"Jungkook, dah naik belum?"
"Kook. Dah berapa?"
"Woi, aku tanya ni."
Lelaki muda bernama Jungkook itu berdecit. "Sabar lah, Jimin hyung." Matanya dari tadi melekap pada skrin komputer. Jari-jemarinya pula menari-nari atas papan kekunci. Perhatiannya pada tiga komputer di hadapannya tadi sedikit terganggu apabila Jimin asyik menanyakan soalan yang sama.
"Aku tanya je pun. Yang kau nak marahkan aku kenapa?"
"Masalahnya cuba sabar. Orang dah cakapkan tadi. Sikit je lagi. Tunggu je lah. Tu pun susah ke?"
"Dah aku tanya kau tak nak jawab. Siapa suruh pekakkan telinga. Ada telinga pakailah elok-elok." Jungkook mengerling Jimin tajam. Jimin akhirnya putus asa mahu berbalah dengan ahli yang paling muda . Dia memeluk tubuh dengan muncungan lalu punggungnya dihenyakkan pada sofa di bilik Jungkook.
"Aku nak tengok kartun tak boleh, sibuk ajak berkumpul kat sini ramai-ramai. Baik aku tidur je. Tanya sikit nak marah." Majuknya. Jungkook sedikit pun tidak heran dengan sikap kebudak-budakan Jimin . Sudah lali .
Sikit-sikit nak merajuk. Dia yang lagi muda pun tak macam itu.
"Yes!" Secara tiba-tiba Jungkook berdiri sambil menepuk tangannya kuat. Usai itu dia meneruskan jeritan dengan mengangkat kedua-dua lengannya dengan ceria .
"Wargh!" Seorang lagi lelaki berwajah kacak menjerit. Terkejut dengan jeritan nyaring Jungkook. Dadanya diurut. "Yah! Jeon Jungkook! Kau dah kenapa terjerit-jerit? Terperanjat aku, gila!" Jungkook beralih ke tepi memberi lima orang rakan-rakannya menatap skrin komputer.
"1 juta subscribers, berjaya!"
"Wah! Mantap ! "
"Gilalah , tak sangka kita boleh dapat 1 juta dalam waktu sebulan."
"Ni semua sebab ada aku. Aku kan paranormal terkacak . Mestilah ramai fans. " Semua ahli memandang Seokjin dengan kerutan. "Hyung , tak ada kena mengena." Ujar Jhope jujur atau lebih mesra dipanggil Hoseok. "What? Betul apa aku cakap. Disebabkan aku kita--"
"Bukan disebabkan kau. Ini semua jasa hantu-hantu yang kita halau. Dorang bukan nak tengok kau pun. Perasan." Yoongi mencelah.
" Tolong jaga ayat kau ye. Aku lagi tua dari kau jadi guna ayat kasual. Kalau tak nak, jangan bercakap. Aku tak nak layan." Yoongi tersenyum senget.
"Bukan kau tak biasa pun. Takkan tu pun nak jadi isu."
"Biadab."
Wajah Seokjin merah menahan amarah. Dadanya pun berombak. Yoongi memang seorang yang cakap lepas. Ada je yang tak kena. Suka sangat ganggu keamanan orang lain. Pantang tengok orang tenang. Mesti nak dikacau.
"Dah lah, Seokjin hyung. Yoongi."
"Tak payah bergaduh. Kitaorang ni penat. Nak melayan korang pula. Yoongi, kau sehari tak cari gaduh tak sah ke?" Yoongi hanya menjeling Namjoon tidak puas hati.
"Aku tak buat apa pun kena serang. Apa masalah?"
"Hyung."
Seokjin diam apabila ditegur Namjoon. Tapi mulutnya terkumat-kamit mengata Yoongi.
"Apa kata kita pergi bercuti?"
"Dekat mana?" Soal Seokjin teruja. Dah lama mereka tak bercuti. Setiap hari ada sahaja panggilan masuk. Kadang-kadang sampai lima panggilan. Suruh mereka menghalau roh yang tidak tenang daripada mengganggu keluarga yang tidak bersalah.
YOU ARE READING
LIVE [HIATUS]
غموض / إثارةSatu per satu ahli paranormal itu menghilangkan diri. Tanpa kesan, bukti atau tanda mereka diseret diragut nyawa seorang demi seorang oleh mahluk yang tidak dapat dikenal pasti. Setiap kali siaran langsung di aplikasi youtube dihidupkan akan ada an...