AZAN Maghrib berkumandang tanda masa berbuka masa buat umat Islam yang berpuasa dari subuh hingga maghrib. Meriah Roof Top Cafe apabila Geng Putera dan Puteri menempah dua meja yang agak besar untuk berbuka puasa bersama-sama.
Adam mengetuai bacaan doa makan diaminkan oleh rakan-rakannya yang lain. Tak lupa juga si cilik Delisha yang sudah bijak mengikut rentak orang dewasa.
"Comelnya anak kau ni, Iman. Geram aku tengok," ujar Izzah sambil mencubit pipi Delisha.
"Eh mestilah. Anak aku kan, tengok mama dialah yang cun melecun ni," balas Iman selepas mengunyah buah kurma. Izzah menjeling sekilas, "Kau tengok isteri kau ni, Adam. Aku puji Delisha, dia pula yang lebih-lebih."
Adam dan yang lain hanya ketawa kecil melihat dua rakan mereka. Wani melihat anaknya Wafiey lena dalam stroller selepas beri minum susu. Senanglah dia nak makan, kalau si kecil tu tak tidur, payah juga dia dan Aiman nak makan. Asyik merengek dan didukung je.
Makanan lazat dihidang oleh dua orang pekerja kafe tersebut seperti beef lasagna, spaghetti carbonara, spaghetti bolognese, chicken grilled chop, beef steak, macaroni cheese dan jus buah sebagai minuman. Mereka menikmati juadah berbuka sambil berbual bersama-sama.
"Raya nanti kau orang beraya kat mana?" tanya Irfan.
"Aku dengan Iman balik Alor Setar sebelum raya sampai hari raya kedua je. Lepas itu, beraya kat sini jelah dengan keluarga lain dan kau orang," jawab Adam.
Yang lain mengangguk faham, "Samalah aku dengan Wani pun balik kampung kejap lepastu beraya kat sini je," balas Aisyah. Dia dan Wani awal-awal sudah merancang dengan suami masing-masing agar beraya di kampung sehari dua dan beraya di Kuala Lumpur sahaja selepas itu.
"Hah untunglah balik kampung. Aku beraya dengan keluarga aku je kat sini. Geng single forever." Ain tayang muka redha.
"Ayat last kau tu lain macam je Ain, Aizat kat sebelah tu dah macam nak bunuh kau je," sampuk Aiman lalu ketawa terbahak-bahak diikuti dengan rakannya yang lain. Ain hanya tersengih memandang Aizat yang merenung tajam ke arahnya.
"Alah relax lah, gurau je." Ain memeluk lengan sasa Aizat sambil mengerdipkan matanya berkali-kali. Aizat hanya menggeleng kepala perlahan dengan senyuman nipis.
Delisha menepuk meja berkali-kali di hadapan Iman agar Iman menyuap macaroni cheese ke dalam mulutnya, "Mmaaamaa nak oni eesee." Iman hanya ketawa kecil, "Sabar sayang, makan yang ada dalam mulut tu dulu."
"Amboi dia tu, mulut penuh ada hati nak sumbat makanan lagi." Harriz ketawa mengekek melihat telatah Delisha tak ubah seperti mamanya yang kuat makan.
"Ikut sangat perangai mak dia yang kuat makan. Habislah kau Adam, hadaplah isteri dan anak kau yang kuat makan," ujar Iwan lalu melepaskan tawanya. Iman hanya menjeling tajam, tak boleh nak lawan kerana apa yang dikatakan oleh rakan-rakannya ialah fakta yang lagi benar.
Izzah membisik sesuatu di telinga Iman, "Tak nak bagi Del adik lelaki ke?"
Pap! Satu tamparan hingga pada bahu Izzah. "Adoi! Sakitlah weh!" Izzah meringis kesakitan. Pedih tu hanya Allah sahaja tahu betapa kebalnya tangan si Iman.
"Kau ni dah kenapa?" tanya Intan pelik. Apa masalah rakannya itu?
"Iman ni hah, pukul aku. Pedih weh." Adam menoleh ke arah isterinya yang tayang muka tak bersalah sambil menyuap sesudu macaroni ke dalam mulut Delisha.
YOU ARE READING
Love Virus
RomanceSPECIAL RAYA EDITION ♥ Because You Are My Love ♥ Marry Me, Mafia Short blurb inside the book. Read it! Love, Aisywa.