| 1 |

1.3K 74 3
                                    

IMAN menenyeh kedua matanya dengan perlahan lalu bangkit dari pembaringan. Kakinya menyentuh lantai tanpa membuat sebarang bunyi agar tidak menganggu dua insan kesayangannya yang masih lena diulit mimpi indah.

Tubuhnya dibawa ke tandas lalu membasuh muka dan menggosok gigi. Keluar sahaja dari tandas, Iman mendekati katil bayi yang terletak bersebelahan dengan katil bersaiz Queen.

"My baby girl." Pipi Delisha diusap lembut lalu mengemaskan selimut pada tubuh bayi perempuannya itu.

Usai itu, Iman melangkah keluar dari bilik lalu menuruni ke tangga. Jam yang tergantung pada dinding ruang tamu sudah menunjuk jam 4:30 pagi. Niatnya mahu masak nasi goreng tomyam dan telur mata untuk sahur hari ini.

Pelbagai bahan masak disediakan termasuk nasi yang sudah siap ditanak malam semalam. Hampir dua puluh minit untuk menyiapkan hidangan sahur, Iman menutup api dapur.

Selesai menghidang, Iman naik semula ke bilik untuk mengejut suaminya yang masih tidur. Bahu Adam digerakkan sedikit namun tiada respon yang diberi oleh Adam.

"Honey..." Iman mengusap rambut Adam dengan lembut. Adam menggeliat lalu menarik tangan Iman letak di bibirnya.

Iman tersenyum, "Bangunlah. Sahur. Kenapa tiba-tiba liat sangat nak bangun ni?" Adam masih di posisi yang sama mencium tangan isterinya sambil mata terpejam erat.

"Abang nak sahur sayang je boleh tak? Malas nak bangun."

"Jangan nak mengarut sangat eh? Sayang gigit nanti."

"Abang lebih rela digigit dari bangun. Nak gigit kat mana tu? Pipi? Pipi abang tak chubby macam sayang." Adam tersengih memandang Iman yang masih merenungnya.

Pap!

"Bangun cepat. Nanti terlepas waktulah, abang." Iman mencubit lengan suaminya dengan geram. Adam ketawa kecil lalu bangun.

Tubuh Iman dipeluk erat lalu suaranya yang serak basah baru bangun dari tidur berbisik, "Alahai comelnya bila dia marah. Jom, kita sahur, ya?" Pipi isterinya dicium sekilas lalu. Usai Adam keluar dari tandas, mereka berdua berlalu turun ke ruang makan.

Baru saja Iman mahu duduk tiba-tiba kedengaran tangisan Delisha dari bilik. Adam dan Iman saling berpandangan, baru saja Iman mahu berdiri tetapi dihalang oleh suaminya.

"Just sit. Biar abang tengok budak montel tu." Iman mengangguk perlahan dengan senyuman.

Mata Adam menangkap Delisha sudah berdiri dalam katil bayinya sambil menghisap jari. Nampak saja kelibat Adam, makin menjadi-jadi tangisan Delisha dibuatnya.

"Alaaa sayang. Papa ada ni, meh sini." Tubuh Delisha didukung lalu dibawa ke ruang makan sambil jari jemarinya mengesat air mata Delisha. Iman yang sedang mengunyah tersenyum melihat anaknya sudah bangun lalu mengambil Delisha dari dukungan suaminya.

"Awalnya awak bangun hari ni, Del. Nak sahur juga ke?" Iman mencium bertalu-talu Delisha yang masam.

Adam tersenyum bahagia, "Anak papa ni masam tau. Lepas ni kita mandi dan solat subuh sama-sama."

"Eh eh papa ni, ada ke kita kena solat? Kita masih kecil lagi tau. Kan Delisha kan? Baru dua tahun." Adam ketawa kecil lalu menggosok kepala anaknya dengan lembut, "Kena juga belajar solat tau sayang. Baru boleh jadi anak solehah papa dan mama," ujar Adam lembut. Delisha hanya tersengih suka.

"Makanlah nasi tu." Adam menganggukkan kepalanya. Iman pula menyuap sedikit nasi goreng tomyam ke dalam mulut Delisha.

"Abang," panggil Iman. Delisha si pangkuan hanya ditepuk perlahan dan membiarkan si kecil itu bermain dengan tisu.

Love VirusWhere stories live. Discover now