💎Epilog

425 64 33
                                    

Younghee yang baru saja keluar dari biliknya dengan berpakaian kemas mahu keluar bersama Arin.

Arin tiba-tiba menelefonnya kerana kawannya itu mahu melihat assignment Younghee sedangkan Younghee tu pula, assignment juga belum siap akibat sibuk dengan mengemas rumah baru mereka itu.

"Kim Younghee, ke sini sekejap",laung  omma Younghee dari dapur.

Younghee dengan malasnya menghampiri ommanya . Dia letih sebenarnya, satu malam dia tidak tidur akibat mengemas rumah baru mereka lepas habis mengemas, dia gagahkan diri menyiapkan assignmentnya yang sudah lama tidak disentuhnya. Jangan ikut ye anak anak sekalian, perangai si Younghee ni.

Sudah 3 hari mereka berpindah di situ. Sempat juga lah mereka menyapa jiran-jiran baru mereka walaupun sibuk.

Omma Younghee kadang-kadanga sibuk dengan butiknya, Appa nya pula sibuk dengan urusan companynya. Younghee pula? Dia tak sibuk pun, sibuk membuta je,  buat peta air liur mentang-mentang cuti suka hati dia je nak buat apa. Assignment dia baru semalam di buat.

"Ye omma kenapa panggil hee?"

Tanpa menjawab soalan anak daranya itu, omma Younghee menghulurkan satu bekas container yang berisikan mee goreng kepada Younghee.

"Omma, takkan nak suruh hee makan satu bekas ni nanti ge----"

"Deyy ni bukan untuk kamu ni untuk jiran sebelah kita tu jiran yang lain omma dah bagi tinggal sebelah kita tu je belum sebab masa omma nak bagi semalam dorang tak ada kat rumah"

Younghee mengeluh perlahan, bersemuka dengan orang yang dia baru kenal adalah perkara yang susah bagi dia, dia bukan jenis yang peramah dengan orang dia baru kenal kalau orang yang sudah lama dia kenal ha siap je lah perangai shyton dia keluar menguasai dirinya.

"Ala malas lah omma. Hee nak jumpa Arin ni kang lambat dia membebel macam mak nenek",alasan Younghee.

"Okay malas, omma tak nak bagi kamu duit bulan ni"

"Halah halah main ugut-ugut pula dia yelah"

Younghee pun mengambil container tersebut lalu keluar dari rumah dan lantas ke rumah sebelah.

Loceng rumah tersebut ditekannya. Sementara menunggu tuan rumah membuka pintu dia memusingkan badan ke belakang melihat halaman jiran barunya itu.

"Ye awak cari siapa?",ujar seseorang. Sepertinya suara lelaki lalu Younghee memusingkan badannya menghadap lelaki itu.

Alangkah terkejutnya Younghee apabila melihat lelaki di hadapannya itu.

"Wat dek hek, aku tak bermimpikan weh tolong bangunkan aku dari mimpi ni wehh gue gak tahan lagi!",desis hatinya.

"Takkan seventeen ni jiran aku woihh, takkan lah lelaki kat depan aku ni Sekup oppa wehhh tolong katakkan ini hanya mimpi semata-mata!",desis hatinya lagi.

"Y-younghee?"

Makin terkejut lah si Younghee itu apabila Scoups mengenalinya.

"M-macam m-mana awak tahu nama saya?"

Dengar saja Younghee berkata sedemikian, lelaki itu memanggil kawannya.

"WEH KIM YOUNGHEE TU WUJUD WOIH DIA ADA DEPAN MATA AKU SEKARANG NI WEH KORANG DATANG SINI SEKEJAP!"

Maka terdengar lah tapak-tapak kaki menuju ke muka pintu tersebut.

Younghee pula sudah blur tahap gaban tidak tahu nak beri riaksi apa.

Yelah tiba-tiba idol kenal dia ni yang orang biasa ni.

"HAH MANA DIA MANA DIA WEH SAMPAI HATI DIA AMBIL JAKET HARIMAU TUU"

[©] 𝑫𝒓𝒆𝒂𝒎 : 𝑺𝒆𝒗𝒆𝒏𝒕𝒆𝒆𝒏Where stories live. Discover now