💎C2: Jeonghan

540 75 50
                                    

Wp buat hal lah pergi buang chp jeonghan dgn Joshua (ಥ_ಥ)

Dream : 2

"Yahh oppa haishh jangan kacau Younghee lah"

Younghee yang sedang fokus membuat homeworknya dikacau oleh Jeonghan. Ini yang Younghee tidak suka kalau lelaki yang bernama Yoon Jeonghan ini datang ke rumahnya.

Jeonghan yang tidak puas mengacau Younghee lalu dia menarik buku Younghee.

Younghee pula sudah pandang dia kecik besa kecik besa saja. Kalau dapat dia nak je lunyai-lunyai lelaki itu. Tak boleh tengok orang senang je.

"Nanti lah buat kerja tu, oppa bosan lah",katanya sambil mengangkat buku Younghee ke atas.

Younghee yang berketinggian 160 cm itu sudah terlompat-lompat ingin mengambil bukunya .

"Bagi balik lahhhhh"

Entah macam dia boleh terpijak kaki Jeonghan dan secara automatik Jeonghan mengangkat kakinya dan Younghee hilang keseimbangannya membuatkan dirinya terjatuh bersama Jeonghan.

Muka Younghee tersembam pada dada Jeonghan dan dia boleh mendengar degupan jantung Jeonghan.

"Laju betul jantung dia berdegup macam baru lepas buat larian pula",desis hati Younghee.

Younghee yang ingin bangun tetapi ada satu tangan memeluknya dan tak lain dan tak bukan, Jeonghan yang memeluknya

"Younghee selalu buat jantung oppa tak boleh duduk diam tahu tak?"

"Younghee tak tahu, dah lepaskan saya",pinta Younghee pula. Tetapi Jeonghan tidak mengendahkannya.

"Younghee.. ",seru Jeonghan yang ingin mengatakan sesuatu padanya.

Tapi yang peliknya kenapa Jeonghan mengulang-ulang menyebut namanya. Lama kelamaan makin nyaring pula namanya disebut.

"YOUNGHEE!!"

SPLASH

Younghee terbangun dari tidurnya dalam keadaan basah kuyup. Rupanya ommanya menyiram dirinya menggunakan hos paip halaman rumahnya.

Younghee sebenarnya berada di halaman belakang rumah, dia terlelap sekejap lepas habis menolong ommanya menanam pokok bunga.

"Kenapa omma aku kejam sangat kacau aku nak bermimpi Jeonghan oppa tadi?",katanya pada diri sendiri. Ommanya yang sudah berleter di depannya itu langsung tidak didengar nya. Dia boleh pula mengelamun fikiran mimpinya sebentar tadi. Lepas tu tersengih-sengih macam orang gila bayang saja.

Tiba-tiba ommanya menarik telinganya.

"Kamu dengar tak apa omma cakap ni?"

"Omma sakit lah",aduhnya sambil memegang telinganya yang sudah merah.

....

Di bilik dance practice svt

Jeonghan terjaga dari tidurnya, lalu dia memandang membernya yang lain sedang berlatih dan ada yang membuat kerja masing-masing.

"Younghee?"

Terbit segaris senyuman pada bibirnya.

"Cantik nama tu sama cantik dengan orangnya",katanya lagi.

"Apa yang cantiknya hyung?",kata DK yang dari tadinya berada di sebelahnya. Kalut terus Jeonghan dibuatnya.

"Hyung ada yeochin eak?? Bagitahu Scoups hyung yang hyung curang dengan dia",usik DK yang sudah sedia mahu memanggil Scoups tetapi Jeonghan terlebih dahulu menekup mulutnya.

"Aku tak gay okay! Aku seteret lagi"

"Straight Han bukan seteret",kata Joshua yang membetulkan english Jeonghan.

"Hyung mimpi je tadi aduh kau ni, bagi pelempang kang naya kau"

DK pula sudah tersengih-sengih malu dengan dirinya.

"Sore hyung"

"Ni lagi sorang, sorry bukan sore",ujar Joshua lagi.

Tabah josh tabah

"Yelah hyung yelah alas aye nak layan hyung ni"

DK pun berlalu menuju ke arah Seungkwan dan Hoshi.

....

Maaf pendek benar chp ni

Spnj video ni mula sampai ke akhir aku tak tahan nak ketawa 🤣🤣🤣

[©] 𝑫𝒓𝒆𝒂𝒎 : 𝑺𝒆𝒗𝒆𝒏𝒕𝒆𝒆𝒏Where stories live. Discover now