BAB 2

34.1K 2K 299
                                    

KETUKAN pada pintu bilik pejabatnya menyentakkan Danny yang ketika itu sedang berbincang sesuatu bersama salah seorang pekerjanya.  Matanya memandang ke arah pintu.  "Come in!" jeritnya. 

Tidak lama selepas itu, pintu bilik pejabatnya itu terbuka daripada luar.  Muncul seseorang di muka pintu. 

"Ada apa?" soal Danny kepada pembantu peribadinya itu, Emy.

"Tuan, ada orang nak jumpa."

"Siapa?" soal Danny dengan dahi yang berkerut. 

Emy bergerak sedikit ke tepi, memberi laluan kepada seseorang untuk masuk ke dalam bilik itu.  Wajah Danny terus berubah dingin tatkala wajah lelaki berusia lingkungan 60-an itu menyapa pandangannya.  Fail di atas meja ditutupnya.  "Nanti kita sambung," ujarnya kepada pekerja lelaki yang duduk di hadapannya itu. 

“Baik bos.  Saya keluar dulu.”

Danny mengangguk kecil.  Matanya menghantar pemergian pekerjanya itu.  Sebaik pintu bilik pejabatnya itu kembali tertutup, pandangannya terhala pada wajah lelaki yang masuk ke biliknya itu tadi.  “Datuk Rizalman, mimpi apa datang sini?” soalnya sinis. 

Lelaki yang dipanggil Datuk Rizalman itu tidak menjawab.  Dia melangkah menghampiri meja kerja Danny.  Kerusi berhadapan lelaki itu ditarik.  Namun belum sempat punggungnya berlabuh di atas kerusi itu, suara Danny kedengaran.

“Siapa izinkan Datuk untuk duduk?” soal Danny mendatar. 

Datuk Rizalman mengeluh kecil.  “Daniel, daddy datang ni...”

Wait!  Daddy?  I'm your son huh?

Datuk Rizalman terdiam apabila mendengar soalan itu.  “Okay.  Maaf kalau mengganggu.” Tubuhnya berpaling.  Dia berura mahu keluar dari bilik itu. 

“Datang sini untuk apa?  Tell me,” ujar Danny. 

Langkah yang mahu diatur Datuk Rizalman terbantut.  Dia berpaling semula ke arah Danny.  “Daddy nak...”

“Duduk,” arah Danny sepatah. 

Datuk Rizalman mengangguk.  Punggungnya dilabuhkan di atas kerusi.  “Thanks.”

Danny mengangguk kecil.  Wajah tua di hadapannya itu dipandang.  Sejahat-jahat dirinya, tidaklah terlalu biadab terhadap bapanya sendiri.  Lelaki itu tetap bapa kandungnya.  Tanpa lelaki itu, dia takkan wujud di dunia ini. 

“Boleh daddy minta tolong?” soal Datuk Rizalman.

“Apa?”

Daddy nak pinjam duit untuk bayar hutang bank.  Company daddy dah tutup.  Terlalu banyak hutang.  Rumah, kereta, banyak bil tertunggak.  Kalau daddy tak bayar semua tu, daddy akan merempat bawah jambatan.  Can you help me?  Daddy janji daddy akan bayar balik.”

Danny diam mendengar setiap butir bicara yang keluar dari mulut Datuk Rizalman.  Wajah lelaki itu direnung dalam.  Melihat wajah itu, dia yakin lelaki itu tidak berbohong.  “Macam mana boleh jadi macam ni?  Sebab perempuan tu?” tebaknya.

RAYFAL DANIEL : Mr Sweet Mafia (TERBIT PBAKL 2024)Where stories live. Discover now