T.N: TRUTH

2 0 0
                                    

2 bulan kemudian
Seminggu sebelum ujian kelayakan..

Aku bersandar tenang di pokok sambil membaca buku sejarah Avan yang Ares bagi semalam. Aku dah mahir membaca tulisan Avan yg pelik tu. Alexandra menyanyi kecil di sebelah aku. Kelopak bunga tulip disentuh perlahan. Beberapa kuntum bunga tulip putih yg dia petik di batas bunga tadi mula layu dipanah cahaya mentari yg memancar terang di langit.

"Cepatnya layu..." omel Alexandra perlahan sambil membelek tulip putih. Aku cuma mengerling sekilas. Amaran dari Ares dua bulan lepas aku tak ambil pusing. Alexandra tak pernah letakkan aku dalam keadaan bahaya apatah lagi cederakan aku. Itu jauh sekali.

Cuma... dia tak ingat tentang orang dari masa lalunya tapi menyebut beberapa orang yg tiada siapa kenal.

"Aeden.. petang ni awak ada latihan pedang kan?" Soal Alexandra tanpa memandang ke arah aku.

"Ha'ah... Dalam seminggu ni aku sibuk utk persediaan ujian kelayakan masuk akademi minggu depan. Entah apa nasib aku dalam akademi tu..." Alexandra tersenyum kelat. Dia mengelus rambut hitam ku dengan lembut.

"Dont worry... awak akan jadi hebat. Lebih hebat dari mana mana guardian yg pernah ada di Avan" Alexandra memberi kata semangat sambil tersenyum comel. Aku tersengih dgn muka sugul.

"Macam mana kau tahu masa depan aku? Entah entah aku tak lulus langsung dgn ujian tu... lawak lah kau ni" balas ku. Dia mengembungkan pipi dgn balasan yg aku berikan. Dia cuma tunjukkan emosi bila tiada orang dgn kami.

"Hmpphh... awak ni tak percaya dgn saya lah... I know you will be the great one..." kata Alexandra sambil tersengih. Dia berdiri dan berjalan ke arah istana.

"Hei... kau nak pergi mana tu?" Aku melaung kuat. Dia memandang ke belakang.

"Awak tunggulah kat situ... ada orang nak datang kejap lagi..." balas dia sambil melambai. Aku mencebik. Entah macam mana dia tahu ada orang nak datang.

"Aeden... kau sibuk ke sekarang?" Soal suara lembut yg aku kenal. Sarah Louise.
Aku menoleh kearah dia. Elok je minah ni terapung di belakang aku.

"Erm tak jugak... kenapa?" Soal ku semula. Wajahnya kelihatan agak panik sedikit.  Dis jugak agak termengah mengah.

"Someone is waiting for you at the gates... baik kau cepat sebelum dia hancurkan lagi banyak benda.." kata Sarah sambil mengelap peluh yg laju menuruni dahi.

Aku berfikir sebentar. Aku ni famous sangat ke? Banyak sangat orang kenal aku ni...

"Cepatlah...nanti Alexandra keluar mengamuk..." Sarah menggesa dgn muka pucat. Heh... Alexandra takkan mengamuk kalau aku ada.

(Wow... yakinnya anda😁😁)

Aku bergegas mengikut Sarah ke beranda  besar istana barat. Itulah pintu masuk istana ni. Beranda yg besar sebagai tempat mendarat utk org yg terbang.

Sampai disana, aku melihat seorang gadis berhood sdg mengamuk dan berlawan dgn beberapa orang guardian yg menjaga beranda istana.

"Erghh... aku nak jumpa Aeden lah!" Tengking gadis itu kasar. Weww.. famous betul aku dalam kalangan perempuan ni..

But.. wait....

Aku kenal dgn suara dia. Tak mungkin....
Kau betul dia, macam mana dia boleh sampai kat sini?

"Tiffany?" Panggil ku perlahan. Gadis itu berhenti mengamuk dan memandang aku. Dia membuka hood nya dan berjalan kearah aku. Aku sedikit tergamam sebab rambut dy dah panjang doh.. rasanya tak mungkin rambut boleh panjang macam tu dalam masa dua bulan.

Sarah menarik aku ke belakang apabila Tiffany mahu menyentuh aku.
Dia menghunuskan pedang peraknya kearah Tiffany.

"Kau nak apa dari guardian kami?" Soal Sarah kasar. Tiffany mencebik. Dia memandang Sarah tajam lalu tersenyum sinis.

TAERA NACUMBA [HIATUS]Where stories live. Discover now