E O T W • 18

130 33 21
                                    

"KAU gila ke?" Jerkah seorang pemuda pendek berambut mint sambil cuba menumbuk Jungkook.

"Sabar, Yoongi!" Tegah rakannya. Manakala Jungkook terkebil-kebil apabila tiba tiba dirinya ditengking.

Nafas Yoongi naik turun, "Kau buat apa kat sini hah, doktor tak guna? Kau tak sedar ke kecuaian kau tu buatkan kitorang semua hampir mati!"

Yeo Han mengeram marah. Mereka berdua datang dari jauh untuk memberikan virus secara percuma. Boleh pula mereka dilayan seperti ini.

Jungkook mengeluh, sudah agak perkara begini akan terjadi. Suasana mulai tegang di dalam gudang yang menempatkan kurang 40 orang yang masih sihat.

"Okay, tolong dengar penjelasan saya dulu. Selepas ni, jika kamu semua nak tangkap saya dan bawa masuk ke lokap, saya tidak kesah."

"Jungkook..." Terkejut Yeo Han mendengarnya. Jungkook tersenyum hambar.

Yoongi berdecit, "Vaksin? Heh, boleh percaya ke? Manalah tahu kan, kitorang terus mati tak sampai satu saat lepas kena vaksin tu."

"Demi Tuhan, tidak begitu! Vaksin ini dibuat secara semula jadi. Tolonglah rendahkan ego kamu semua!" Kini, Yeo Han mencelah.

Jungkook menaikkan tangan, meminta semua agar mendiamkan diri. 

"Tolong jangan pentingkan diri, boleh tak? Mungkin kamu semua gembira duduk dalam gudang terbiar di hujung bandar ni, sementara di Bandar Colven itu berjuta orang sedang berteriak kesakitan. Kamu semua tak kesian ke? Ada yang hilang anak, jadi yatim piatu. Pihak kerajaan pun dah keluarkan perintah membunuh. Tak mahu pulihkan semula bandar ni bersama? Saya yakin. Kalau kita bekerjasama, kita boleh pulihkan semula Bandar Colven dari cartiervirus."

"Macam mana nak pulihkannya, doktor?" Soal seorang pemuda bernama Namjoon.

Jungkook tersenyum kecil lalu menunjukkan dua buah kotak besar berwarna putih di pegangannya. Kotak itu dibuka sebelum sebotol vaksin dikeluarkan.

"Saya dan Doktor Park sudah mencipta satu vaksin semula jadi yang boleh membantu penyakit ini. Seperti yang kamu semua nampak, botol ini dilengkapi dengan satu jarum suntikan yang sudah kami selitkan di penutup botol vaksin."

"Sebotol vaksin mampu memulihkan 20 orang. Setelah pesakit disuntik, mereka akan terlena. Jika kita bersatu, lebih cepatlah semua pesakit pulih. Apa pendapat kamu semua?" Soal Yeo Han teruja.

Kelihatan keadaan seperti hening, sebelum Namjoon bersorak kecil, "Kami setuju, asalkan Bandar Colven kembali aman!"

"Bagus! Ambil seorang satu. Ingat, gunakan sebaiknya. Vaksin ini terhad," Nasihat Yeo Han.

Yoongi memandang betapa mesranya Jungkook dan Yeo Han melayan penduduk tersebut. Saat melangkah melalui Jungkook, sengaja dia menolak kasar bahu lelaki itu.

"Siap kau kalau plan ni tak berjaya." Amaran Yoongi.

· · ─────── ·𖥸· ─────── · ·

T O  B E  C O N T I N U E

End of the War.Where stories live. Discover now