"Your biggest weakness is when you give up and your greatest power is when you try one more time."
(Kelemahan terbesarmu adalah ketika kamu menyerah dan kehebatan terbesarmu adalah ketika kamu mencuba sekali lagi.)Hey guys, ini adalah qoute pertama kita,cuba baca dan paham kan sejenak qoute tu, saya tunggu....tettt masa tamat.haha. Saya suka qoute ni sebab die memberi impak yang besar dalam hidup saya. Saya pegang kata2 ni dalam kehidupan saya.
Kenapa kelemahan terbesar kita adalah putus asa? Bukan ke kelemahan tu author mcm kurang pandai, tak reti bercakap dengan orang, tak pandai urus masa, lemah ini, lemah itu. Yup tak dinafikan itu semua juga golongan kelemahan. Tapi ni adalah kelemahan mental kita.
Saya contohkan begini, kawan2 semua nak belajar nak buat tart nenas.. Wahh mood raya.. Haha. Jadi kawan2 pun sediakan bahan2, alat peralatan tuk perang didapur, kawan2 pon mula letak buttercup, gula, tepung, ape la, ini la. Dah siap wat kawan2 pun excited nak membakarnye. Dah bakar tengok2 alamak, terlebih keras lah, ade besar, ade kecik, ade hancur, ade hangit. Aduhh terus down rasakan, rasa menyesal buat pun ade. Haihh lepas tu mula rasa tak nak buat dah lepas ni.
Tapi jika kawan2 rasa tak nak menyerah aku nak wat jugak tart nenas ni sampai jadi, sampai sedap kehebatan terbesar kawan2 telah muncul iaitu mencuba sekali lagi. Sebab ape ia kehebatan terbesar author? Sebab jika seseorang itu gagal dalam sesuatu perkara dan berusaha untuk melakukannya sampai jadi, mereka akan mencuba mencapai sesuatu itu dengan cara lain lak. Mungkin cara ni tak jadi, jadi aku kene guna cara ni dan usaha lebih sikit.
Macam tart nenas tadi juga. Kita dah gagal wat tart nenas kali pertama, jadi kali kedua kita buat lagi, alamak lembut sangat pulak, kita cuba kali 3, alamak terlampau besar pulak, cuba kali 4, alamak terlebih masak aduh, kali 5 kita pun berusaha lebih lagi kita tengok sebab ape tart ni jadi macam ni macam tu. Ouh terlebih tepung, kurang, oo acuan besar sangat, kecilkan sikit acuan, ini lebih, kurang sikit dan sekian2. Dan akhirnya setelah penat berperang dunia dapur ke 5 tart nenas cik kiah is done!! Waah cantik je tart ni, masuk. Mulut hancur di mulut. Maaii dappnyee.. Haha lapar lak citer makan ni..
Nampakkan dekat situ bahawa qoute tu sangat berkesan kepada kita. Saya nak kongsi kisah saya daki ape eh..bukan daki macam masuk hutan. Jungle trekking haaa...saya ade join camp kepimpinan macam tu selama 10 hari. Dan pada satu hari kami groul Bravo kene jungle trekking. Satu bravo tu ade 4 kumpulan lagi dalam tu, team saya satu dalam tu. Nak jadikan citer ada satu tahap tu kami kene daki bukit sangat curam sebelum berhenti solat asar. Jadi masa tu saya dah penat sangat2, dengan bawak beg plkn macam best askar tu. Dengan berat dekat 5 kg kau rasa.
Tu bukan kali pertama join jungle tapi kali tu memang mencabar. Saya kat dalam hutan tu dekat 5 kali tergolek...haha salah satu tergolek kat bukit tu,dah la hujan, licin lak.. Jadi lepas saya tergolek kat curam tu saya berhenti kejap kat tepi sambil kawan saya teman sebab bagi laluan kat orang belakang. Jadi masa berhenti saya cakap kat kawan saya, Jep aku tak larat dah ni jep, lutut kaki aku sakit dah ni sambil bernafas laju. Lepas tu saya bagi la alasan itu ini sampai kawan saya cakap "weyh kau jangan macam ni, kau kene kuat, kuat tuk aku, tuk team kita, tuk bravo, kita dah separuh jalan dah, nak sampai dah pun, kalau kau give up sekarang,tak ke itu sia2 jew kau masuk hutan, redah hujan segalanya ni.
Jadi saya pon terdiam kejap..sentap kan.. Haha. Jadi saya pon pelan2 naik bukit tu dan bila saya sampai saya bukak beg tu saya duduk jauh dari team saya. Saya duduk diam dan termenung kejap. Betul ape kata jep tu. Kalau aku menyerah sia2 jew ape aku buat, aku kene kuat tuk diorang, lawan penat ni dan jangan menyerah. Selesai solat asar kami pun nak bergerak, jadi saya angkat beg saya, duduk depan sekali, saya pun mula controlkan pernafasan kuar masuk, maintain langkah berjalan, fokus supaya tak nak tergolek lagi, dalam hati sebut aku boleh!aku boleh! Akuu boleh! Dan selepas lama berjalan kami sampai ke tempat tujuan kami.
Masa perasaan sangat gembira bila dapat tahu dah sampai, lagi gembira bila dapat berita group kami pecah rekod masa paling cepat sampai dalam 4jam lebih macam tu. Kami tolak lepas solat jumaat so dalam 2 lebih tolak sampai pon 6 lebih.. Group bukan bravo..bergerak pukul 2 sampai dekat pukul7 atau 8 macam.. Ya Allah perasaan masa memang tak leh nak cakap kita sendiri rasa. Haha
Akhir kata saya, kalau kita sentiasa berusaha dan berusaha tanpa putus asa, inshaallah Allah akan tolong kita.Author lampirkan gambar masa pergi jungle trekking tu.. Haha (jangan kecam😜) bukti saya x tipu..muka letih..mana author.. Pandai2 la😂
YOU ARE READING
Kerna Ku Tidak Sempurna
PoesiaKarya : Iman Hazrael Hey guys✋Assalam semua..mcm mne kesihatan korang? Author harap korang dlm keadaan yang sihat selalu dan sentiasa dilindungi oleh Allah💕 Mcm pelik lak guna author in 😂 Author bahasa kan diri author saya je la ye😂 Kerna Ku Tid...