BAB 4

25K 1.6K 528
                                    

LIMA mangkuk aiskrim pelbagai perisa dimasukkan ke dalam troli.  Aifa yang sedang memilih nugget itu berkerut dahi.  Wajah Danny dipandang tidak berkelip.  "Abang?  Seriuslah?"

"What?" soal Danny dengan wajah tidak bersalahnya.

"Lima?  Siapa nak makan banyak-banyak ni?" soal Aifa, menunjuk aiskrim di dalam troli itu. 

"Lah, Aifa makanlah.  Aifa kan suka aiskrim.  Kan kan?  Abang tahu Aifa suka.  Sajalah tu acah tak suka.  Klise sayang." Danny tersengih.  Hujung hidung Aifa dicuitnya. 

Aifa hela nafas kecil.  Dibeleknya setiap mangkuk aiskrim itu.  Semuanya perisa kegemarannya.  Menyelerakan.  Tetapi...  Dia sebenarnya sudah kurang makan aiskrim.  Perutnya mula kalah pada sejuk.  Jika makan aiskrim atau apa-apa saja benda sejuk, perutnya akan kejang dan sakit.  "Err, ambil satu jelah.  Kat rumah ada banyak lagi aiskrim.  Membazirlah.  Nanti tak terhabis."

"Why?  Sayang tak makan ke aiskrim yang dalam peti?" Danny sudah mengerutkan dahi.  Pelik.  Setahunya, Aifa seorang penggemar aiskrim tegar.  Sejak bila isterinya tidak suka aiskrim?

"Aifa dah kurangkan makan aiskrim.  Nanti tak pasal-pasal kena diabetes.  Aifa muda lagi.  Tak nak kena sakit kronik macam tu.  Cegah awal," jelas Aifa bersama senyuman di bibirnya.  "Ambil satu je ya?  Kalau habis, baru beli lagi.  Boleh?"

"Betul ni?"

Aifa angguk mengiakan soalan Danny.  Dia mengeluarkan empat mangkuk aiskrim dan diberikan pada Danny.  "Letak semula.  Aifa ambil perisa kelapa ni je."

Danny menurut walaupun masih ada rasa pelik.  Empat mangkuk aiskrim diletakkan semula di tempat asalnya.  Dia kemudian menghampiri isterinya semula.  "Pilih apa tu?"

"Abang suka makan yang ni atau ni?" soal Aifa mengangkat dua bungkus nugget tempura di hadapan Danny.  Satu original dan satu perisa BBQ.

"Hmm..." Danny meletakkan jarinya di dagu.  Acah berfikir.   "Abang suka makan Aifa je." Selamba dia menjawab. 

Senyum di bibir Aifa hilang.  "Isyh, jawablah betul-betul." Lengan Danny dipukul geram. 

"Betul ler. Banyak-banyak makanan sedap kat dunia ni, abang lagi suka makan Aifa.  YummyCuwit tak abang?" Danny menjongket kening bersama senyuman di bibir.  Jelas kelihatan nakal. 

"Ni bukan sweet, ni gatal!" hambur Aifa.  Satu jelingan tajam diberikan kepada Danny. 

"Tak sama ke tu?  Hahaha!" Danny tergelak besar.  Sungguh seronok dapat mengenakan isterinya. 

Aifa hanya memekakkan telinganya.  Pek nugget yang dipegangnya diletak kembali.  "Jomlah.  Tak nak beli nugget."

"Lah, kenapa?  Ambil jelah dua-dua tu.  Abang mampu bayar."

"Tak ada mood nak makan nugget.  Jom cari barang lain." Aifa berjalan mendahului Danny. 

Danny hanya mengikut.  Troli yang sudah separuh penuh itu ditolak perlahan.  "Sayang nak beli apa lagi?" soalnya.  Langkahnya terhenti seketika di rak makanan ringan. 

"Saya nak beli..." Ayat Aifa tergantung apabila dia terlanggar tubuh seseorang yang baru keluar dari ruang barangan mandian. 

"Hoi, buta ke?" Kasar gerangan itu menyoal.  

Aifa ketap bibir.  Langgar sikit je kot.  Takkan nak ajak gaduh.  "Maaf."

"Mudahnya.  Kalau barang aku ni jatuh macam mana?  Huh?"

"Masalahnya tak jatuh kan?" Aifa menyoal kembali.  Bagai mahu terkeluar biji matanya apabila melihat cara wanita itu berpakaian.  Nak kata muda, tidak.  Rasanya dalam lingkungan 50-an gitu.  Tetapi pakaiannya, ya ampun.  Gajah tengok pun mahu pengsan. 

RAYFAL DANIEL : Mr Sweet Mafia (TERBIT PBAKL 2024)Where stories live. Discover now