BAB 1

51.3K 2.3K 445
                                    

"MORNING sunshine..."

Aifa yang sedang menyiapkan sarapan pagi itu tersentak dengan pelukan secara tiba-tiba di pinggangnya.  Kepalanya menoleh sedikit.  "Abang...  Terkejut Aifa..."

Danny tersenyum manis.  Pipi isterinya dikucup sekilas.  "Masak apa?" soalnya seraya melabuhkan dagu di bahu Aifa.  Haruman rambut Aifa menusuk ke rongga hidungnya.  Wangi.  Menggetarkan nalurinya. 

"Aifa masak nasi goreng je.  Tak apa kan?  Abang tak kisah kan?"

"Apapun Aifa masak abang tetap makan.  Bahkan Aifa pun abang makan." Sejurus itu Danny menggigit lembut telinga isterinya.

Aifa mengeliat geli.  Kepala Danny ditolak perlahan.  "Tak malu ke?  Kalau ibu nampak, buat malu tau."

"Alah, ibu faham.  Kita kan lovely couple forever.  Tak gitu?"

Tergelak Aifa dengan kata-kata suaminya.  Pelukan di pinggangnya dileraikan.  Teko berisi milo panas itu diangkat.  Penuh berhati-hati dia melangkah ke arah ruang makan.  Teko diletakkan di atas meja.

Danny menarik sebuah kerusi lalu punggung dilabuhkan di atasnya.  Pinggan dicapai.  Baru sahaja dia mahu mencapai senduk, ada tangan lain yang mencapainya. 

"Abang ni, biarlah Aifa buat.  Macam tak bermakna je Aifa jadi isteri kalau nasi pun abang senduk sendiri," omel Aifa.  Nasi goreng disenduk dan diletakkan di atas pinggan Danny.  Beberapa ketul nugget turut diletakkan di pinggan lelaki itu.  Air milo dituang ke dalam cawan dan diletakkan di hadapan Danny. 

Danny tersenyum dengan layanan isterinya itu.  Perfect wife!  Sentiasa menyenangkan hati suami.  Usia masih muda tapi serba tahu.  Tahu memasak, mengemas, dan paling penting tahu untuk melayan dan menjaga suami.  Tidak rugi dia menjadikan Aifa sebagai isteri.  "Masyeh sayang." Pipi Aifa dicubit manja.

"Syame-syame abang," balas Aifa.

Danny tergelak kecil.  Sudu dicapai lalu nasi goreng disuap ke dalam mulutnya.  "Ibu mana?  Tak turun makan ke?" soalnya apabila kelibat Puan Sarimah tidak kelihatan. 

"Ibu keluar tadi.  Belum balik lagi," balas Aifa.  Dia mengambil tempat di hadapan Danny.  Seketul nugget dicapai dan digigitnya. 

"Keluar?  Habistu yang sayang kata malu kalau ibu nampak tadi, kenapa?  Sengaja?" soal Danny tidak puas hati. 

Aifa tersengih tidak bersalah.  "Janganlah marah.  Tak hensem pagi-pagi marah.  Rezeki tak masuk nanti." Janggut sejemput Danny diusiknya. 

Danny menjeling manja isterinya.  Geram pun geram, tapi disebabkan sayang, dia tidak sanggup mahu memarahi wanita itu.   Mahu tinggi suara sedikitpun dia tidak sanggup. 

"Abang, Aifa ada benda nak bagitahu."

Danny mengangkat wajahnya.  "Apa dia?  Aifa mengandung lagi ke?"

"Isyh abang ni, bukanlah.  Ke situ pulak fikirnya," ujar Aifa. 

"Hmm, ingatkan mengandung." Danny memuncungkan bibirnya.  Hampa. 

Aifa menghela nafas.  "InsyaAllah, ada rezeki nanti Aifa mengandung.  Okay?  Abang doakanlah supaya Aifa mengandung lagi," ujarnya lembut.  Tangan Danny diusap lembut.  Dia tahu suaminya menginginkan anak.  Ya, dia pernah mengandung.  Namun kandungannya tidak bertahan lama apabila dia mengalami keguguran sebaik pulang dari France sebelum ini.  Ketika itu kandungannya baru berusia dua bulan.  Bukan rezeki mereka untuk menimang cahaya mata.

Danny tersenyum tipis.  "Apa dia yang Aifa nak bagitahu?" soalnya mengubah topik.  Tidak mahu isu itu terus dibangkitkan.  Pinggan yang sudah kosong itu ditolak ke tengah meja.  Cawan berisi milo yang sudah suam itu dicapai.  Dicicip perlahan air milo tersebut. 

"Pasal sambung belajar.  Aifa boleh sambung belajar kan?" soal Aifa.  Wajah Danny direnung.

"Siapa cakap?" soal Danny pula.  Cawan di tangannya diletakkan di atas meja. 

"Err, tak boleh ke?  Aifa tak boleh belajar ke?" soal Aifa lagi.

"Perlu ke?  Abang rasa tak perlu.  Aifa belajar tinggi mana pun, abang tetap takkan bagi Aifa kerja.  Jadi, buat apa nak belajar?" soal Danny. 

"Dapat ijazah.  Lagipun keputusan SPM Aifa kan elok.  Sayang kalau tak sambung belajar.  Aifa nak juga rasa pengalaman belajar, rasa bila graduation, rasa naik pentas dapat sijil," ujar Aifa. 

Danny menghela nafas.  "Abang bukan tak nak bagi, tapi abang risau nak lepaskan Aifa pergi tempat yang ramai orang macam tu.  Abang risau kalau apa-apa jadi," ujarnya mendatar.  Bukan niatnya mahu mengongkong isterinya itu, tetapi dia lebih memikirkan keselamatan wanita itu. 

Aifa menggenggam erat tangan suaminya.  "Takkan ada apa yang jadi.  Bolehlah.  Lagipun, Aifa tak ada buat apa kat rumah.  Ibu pun izinkan Aifa sambung belajar.  Sekurangnya Aifa ada sijil.  Diploma pun tak apa.  Boleh?"

Danny diam sejenak.  Wajah Aifa yang sedang mengharap keizinan daripadanya itu direnung.  Satu keluhan kecil dilepaskan.  "U mana Aifa dapat?"

"Tak tahu lagi.  Nanti abang tengoklah surat tawaran yang Aifa dapat tu.  Abang pilihkan mana yang okay.  Boleh?"

"Habistu nak ulang-alik?" soal Danny. 

Giliran Aifa pula diam.  Bagaimana ya?  Tinggal di asrama?  Pasti suaminya tidak mengizinkan.  Mahu ulang-alik?  Boleh jadi jarak di antara rumah itu mahu ke U agak jauh.  Ah, sudah.  Dia sendiri pening.

"Nantilah sambung bincang pasal ni.  Abang nak pergi office sekejap.  Ada meeting penting." Danny menolak kerusinya ke belakang.  Dia bingkas bangun. 

Aifa turut bangun.  Dia mengekori Danny daripada belakang sehingga tiba di muka pintu.  Dia hanya melihat suaminya yang sedang memakai kasut itu. 

"Ibu balik lambat ke?  Aifa okay ke tinggal seorang?" soal Danny.  Kedua tangan isterinya dicapai dan digenggam erat.

"Kejap lagi ibu balik kot.  Aifa okay," balas Aifa. 

"Sebelum lunch abang balik.  Take care.  Pintu kunci.  Apa-apa call abang.  Okay?"

Aifa mengangguk.  Tangan Danny dibawa ke bibirnya dan dikucup lembut.  "Hati-hati drive.   Jangan drift pulak.  Jalan raya tu bukan abang punya."

Danny tergelak kecil mendengar kata-kata isterinya.  Tangan Aifa dibawa pula ke bibirnya.  "I know sayang.  Nanti lunch abang nak makan sambal udang.  Boleh?"

"Boleh.  Untuk abang, semuanya boleh," balas Aifa. 

"Nak kahwin lagi boleh?" soal Danny sengaja mahu mengusik.

"Boleh kalau abang nak tengok Aifa jadi pembunuh," balas Aifa selamba.  Keningnya dijongket bersama senyuman sinis di bibir. 

Semakin galak Danny ketawa.  "Gurau je sayang.  Only you in my heart.  Abang dah kunci, dah pagar elok-elok hati abang ni supaya orang lain tak boleh masuk.  Hanya Aifa je yang ada," ujarnya romantis.  Tapak tangan Aifa dilekapkan ke dadanya. 

Terukir senyuman di bibir Aifa.  "Cuwitnya syuben Aifa ni."

"Harus.  Abanglah lelaki paling cuwit abad ini.  Aifa beruntung tau."

Aifa tergelak kecil.  "Yalah.  Dah, pergi kerja.  Nanti lambat.  Jaga diri, jaga mata, jaga hati, jaga iman.  Okay?  Aifa sayang abang." Kakinya dijengket sedikit.  Bibir Danny dikucup sekilas. 

"I love you too..." balas Danny seraya mengucup dahi dan pipi isterinya.  "Abang pergi dulu."

"Bye abang..." Aifa melambaikan tangannya kepada Danny. 

Danny membalas lambaian isterinya sebelum dia masuk ke dalam kereta.  Enjin kereta dihidupkan.  Kereta miliknya itu terus dipandu meninggalkan perkarangan rumah itu. 

Aifa yang masih setia di muka pintu itu hanya melihat kelibat kereta suaminya yang semakin hilang dari pandangannya.  Perlahan-lahan senyuman di bibirnya mula pudar.  Tapak tangannya dilekapkan di bawah perut.  Nafas ditarik panjang dan dihela perlahan. 

"Aifa minta maaf abang..."

RAYFAL DANIEL : Mr Sweet Mafia (TERBIT PBAKL 2024)Where stories live. Discover now