💎C5: Hoshi

409 69 41
                                    

Dream: 5

Younghee berjalan masuk ke dalam sebuah kedai pakaian. Semasa dia membelek-belek sepasang baju, matanya tertancap pada satu jacket yang bercorak harimau.

Baju yang dibeleknya itu di simpan ke tempat asalnya lalu dia menghampiri bahgian jacket yang dilihatnya tadi. Dia ingin mengambil jacket tersebut tetapi terdapat sepasang tangan juga ingin mengambil jacket itu.

Younghee pun memandang empunya tangan itu. Alangkah terkejutnya apabila dia melihat wajah lelaki itu.

"Soonyoung?"

Kwon soonyoung, sepupu belah omma Younghee dan juga musuh abadinya. Lelaki itu suka membuat dia marah, dan suka mengacaunya dan membulinya. Tu yang dia tidak suka pada lelaki itu.

Younghee baru teringat yang Soonyoung ini suka sangat dengan barang-barang yang berkaitan dengan harimau. Lalu dia menarik jacket itu daripada tangan lelaki itu.

"Bak balik jaket tu! Aku dulu yang datang sini",ujar Soonyoung sambil merenung Younghee.

Lalu Younghee menjelirkan lidahnya kepada Soonyoung.

"Aku yang dapat dulu okay, kau baru je nak ambil tadi kan"

Soonyoung berdecit melihat sikap Younghee itu. Lalu dia menarik jaket itu dari tangan Younghee.

"Bagi balik jaket tu!"

"Woihh terkoyak jaket ni"

Maka mereka berdua pun melakukan sesi tarik-menarik jacket bercorak harimau itu.

"Baaaagiiii aaaaakkkkkuuuuuu jaaaaaaakeeet tuuuuuuuu!!! "

"Taaaaakkkkknaaaaakkkkkkkk"

Pekerja kedai itu pula berdoa-doa agar jaket tersebut tidak terkoyak.

PAAKK!

Kepala Soonyoung dan Younghee diketuk dengan menggunakan handbag memilik Omma Younghee.

"Omma/Aunty sakit lah!",jerit Younghee dan Soonyoung.

"Kamu berdua ni kan, dari kecik sampai ke besar tak habis-habis nak gaduh je kalau jumpa. Omma kahwinkan korang berdua baru tahu! ",bebel omma Younghee.

Younghee dan Soonyoung yang dari tadinya memandang lantai kerana tidak mahu memandang wajah omma Younghee sedang marah lalu mengangkat wajah mereka apabila omma Younghee berkata tentang kahwin.

Lalu mereka memandang antara satu sama lain.

"Aku? Kahwin dengan kau? Eww not my taste lah",ujar Younghee sambil membuat muka menyampahnya.

"Aku pun tak hingin nak kahwin dengan kau lah!!",kata Soonyoung yang tidak mahu kalah dengan Younghee.

"Apa kau nak gaduh meh lah gaduh, kau ingat kau namja aku takut dengan kau? Tak lah weh",kata Younghee yang mahu memulakan pergaduhan lagi sekali.

"Halah kau ni, senang je aku lawan kau balik",lagak Soonyoung pula.

Omma Younghee pula sudah geram melihat mereka berdua lalu dia menarik telinga anaknya dan anak saudaranya itu.

"Omma dah bebel dah tadi, masih juga nak gaduh! Ha ambil ni"

Omma Younghee menarik telinga dua orang itu dengan sekuat hatinya.

Rip lah telinga mereka berdua itu.

"AAAAA AMPUNNN JANJI TAK GADUH LAGI!"

Tiba-tiba saja Younghee menjerit. Ommanya sedang syok menonton televisyen terkejut mendengarnya.

"Kamu dah kenapa? Terkejut omma tau"

Younghee memandang ommanya lepas itu dia memegang telinganya.

"Fuhh nasib mimpi je"

....

"WOOZI AKU MINTA MAAF WOIH AKU TAK ADA NIAT PUN NAK KACAU KAU BUAT KERJA. AKU MIMPI TADI. AMPUNNNNN!!",jelas Hoshi yang sedang menyorok bahwa sofa di studio Woozi.

"KAU TAHU TAK AKU TERDELETE INSTRUMENT YANG AKU BUAT SEMALAM SEBAB KAU NI, AKU TAK CUKUP TIDUR SEMATA-MATA NAK SIAPKAN BENDA NI AGRHHHHH", marah Woozi sambil memegang guitarnya yang sudah sedia mahu menghempuk Hoshi.

Wonwoo yang baru masuk melihat kejadian tersebut lalu keluar semula.

"Baik aku jangan masuk campur hal rumah tangga dorang",ujarnya.

"Wonu hyung~~~",panggil Mingyu yang ingin menghampirinya.

"Ah sudah malapetaka apa yang datang ni"

[©] 𝑫𝒓𝒆𝒂𝒎 : 𝑺𝒆𝒗𝒆𝒏𝒕𝒆𝒆𝒏Where stories live. Discover now