau menahan rasa sampai aku mahu nangis.

Setitik dua air mata jatuh. Payau rasa ketika ini.
"Awak tak pernah tanya saya pun apa yang saya rasa. Apa yang saya nak . Awak tak pernah tanya pun. In fact...." menarik nafas panjang untuk membetulkan suara

"In fact awak pagi pagi lagi dah marah saya. Saya taktahu betul ke dulu awak sayang saya. Saya taktahu betul ke awak kawin dengan fie hanya mengikut arahan mummy dan daddy? Saya clueless. Betul saya bodoh. Saya bodoh percayakan awak."

Dia terdiam sepi disitu. Terciduklah tu. Aku mahu sambung bercakap tetapi melihat fie turun tangga membuat hati aku sayu. Pandang mata suamiku

"Awak nak tahu kenapa saya diam bila fie tanya? Sebab dia ambil hak saya. Awak tanya lah dalam dunia ni sekalipun, tak akan ada bini yang merelakan di madu. Takkan ada. Awak cakap awak terpaksa tapi saya nampak kat leher fie ada lovebite! Itu terpaksa ke awak?" Lirih suara aku. Sakit aku rasa. Di tipu hidup hidup.

"Dan kau fie? Kau bodoh ke? Kita hampir 5 tahun berkawan, dan ni kau balas kt aku? Rampas laki aku? Aku taktahulah nasib malang apa yang kena kat aku. Tahu tahu semua kau kebas. Bodoh perampas"

Pang! Nafiz melempang muka aku. Aku terkedu seketika. Kuat tamparan dia membuat bibirku berdarah.

"Dont you dare to call her like that! Manners zara! She's my wife!"

Yes! Im your wife too! Jerit ku dalam hati

"Untuk ini terima kasih nafiz. Awak dah musnahkan segalanya. Terima kasih. Betul saya takde manners tapi awak fikir balik dengan perampas macam dia nak kena ada manners? Jangan nak bermimpi."

——

Setelah pergaduhan itu berlaku, aku keluar dari rumah. Mujur aku mempunyai kereta kancil yang diberikan oleh suamiku. Ye tu semua hak suami aku.

Aku mengeluh seketika, tasik dihadapan ini sungguh tak memberikan kedamaian kepadaku. Kalau dulu tasik ni lah yang selalu dituju oleh aku dan nafiz. Sekarang tidak lagi.

Mengelap air mata, rasa macam bodoh bila pakcik makcik joging melihat aku menangis. Benda yang sia sia. Sekurang kurangnya segala bebanan aku sudah lepas. Aku sudah meluahkan semuanya. Aku memegang perut yg membukit sedikit. Usap perlahan lahan sambil memejam mata. Aku terfikir dengan nasib anak ini. Dan lagi sekali air mata aku jatuh.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 25, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

HOMEWhere stories live. Discover now