𝐌𝐐 6

117 29 59
                                    

𝐓𝐡𝐢𝐧𝐤 𝐩𝐨𝐬𝐢𝐭𝐢𝐯𝐞 𝐚𝐧𝐝 𝐩𝐨𝐬𝐢𝐭𝐢𝐯𝐞 𝐭𝐡𝐢𝐧𝐠𝐬 𝐰𝐢𝐥𝐥 𝐡𝐚𝐩𝐩𝐞𝐧 - Quote

"Ok sambung pasal tadi, cikgu mana yang kau tak suka tu?asal kau tak suka dia?" Celah Capik. Dia mula duduk diatas riba Halish.

"Cikgu Dina" sampuk Hannah perlahan. Kini matanya telah tertumpu kepada Halish dan Capik.

"Aku se-sebenarnya kan..." Ayat nya yang sengaja digantung telah menaikkan kemarahan Syuhada.

"Cakap elok-elok la Capik! Aku hempuk dengan buku conteng aku ni kan!" Geram Syuhada. Buku yang diambil tadi untuk menghempuk Capik disimpan balik.

"Rileks girl. Aku bukan apa, aku CUMA takut Cikgu Dina tu akan diapa-apakan oleh patung dalam bilik tu je"

"Kejap kejap. Apa sebenarnya masalah patung tu? Asal ramai sangat cakap patung tu berhantu la dan ada penunggu la, aku tengok takde apa-apa pun. Chill." Riak Halish sambil menjongket sebelah kening.

"Kau cakap la besar, nanti kena baru padan muka" ejek Capik. Dagu Halish ditolak sengaja.

Belum sempat mereka ingin berbual panjang, guru mata pelajaran sejarah mula masuk.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

"Halen, Hannah" panggil Syu. Jam dikerling sebelum memandang kearah sahabatnya.

"Kau kenapa Syu?" Soal Halen hairan.

"Kau tolong belikan aku makanan boleh? Aku nak pergi tandas sekejap ni" muka berkerut tak dapat dikawal akibat terlampau sakit perut.

"Kau nak ap-" belum sempat Hannah bertanya, Syu sudah memecut laju kearah blok kelas.

"Tak tahan sangat tu" serentak mereka ketawa dengan gelagat Syu yang terlompat lompat tadi.

"Beli je la apa-apapun dekat dia tu"

Lalu mereka berdua menuju kearah kantin yang telah dibanjiri para pelajar. Semua orang dah lapar.

🌻 🌻 🌻

"Fuh lega juga" peluh di dahi dilap menggunakan tisu tandas. Awning tudung diperbetulkan agar tidak terlalu menggelembung.

Pantulan dirinya dipandang lama sebelum melangkah keluar dari tandas.

"Awak" seru suatu suara.

Terhenti pergekan Syuhada yang ingin menuruni tangga. Badan dipusing untuk mencari punca suara itu.

Namun tiada langsung kelibat pelajar mahupun guru di koridor itu. Bila otak dah mula mentafsir, serentak itu bulu romanya naik.

"Suara siapa tadi tu" batinnya sudah menjerit takut. Dah la dia pergi tandas paling atas jadi dia tak boleh nak ber-husnuzon dengan baik.

Dengan cepat dia menuruni tangga. Kain sekolah diangkat sedikit bagi memudahkan larian turun tangganya.

Dia dah tak berani nak pusing belakang.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Setelah penat lelah beratur selama 3 minit, akhirnya giliran mereka pula untuk membeli makanan. Dikeluarkan beberapa keping wang ringgit sebelum mengintai makanan yang terdapat di dalam bekas lutsinar itu.

"Halen kau nak beli apa?" Soal Hannah. Mata kejap dikerling ke arah bihun tom yum kemudia ke arah nasi ayam pula. Tertelan air liur dia melihat tom yum tu dengan kuahnya yang cukup merah dan atasnya diletakkan sayur dan juga ayam. Memang sedap la.

"Aku rasa erm aku nak beli nasi ayam kut untuk aku dan Syu" jawab Halen senafas. Terus dia melaung nama makcik kantin itu untuk ambil order.

"Saya nak nasi ayam dua ye dan ..." Mata dikerling kearah Hannah untuk meng order sekali.

"Bihun tomyam"

"Saya nak nasi ayam dua ye dan bihun tomyam satu. Tu je" selepas mak cik kantin itu mengambil order, mereka diminta menunggu untuk beberapa minit.

"Mana Syu ni Halen" rungut Hannah sambil menatap kearah jam tangannya. Lagi 15 minit waktu rehat akan tamat.

"Haa tu dia, panjang umur" kelihatan Syu yang sedang berlari anak sambil melambai-lambai tangan kearah mereka.

"W-weh k-korang aku semput" tercungap-cungap selepas penat berlari dari tandas ke kantin. Badan dibongkok sambil tangan kanan mengurut dada. Digosok dadanya berulang kali sambil cuba untuk menstabilkan nafas.

Beberapa saat kemudian, nafasnya kembali teratur lalu badan kembali ditegakkan.

"Weh aku haus la" rengek Syu. Mata dililau untuk melihat setiap air yang dibeli oleh murid lain.

"Weh aku rasa nak air macam budak tu la, nampak sedap" sambil dijilat bibir.

"Kau jangan macam-macam eh Syu, kau ambil makanan kau ni dulu pastu boleh la kau nak borong semua air dekat kantin ni. Sekali dengan abang air tu kau nak kau ambil la" perli Hannah selamba.

Mencebik bibir Syu mendengar perlian pedas dari sahabatnya. Muka selamba ditayang lalu dirempuh bahu sahabatnya itu apabila melihat mak cik kantin yang telah menatang dulang makanan.

"Makanan kitaorang eh mak cik" tanpa segan-silu Syuhada bertanya. Melihat mak cik tu berhenti betul-betul di hadapan mereka bertiga membuatkan firasat Syuhada makin kuat.

"Yeay makanan dah sampai. Thank you Mak cik Alia. Sayang ketat-ketat macam Pak Abu sayang mak cik" terus dia mengambil bihun tomyam yang terletak diatas dulang itu.

Namun belum sempat tangannya memegang badan mangkuk yang panas itu, tangannya sudah ditepis kuat oleh Hannah.

"Tu aku punya kau jangan nak mengada-ngada." Dan mereka mula mencari tempat duduk yang boleh menempatkan mereka bertiga.

"Weh koran-" kata-katanya dipotong laju oleh Halen.

"Bismillahirrahmanirrahim" ujar Halen sambil menadah tangan. Selepas itu barulah mereka mula makan.

"Korang tahu tak tadi masa aku keliar dari tandas kan, aku terdengar ada orang panggil aku tau. Dia panggil macam ni "Awak" dengan suara yang sayu weh" dengan bersungguh-sungguh Syuhada menceritakan kisah yang dialaminya tadi.

"Bayangan kau je tu, mana ada pelajar dibenarkan duduk dalam kelas waktu rehat macam ni, so aku decide tu mungkin bayangan kau" ujar Halen. Hannah juga mengangguk mengiyakan kata-kata Halen.

"Imaginasi kau je tu Syu, kau kan suka berangan tambahan lagi kau kan suka tengok kisah seram, tu sampai kau teringat-ingat tu" ujar Hannah.

"Erm mungkin la" jawab Syuhada sayu. Mungkin disebabkan hobinya yang suka menonton kisah seram buatkan dia berimaginasi kuat.

Kau kuat imaginasi la Syu

"Tapi kenapa aku rasa benda tu bukan imaginasi aku hm"  jerit batin Syuhada.

🌻  🌻  🌻  🌻

Thanks - Aisynielly🌼

MANNEQUINWhere stories live. Discover now