09

231 30 2
                                    

Dari tempat duduk aku , aku terdengar Jisung menyanyi di belakang . Terdengar juga pensil diketuk-ketuk pada meja mengikut alunan muzik yang dinyanyikan .

" Jisung , kau tulis lirik ? " sapa Chan .

" Em yeah . Kenapa ? "

Aku hanya dengarkan perbualan mereka dari tempat aku .

" Woah , you should join us . Aku and Changbin . Kitaorang pun tulis lirik , compose and whatsoever .We can call our group as 3racha ! " kata Chan riang .

" Aku tak bagus mana pun but yeah maybe aku join korang " balas Jisung tenang.

Suara dia tu , hati aku tak kuat la :(

Dengan ajakan Chan tadi , sampai sekarang aku dengar yang mereka bersembang tentang muzik . Termasuk 5 orang kawan mereka lagi .

Kadangkala mereka nyanyikan lagu.  Seolah-olah sedang mencipta lagu .

Talented betul .

Aku ni pula hanya seketul kentang yang tak boleh buat apa-apa . Tak ada bakat .

Mungkin bakat aku mencarut dengan Jaehee .

" Kau termenung apa nyah " tanya Jaehee tiba-tiba .

" Masa depan kau yang gelap "

" Bongok "

——

Jaehee menepuk bahu aku teruja. 

" Weh sana weh " Jaehee menunding pada meja yang berdekatan dengan penghawa dingin. Library ni memang dah sejuk tapi kami banyak dosa jadi duduklah bawah aircond.

Aku melabuhkan punggung di kerusi . Siap duduk malas lagi .

" Pergh feeling feeling banyak pahala do " kataku sambil menutup mata menikmati betapa sejuknya tempat ni

" Kepala hotak kau la "

Kata-kata Jaehee tadi aku buat tak endah .

" Weh , aku nak pergi tandas kejaplah. Nanti aku datang balik itu pun kalau panjang umur " Jaehee meminta diri lalu berjalan keluar dari perpustakaan .

Tinggallah seketul Juyeong yang cantik di hujung perpustakaan ini. Aku mengeluarkan telefon bimbit dan tiba-tiba Jaehee duduk semula di depan aku.

" Cepat betul k— " aku mendongak .

Ini bukannya Jaehee. Tapi Jisung.

" Hai Juyeong, buat apa sorang dekat sini? " tegur Jisung sebaik sahaja melabuhkan punggung di depan aku. Aku hanya diam.

" Juyeong? " panggil Jisung lalu aku terus tersedar.

" Oh ya tadi Jaehee ada dengan aku tapi dia pergi tandas kejap "

" By the way Juyeong, aku nak cerita nii " Jisung merapatkan kerusi ke hadapan. Aku juga melakukan perkara yang sama.

Berdebar pula aku.

" Aku ada buat lagu hehe " Jisung tersengih.

Lagu rupanya. Kenapa aku mengharapkan benda lain

" Nak dengar boleh? " aku menunjukkan minat.

" Of course! "

Jisung mengeluarkan telefon pintarnya dan pasang satu lagu tetapi dengan volume yang perlahan. Khusyuk pula aku mendengarnya, cuba menangkap maksud yang disampaikan di sebalik lirik tersebut.

Selepas 3 minit barulah lagu yang dipasang habis.

Aku menepuk tangan tanda teruja.

" You're so talented ! "

" Biasa je lah " dia menggaru kepala sambil tersenyum malu.

" Tapi seriously, pandai lah kau tulis lirik. Lagu pun okey "

" Thank you, Juyeong. Nanti aku nak hantar dekat group kelas pula " aku cuma angguk.

Tak lama kemudian Jaehee datang dengan muka -kau buat apa berdua-duaan dekat hujung library ni- . Faham-faham jelah.

" Gotta go now, see you later Juyeong "

" Aik Juyeong je? "

" You also.. Jaehee Jeongin. ops" Jisung menutup mulut acah-acah seperti terlepas cakap. Mana dia tahu pasal tu?

Setahu aku yang aku seorang saja tahu pasal Jaehee minat Jeongin.

" Yah— ugh budak tu " Jaehee menggenggam penumbuk. "Aku dah tolong bukan nak appreciate"

" Mana dia tahu pasal Jeongin? " soalku keliru.

" Ha? I- I don't know. Dia terdengar kita cakap pasal Jeongin kot"

Aku memilih untuk diam. Mungkin betullah yang Jisung terdengar perbualan kami tentang Jeongin.

[C]CLOSE | han jisungWhere stories live. Discover now