2.

19 5 0
                                    

Yoongi's pov

Aku meregangkan badan yang terasa sungguh lenguh. Jam tergantung elok di dinding aku kerling.

3.13AM

Aku menatap skrin laptop yang menghasilkan cahaya cerah di ruangan bilik gelap ini. Satu keluhan dilepaskan.

Kenapa dorang degil sangat?

Kaki aku menjejaki lantai yang sejuk akibat dipasang penghawa dingin. Aku nak turun, basahkan tekak.

Pintu dibuka.

Sunyi.

Dah tidur agaknya.

Langkah aku aturkan ke dapur tenang. Tenang? Tak sebernanya. Hati aku dari tadi tak berhenti membisik-bisik suruh keluar dari rumah ini. Air aku teguk rakus.

"Hyung."

"Tak tidur lagi?"

"Dah tidur lah ni." Kata aku selamba. Jungkook yang mencebik menghadiahkan aku satu jelingan tajam sebelum melangkah membuka peti sejuk. Baki kek dibeli tadi dibawa keluar. Jungkook makan topping kek buah itu begitu sahaja.

"Hyung cari apa malam-malam ni?"

"Kalau aku bagitahu pun, bukan kau nak dengar." Botol besi dicapai lalu aku masukkan hot choco yang dibuat ke dalamnya.

"Kau tak mabuk?" Jungkook memegang kepalanya. "Pening sikit. Tadi dah lelap." Aku mengangguk sebagai balasan.

"Hyung, Kook masuk dulu." Ujar Jungkook. Botol aku yang penuh diisi hot choco dirampas Jungkook begitu sahaja. Diteguknya sehingga separuh tanpa rasa serba salah. "Night."

Aku memandang tubuh belakang sasa jantan tak guna tersebut. "Macam tu je?"

Aku merengus kasar. Nak marah, dah malam.

Tak pasal-pasal semua bangun. Lepastu, aku yang kena bash nanti.

Aku buka semula almari yang terletaknya packet choco. Buat balik.

Dalam keadaan yang gelap, diterangi lampu jalan di luar aku membuat hot choco untuk bantu diri tidur dan pergi ke alam mimpi. Sejujurnya aku tak boleh tidur selepas apa yang terjadi dalam mini van Jimin tadi. Tambahan pula, aku menghidap penyakit insomniacks.

Perkara tu normal. Kehidupan seharian.

Aku sendiri dah lama rasai benda macam itu.

Tapi kali ni lain. Aura dia tak sama.

Jadi, alang-alang aku buat research apa yang berkaitan tentang rumah ini. Tapi hampa. Tak banyak maklumat aku dapat.

Ding Ding Ding Ding

Pergerakan aku automatik terhenti apabila terdengar bunyi loceng. Aku berkerut.

Pantas aku menoleh ke belakang. Rasa seperti ada orang lalu.

Aku cuba mengawal riak wajah. Peluh sejuk mengalir keluar daripada rongga kulit.

TirI tingkap aku selak sedikit. Memerhati keadaan di luar.

Tak ada apa. Kosong.

Aku menarik nafas dalam. Cuba abaikannya. Itu cara yang terbaik. Penutup botol aku tutup ketat lalu mengocaknya.
Ding Ding

"Kau nak apa?" Soal aku berani. Seperti apa yang aku cakap tadi, dah biasa.

Senyap.

Eih, lantaklah.

Aku menggelengkan kepala. Langkah aku diteruskan mendaki anak tangga.

Dengan mengejutnya, kaki aku ditarik secara kasar sehingga aku jatuh. Botol dipegang aku tadi terhentak pada tangga. Kepala aku yang terhantuk pada dinding aku pegang. Aku meresah sakit.

"Jangan kacau aku, setan." Mata aku melilau pada setiap penjuru. "Aku tanya kau sekali lagi, kau nak apa?"

Aku masih tak dengar sebarang balasan. Peluh sejuk mula membasahi rambut aku.

Aku menatap radio di ruang tamu yang terbuka.

"I know ~♪
You belong ~♪
To somebody new ~♪
But tonight ~♪
You belong to me ~♪"

Bulu roma aku meremang. Bunyi lagu yang dinyanyikan oleh kanak-kanak itu bergema di ruang ini.

Lagu 90an yang didengari aku kedengaran lebih menggerunkan daripada biasa. Suara kanak-kanak itu sedikit garau.

Nafas aku jadi tercungap-cungap. Aku berdiri tegak juga walaupun kaki aku terketar hebat.

"Si-siapa kau?" Sekali lagi, aku soalnya.

Ini apa yang Taehyung selalu buat. "Ap-apa tujuan kau ke sini?" Aku menelan liur kelat. Rasa seram yang dasyat itu jadi semakin menjadi-jadi apabila aku keseorangan sekarang.

Jasad yang lain sedang terpisah dengan roh masing-masing. Semua nyenyak tidur.

"Tujuan aku ke sini?" Benda itu tergelak. Jantung aku seperti mahu berhenti berdegup di saat satu figura yang menggerunkan bergerak di sekitar ruang tamu. "Bukan itu soalan yang patut aku tujukan pada kau?"

Tangan aku basah dengan peluh aku genggam. Mata aku tajam memerhatikan setiap pergerakannya.

"Apa yang kau nak di sini?" Aku menutup hidung apabila bau busuk menyapa deria bau aku.

Bau yang sungguh tidak menyenangkan. Bau hancing.

Benda itu diam tidak membalas persoalan aku yang sama.

Debaran di dada menyakitkan aku. Jantung aku mengertak laju.

Perlahan-lahan aku mengambil langkah kecil untuk naik ke bilik. Benda itu mula mendekati aku.

Semakin dia dekat, semakin aku keliru dengannya. Aku berlari menaiki anak tangga.

Malang, pada satu langkah aku tersandung.

Tanpa memberikan aku peluang, ia mula menarik kaki aku turun semula daripada tangga kuat dan menyebabkan kepala aku sakit dihantuk tangga.

Aku meronta untuk dilepaskan. Tapi semakin aku meronta, tarikan dia semakin ganas.

Palang besi tangga aku genggam menahan cengkaman pada kaki aku. "Jungkook!" Seru aku kuat.

Jungkook tidur di stor. Aku menggengam kuat pegangan pada palang tangga. Muka aku berkerut. Kaki aku rasa seperti dicakar. "Taehyung!"

"Kim Taehyung!" Nama Taehyung dipanggil aku dengan penuh harapan dia akan keluar daripada bilik.

Aku menjerit kuat. Benda itu mula merangkak ke arah aku. "Kim Taehyung!"

"Jeon Jungkook!"

Aku memejam mata kuat.

Salah seorang daripada mereka langsung tak munculkan diri.

Benda itu berhenti tepat di hadapan aku. Dia tersenyum lebar menampakkan giginya yang buruk sebelum mengangkat parang besar ke arah aku.

"Argh!!"

Aku tersedar dari tidur. Pantas aku susuk di atas katil. Tubuh aku diraba-raba.

Aku bersandar pada penghadang katil. Aku menyelak rambut ke belakang. Laptop yang masih terbuka di sebelah katil aku tenung lama.

"Mimpi."

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 12, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

LIVE [HIATUS]Where stories live. Discover now