"Juyeong, jom tolong mama masak. Kejap lagi papa balik"
Aku yang sedang vibin' to Dionysus terkejut bila mama kata yang papa akan balik. Maklumlah papa jarang dapat balik sebab dia bekerja jauh dari sini. Aku lompat beberapa anak tangga dan terus berlari pada mama
"Okey jom kita masak. Juyeong tak sabar nak masak sedap-sedap untuk papa"
——
Ambil masa dalam sejam lebih juga untuk siapkan makanan yang ingin dihidangkan. Kami tak ramai pun, cuma 3 orang tapi masak lebih pula kali ni.
Lagipun aku turun tadi sebab lapar, alang-alang tu makan banyak lah terus.
Sekarang hanya tinggal mama goreng telur dadar, lepas itu semuanya siap. Sementara tunggu mama, aku mengeluarkan phone di dalam poket dan mengambil gambar makanan yang baru sahaja dimasak tadi.
Selesai aku ambil beberapa gambar, aku lihat semula gambar-gambar tadi. Aku slide ketepi untuk lihat lagi. Tiba-tiba satu gambar lain yang tak patut ada dalam gallery aku muncul.
Excuse me, whattt ?👁👄👁 Aku hampir tersenyum melihat gambar niIni ke yang dia kata bonus haritu?
Han Jisungie
📷 Photo
📷 Photo
yang ni apahalwho's that?
boyfriend kau?
handsomenyaYa, boyfriend aku. Boyfriend dalam mimpi :))
So yang ni ke bonus kau
Yes
Handsome kanAuto delete
Jangan delete
Buat kenangan
√√Aku hanya berikan 'bluetick' pada message dia. Tak adanya aku nak delete. Memang aku simpan sampai aku kahwin.
Eh jauh betul sampai kahwin.
Dua gambar tadi ditatap. Sekejap gambar pertama, sekejap gambar kedua. Siapa sangka, aku boleh ada gambar dia dalam telefon aku.
Aku senyum.
Ya, memang handsome pun.
"Uish handsomenya dia. Jisung ke tu?"
"Aigoo kamchagiya"
Melompat aku sebaik mama tiba-tiba muncul daripada belakang dan tegur aku. Aku mengurut dada perlahan. Sedaya upaya aku bernafas supaya dapat bertenang.
"Jisung eh?" Mama senyum menyeringai. Dengan pegang pinggan ada telur dadar lagi. Itu kalau aku terkejut lepastu terlanggar pinggan tu habis kena halau.
"Hm yes Jisung. Han Jisung" jawabku malas. Aku sebenarnya malu bila mama bangkitkan pasal Jisung ni. Dahla aku suka dekat dia lepastu nak cakap pasal dia dekat mama memang awkward la cerita dia.
Aku syak Jisung mesti banyak kali tersedak sebab aku selalu sebut nama dia. Tambahan mama pula. Silap-silap tercekik nasi goreng sekali.
"Handsome lah. Baik tak?"
hah sudah mama tanya macam nak buat menantu. Aku pun sekolah tak habis lagi ni
"Mestilah baik, ma" balasku ringkas. Aku tak tahu apa patut aku describe dia yang sebenar. Kalau aku describe Jisung versi dalam mimpi aku tu bolehla.
Tiba-tiba loceng rumah berbunyi. Mungkin papa sudah sampai. Aku bergegas ke pintu untuk menyambut kedatangan papa.
"What?"
YOU ARE READING
[C]CLOSE | han jisung
Romancemimpi menyatukan kita , Han Jisung " I just wanna know you " ✨by Close - HAN + short fanfic + cover by Canva + sincerely, jeonsh0ok