𝐌𝐐 1

294 44 70
                                    

🌹 ✨ 🌹 ✨ 🌹 ✨ 🌹 ✨

"Helo Cikgu Susan tolong segera ke bilik saya" arah Tuan pengetua yang dikenali sebagai Tuan Kashim. Lalu Interkom dimatikan dan dia mula memandang kearah sudut bilik itu.

Terdapat sebuah patung yang telah dilitupi oleh sehelai kain besar berwarna kelabu dan diatas kepala patung itu terdapat mahkota yang hanya mempunyai satu berlian.

Satu keluhan dilepaskan secara kasar. Dari dulu hingga sekarang tak putus-putus ramai guru yang ingin bertukar sekolah hanya disebabkan sebuah patung tidak bernyawa itu.

Dia mula bangkit dari kerusi dan mengatur langkah sehingga betul-betul di hadapan patung itu. Diangkat sedikit kain kelabu yang labuhnya sehingga mencecah permukaan lantai.

 Diangkat sedikit kain kelabu yang labuhnya sehingga mencecah permukaan lantai

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

(Imagine sendiri la ye)

Terus mahkota itu jatuh tanpa sempat dia menahan.

Ting!

Bergema ruangan biliknya dengan hasil dentingan mahkota yang terjatuh itu.

Terus Kashim menunduk separa ingin mengambil mahkota diatas lantai itu. Namun belum sempat tangannya mencapai...

Prang!

Dengan sepantas kilat badannya kembali menegak. Kepala dipusing 180 darjah untuk melihat barang yang kedengaran pecah.

  𝘈𝘭𝘣𝘶𝘮.

Album miliknya sudah selamat menyembah lantai coklat itu. Kaca bingkai sudah berselerak di merata tempat akibat hentakan yang begitu kuat.

Seketika bulu roma nya meremang apabila melihat gambar arwah anaknya yang sudah ditores menggunakan serpihan kaca itu.

Dengan jantung yang berdegup kencang dia memberanikan diri untuk membersihkan bingkai gambar itu. Kalini sudah 6 kali dia menukar bingkai gambar itu akibat jatuh secara tiba-tiba.

Diambil batang penyapu dan penyodok yang tersadai di tepi rak fail.

Lalu disapu kaca itu dengan berhati-hati agar kaca itu selamat masuk ke dalam penyodok.

Peluh didahi disapu kejap menggunakan lengan baju berwarna hitam itu.

Ktak!

Pintu biliknya terbuka secara tiba-tiba tanpa ada sesiapa pun dari luar yang memulasnya.

Kaku.

Terus Kashim menyapu serpihan kaca itu dengan sepantas yang mungkin. Tangannya sudah terketar-ketar akibat menahan perasaan takut sejak tadi. Dengan tangan yang tidak berhenti menggigil, dia meneruskan kerjanya.

"Cikgu"

"Allahuakbar"  laung Kashim kuat akibat tersentak dengan suara yang tiba-tiba muncul disebalik pintu itu.

"Kenapa ni Cikgu?" Soal Ibu Susan pelik bercampur risau. Fail ditangan digenggam kemas agar tidak terlorot jatuh.

"Tak ada apa la, kamu ke yang buka pintu bilik saya?" Soal pengetua. Terus dia menuju ke tong sampah kecil berwarna biru untuk membuang sisa-sisa kaca tadi.

Disimpan balik penyapu dan penyodok ke tempat asal lalu mula menapak kearah mejanya.

"Masuk la Cikgu". Tanpa berlengah-lengah lagi, Cikgu Susan terus melangkah masuk ke dalam bilik itu.

"Tak ada la, waktu saya sampai dah terbuka elok pintu bilik cikgu ni macam nak sambut saya pula" ujar Cikgu Susan dengan nada gurau.

"Boleh saya duduk Cikgu?" Soal Cikgu Susan apabila melihat Pengetua Kashim seperti mengelamun. Namun soalannya tidak dijawab malah mata pengetua itu asyik memandang kearah patung dihujung bilik.

"Cikgu!Cikgu!" panggil Cikgu Susan dengan suara sedikit kuat. Tangan dilambai-lambai kearah muka Pengetua Kashim.

Serentak itu Kashim baru tersedar yang dia sudah termenung panjang memikirkan patung itu. Terus dipandang wajah Cikgu Susan yang sudah berkerut.

"Er apa yang cikgu cakap tadi?" Soal Kashim kembali. Pelipis diurut perlahan.

"Boleh saya duduk?" Sekali lagi dia mengulangi soalan yang sama.

"D-duduk duduk Cikgu" badan ditegak agar tidak menyandar ketika perbincangan mereka. Personaliti nya sebagai seorang Pengetua harus dijaga.

Tanpa berlengah terus Cikgu Susan meletakkan beberapa buah fail keatas meja lalu duduk berhadapan dengan Pengetua Kashim.

"Ada apa-apa yang perlu saya bantu cikgu?" Soal Cikgu Susan. Kedudukan nya dibetulkan agar sedikit selesa.

"Macam ni, sekolah kita tidak lama lagi akan menerima kemasukan guru baru" Kashim menarik nafas perlahan-lahan sebelum menyambung kembali percakapannya.

"Dan guru itu akan mula mengajar di bilik seni lama" suaranya cuba untuk distabilkan agar tidak kedengaran resah ditelinga Cikgu Susan.

"Betul ke apa yang saya dengar ni Cikgu?" Terbuntang luas kedua biji mata Cikgu Susan apabila mengetahui bilik seni lama akan kembali dibuka untuk sesi pembelajaran.

"Ya cikgu, itu yang saya risaukan. Dia belum tahu lagi tentang sejarah sekolah ini kerana atas permintaan saya sendiri untuk merahsiakan perkara ini" kini dia tidak lagi dapat menahan kegusaran di hati.

Hanya dia dan Cikgu Susan sahaja yang mengetahui semua kejadian mistik yang pernah berlaku disekolah ini.

Dari sekolah ini yang hanya mempunyai 6 bilik darjah, 1 bilik seni dan 70 orang pelajar sahaja. Selepas itu bertambah dari tahun ke tahun. Segala bantuan yang diberi diterima dengan gembira oleh Kashim untuk memperbesarkan kan lagi sekolah ini.

Namun kejadian pelik mula berlaku di bilik seni itu setelah 5 bulan sekolah itu sedang dibaik pulih.

Sejak kejadian itulah bilik seni itu diarah tutup bagi mengelakkan peristiwa yang lalu berulang lagi sekali. Pengetua Kashim juga tidak membenarkan mana-mana pelajar serta guru untuk menggunakan bilik itu tanpa kebenarannya.

Dari situ la terciptanya nama bilik seni lama.

Namun pada minggu hadapan untuk kali pertamanya setelah peristiwa 20 tahun yang lalu, bilik seni itu akan dibuka dan digunakan semula oleh guru baru itu.

Satu sahaja harapan mereka...











𝐀𝐠𝐚𝐫 𝐤𝐞𝐣𝐚𝐝𝐢𝐚𝐧 𝐭𝐫𝐚𝐠𝐢𝐬 𝐝𝐚𝐡𝐮𝐥𝐮 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐛𝐞𝐫𝐮𝐥𝐚𝐧𝐠 𝐥𝐚𝐠𝐢 𝐝𝐚𝐧 𝐭𝐢𝐚𝐝𝐚 𝐥𝐚𝐠𝐢 𝐧𝐲𝐚𝐰𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐭𝐮𝐫𝐮𝐭 𝐭𝐞𝐫𝐤𝐨𝐫𝐛𝐚𝐧.

TBC

【 𝙰𝙸𝚂𝚈𝙽𝙸𝙴𝙻𝙻𝚈 ♥ 】

MANNEQUINWhere stories live. Discover now