T.N: WEIRD?

18 5 1
                                    

Air minuman yg tertumpah di meja kafe aku lap dengan pandangan kosong. Tiada emosi pada wajahku. Pelanggan tak banyak hari ni. Mereka cuma datang utk minum secawan kopi di sini. Tahulah kopi yg Fin buat tu sedap..

Jealous boy detected.

Eh... aku tak jealous eh. Cuma geram. Aku berjalan kesana sini hanya utk hantar secawan kopi hitam pekat.

Selesai mengelap meja, aku berjalan ke kaunter dan duduk di depan Raven. Mamat rambut curly ni sibuk main game ntah apa.

"Ven, kau free tak hujung minggu ni?" Soal ku sambil mengupas kulit kacang.

"Hmm? Err.. free jugak. Kenapa? Jangan cakap kau nak bawa aku dating..."

Pap!

Raven menyeringai sakit apabila aku menghempuk kepalanya.

"Heh..padan muka. Dating kepala otak kau! Aku nak ajak kau join futsal dgn team aku. Nak tak?"

Raven membuat muka tidak kisah. Dia cuma fokus pada permainannya.

"Kalau futsal, malas lah. Nanti team kau kalah... aku tak pandai sangat main futsal. Kau ajak Tiffany lah. Minah tu pandai semua benda" kata Raven tanpa memandang kearah ku. Aku mencebik.

"Tiffany tu perempuan lah. Team aku takkan accept. Lagipun, dia mesti sibuk hujung minggu ni. Dia kan nak exam"

"Alah... kalau kau ajak mesti dia nak punya... dia kan suka kat..."

Kling!

Bunyi loceng memintas kata kata Raven. Dua orang lelaki berambut merah dan blonde masuk ke dalam kafe dgn cermin mata hitam. Lagak macam orang kaya. Tyara pantas datang ke arah mereka yg sdh duduk di meja nombor 11.
Aku memandang Raven semula.

"Kau cakap apa tadi?" Soal ku.

"Hmm? Tak de apa. Tak penting pun." Balas Raven yg sdh menutup smart phonenya.
Aku menggulingkan mata. Tyara menghampiri aku yg masih duduk di depan Raven.

"Aeden, customer tu nak jumpa kaulah.." kata Tyara perlahan. Matanya sesekali melirik ke arah dua orang lelaki itu. Aku mengerutkan dahi.

"Pahal nak jumpa aku pulak? Aku ni famous sgt ke?" Aku menyoal perlahan. Tyara mengangkat bahu. Aku berdiri lalu berjalan kearah dua lelaki tadi.

"Ermm.. encik nak jumpa saya ke?" Aku menyoal sopan. Tak nak lah diorang cakap takde adab. Tak pasal pasal gaji aku kena potong.

"Kau Aeden Magistrav Ryeven?" Soal lelaki berambut merah. Aku mengangguk perlahan. Dah kenapa diorang ni? Macam mana diorang kenal aku?

Well... nobody know.

"Nama aku, Terence Xevange. Ini Carl Varderick" aku memerhati mereka.

"Err.. duduk." Carl memberi arahan dgn agak kaku. Tidak seperti Terence yg seperti biasa mengarah. Ciri ciri bos ni.

Ehem..

"Kenapa encik nak jumpa saya? Kita pernah berjumpa ke sebelum ni?"

"No... we haven't. Tapi kami ada urusan penting dgn kau. Boleh kita berjumpa malam ni? Dont worry. We're not bad people. We just want to deal with you" kata Terence. Aku terkebil kebil mendengar permintaan mereka. Muka pun tak kenal, apalagi persoanaliti. Ada hati dia cakap diorang ni bukan orang jahat.

Ceh...

"Erm rasanya saya sibuk malam ni. Maaf tapi saya tak kenal dgn encik" kataku lalu berdiri.

"Aeden... kau kena jumpa kami malam ni. Kami perlukan kau dan kau dalam bahaya sekarang ni..." Carl membuka mulut apabila aku mahu berlalu pergi. Aku berhenti dan berpaling ke arah mereka.

"Korang ni siapa sebenarnya? I don't even know you then you said you need me and i'm in danger" kataku geram. Iris hijau Terence memandang aku tajam. Mukanya sedikit memerah.

Aku peduli apa?!

"Listen, Aeden Magistrav Ryeven. Kami diarahkan utk bawa kau balik. You're not belong here,boy" Terence berkata dgn suara yg ditekan. Aku menjelingnya tajam sebelum berlalu pergi.

Heh...

Engkau ingat perempuan je boleh main jeling jeling? Aku pun boleh jelinglah. I can do better than a girl.

"Aeden Magistrav!" Terence menjerkah kuat sehingga semua pekerja kafe keluar melihat aku dan dua lelaki pelik ni. Aku mengetap gigi memandang Terence. Tanganku mengepal penumbuk. Memang cari nahas orang ni

"Kau mesti balik malam ni, Aeden." Kata Carl dan pergi bersama Terence.
Aku duduk di kerusi dan meraup muka kasar.

"Kau kenal lelaki tu, Aeden?" Soal Gen. Aku menggeleng perlahan. Dari mana aku nak kenal orang pelik tu?

Hah.... pelik betul dunia ni.

Selepas semua pekerja kembali ke tempat mereka, aku duduk di depan kaunter.

"What a weird guy" omel ku perlahan. Raven cuma tersengih. Dia kembali bermain game. Mentanglah tak de customer. Fikiran ku menerawang ke alam imaginasi. Hmmm....

Macam mana diorang kenal aku? Kalau diorang jumpa aku malam ni apa akan jadi? Diorang tu siapa sebenarnya?

Argghhh!!

Kepala aku serabut fikir semua benda tu. Kalau aku nak tahu jawapannya, aku kena jumpa mereka malam ni. Dan mereka kata aku dalam bahaya.

Hmmm....

Kening aku bertaut apabila terlalu stress berfikir. Raven terkebil kebil memandang aku yg stress. Muka nya seakan blurr.

"Kau... okey tak ni?" Soal Raven sambil menepuk bahuku. Aku tersentak.

"Hah? Okey..okey.." balas ku perlahan. Raven tersenyum kelat sambil mengunyah kacang.

"Jangan stres lah fikir pasal benda tu. Mamat pelik tu main main je tu. Alah... biasalah orang sekarang. Maklumat boleh dapat dari mana mana..." Raven berkata tanpa memandang aku. Aku tersenyum nipis.

Tengoklah malam ni. Kalau betul apa yg dia cakapkan tu, diorang akan datang sendiri malam ni. Tapi kalau diorang tu jahat?
Oh my god....

"Raven... trman aku kat rumah aku malam ni? Seramlah kalau betul apa yg manusia pelik tu cakap."

Raven memandang aku sinis.
"Tak nak... aku nak dating dgn awek aku" katanya kejam. Wajah aku yg tadinya bersinar  kembali sugul. Raven ketawa kecil.

"Ajak lah Tiffany. Dia mesti nak teman kau..." kata Raven. Aku mencebik kasar. Dia tak habis habis dgn Tiffany. Budak tu nak exam kan next week. Family dia mesti marah kalau aku kacau.

Raven ketawa kecil melihat aku mencebik kasar. Lahanat punya kawan.

TBC..................

APA AKAN JADI NEXT CHAPTER YA?  MACAM MANA TERENCE DGN CARL BOLEH KENAL AEDEN?

JUST READ IT...
BTW.. THANKS SEBAB SUDI BUANG MASA BACA KARYA BOSAN NI:)

TAERA NACUMBA [HIATUS]Where stories live. Discover now