Alexandra menarik nafas panjang sebelum melangkah turun ke tingkat bawah istana Barat. Tempat semua great Star berkumpul sebelum Alexandra berubah secara drastik.
Dia membuka pintu yg terkunci dgn mudah menggunakan kuasa istimewa yg dia miliki. Potret besar yg tergantung di didalam bilik direnung lama sebelum mengalihkan perhatiannya pada seorang lelaki berambut kelabu yg diikat dgn teras magis.
"Dah lama kau tak datang sini, Visperia" tegur lelaki itu. Alexandra memandang tajam. Lelaki itu, Rein Shinegu dalang kepada segala kejahatan yg berlaku di Avan.
"Diam, Rein. Aku tak nak dengar apa apa dari kau." Bidas Alexandra kasar seraya melangkah ke arah sebilah pedang di hadapan potret besar itu. Potret masa lalu atau dipanggil The Hidden Memory. Pemilik sebenar potret menyembunyikan memori silamnya di dalam potret itu sebelum meninggal.
Dramatik sungguh.
Ukiran pedang diperhati oleh, Alexandra lama. Satu bayangan muncul dlm mindanya memaksa dia memandang Rein yg sdg tersengih lebar.
"Dia dah jumpa budak tu, Visperia. Lambat laun, kau kena lepaskan aku utk bantu kau teruskan kerja kotor kau tu..." kata Rein sinis. Puteri Avan itu mengetap gigi ketika Rein menyebut 'kerja kotor'.
"Aku tak ada pilihan lain, Rein. Aku perlu jejak Gaiko di mana..." balas Alexandra dingin. Sebenarnya...kisah yg diberitahu pada Aeden selama ini hanya lah penipuan semata mata utk mencegah dia pulang ke Kamengrad bersama Ares. Alexandra memerlukan Aeden utk menjadi sumber tenaga sihir hitam utk menjejak Gaiko. Dan dlm badan Aeden, ada banyak tenaga sihir hitam yg terlarang.
Rein ketawa kecil dgn balasan Alexandra.
"Kau tak layak pegang kuasa besar, Alexandra. Hati kau penuh dendam. Kau cuma nak balas dendam. Itu sahaja. Kau tak pedulikan hidup mati rakyat Avan... lepaskan aku dan aku akan tolong kau..." Rein menghasut perlahan.
Well... itu perkara biasa bagi dia. Hairlvern Sava memang tukang hasut orang. Alexandra merenung Rein tajam.
"Baik kau diam sebelum aku kerat lidah tua kau tu.." ugut Alexandra. Rein hanya berdiam walau masih tersengih.
Alexandra meletakkan kembali pedang itu dan keluar dari bilik itu. Dia perlu membuat sesuatu utk menghalang apa yg dia lihat tadi tidak berlaku.
Terence yg bertembung dgn Alexandra memerhati langkah gadis itu.
"Kau nak pergi mana?" Soal Terence dingin.
"Jangan sibuk urusan aku, Terence." Kata Alexandra tajam. Terence cuma berdiam diri. Dia tahu ada sesuatu yg tidak kena. Dan yg pasti, itu berkaitan dgn Aeden.
"Aku tak boleh berdiam diri..."detik hati Terence perlahan. Dia segera ke beranda utama Istana Barat dan terbang ke Akademi Diraja Avan. Dia perlu bantuan adiknya, Mikhayla.
***
Aeden memandang sepi kolam jernih dihadapannya. Cahaya senja mula kelihatan di ufuk barat. Sebentar lagi akan malam tapi Aeden masih tidak mahu berganjak dari kerusi kayu itu.
Semakin banyak persoalan yg muncul dlm fikirannya sejak kebelakangan ini.
"Sampai bila kau nak duduk sini?" Soal seseorang. Aku menoleh kearah gadis berambut biru tua yg baru melabuhkan punggung di sebelahnya.
"Sampai matahari tu tenggelam..." balas Aeden tenang. Nao cuma senyap memandang matahari yg semakin terbenam.
"Kau kenapa datang sini? Baru jumpa boyfriend ke?" Usik Aeden sambil tersengih.
Nao menunduk.
'ya..saya nak jumpa dgn awak...' mahu sahaja dia mengucapkan kata kata itu namun di tahan dan disimpan sahaja di lubuk hati."Apa kau mengarut ni?" Soal Nao kembali. Kalau bukan sebab suasana sekeliling dah gelap, rasanya muka Nao yg merona merah dapat dilihat dgn jelas oleh Aeden. Aeden cuma ketawa kecil.
"Main main jelah. By the way, thanks sebab tolong aku" ucap Aeden perlahan. Nao beriak tenang.
"No problem. Tugas aku sebagai org Kamengrad utk tolong putera kami..." kata Nao perlahan.
"Ares dah lucutkan gelaran tu pada aku. Takkan kau tak tahu..." Bidas Aeden selamba. Nao memandang tempat lain.
"Tak.. Putera Ares tak pernah lucutkan gelaran tu..." kata Nao perlahan. Sangat perlahan sehingga hanya sipi sipi kedengaran di telinga Aeden.
"Apa dia? Aku tak dengar.." soal Aeden sekali lagi. Nao menggeleng.
"Tak ada apa apa... kau tetap berdarah diraja. Jadi aku kena tolong kau" ulang Nao kembali. Aeden cuma tersenyum kelat.
Nao mengerling kearah Aeden beberapa kali."Nao, macam mana kau tau identiti aku yg
sebenar? Hanya beberapa orang yg tahu pasal ni..." soal Aeden perlahan. Nao diam seketika.Apa pulak nak jawab dgn dia ni? Otak geliga Nao ligat berputar merangka jawapan yg tidak akan menimbulkan rasa curiga.
"Err... bukan semua orang Kamengrad tahu ke? Rasanya Putera Ares ada bagitahu dulu"
Nao membuat muka serius utk menutup penipuannya. Aeden cuma mengangguk.Setelah beberapa lama duduk di situ, Nao berdiri lalu meregangkan sendinya.
"Aeden, aku gerak dulu. Bye..." ucap Nao sebelum menapak pergi dari situ. Aeden mengangkat tangan membalas ucapan Nao yg sdh jauh. Aeden menghembus nafas panjang.
Dia berdiri dan berjalan ke arah yg bertentangan. Rindu pulak dia dgn Alexandra yg manja dgn dia. Bukan apa tapi, rasa macam ada keluarga lah sikit dgn perangai manja Alexandra tu. Rasa sunyi dalam hati tu terisi sikit dgn budak manja.
Chewahh ayat.Tbc....
Dah betul" kering idea. Tak tahu nak tulis apa lagi... sorry...
YOU ARE READING
TAERA NACUMBA [HIATUS]
FantasyKembalinya Aeden ke dunianya yga asal membangkitkan kembali dendam lama yg terkubur. Dalam kesetiaan, hidupnya pengkhianatan. Kisah diputar utk mengelirukan dia sehingga membawa kepada kematian abang kembarnya, Ares. Alexandra Visperia juga enggan m...