<A Blink Of Eyes>
^Fate,You and me^
☆
AKU pandang Denial yang berdiri dihadapan aku.
Dia tampan dengan solekan nipis diwajahnya.Bila mata kami bertembung,terus aku larikan mata aku.Taknak tentang mata.
"kamu berdua dah bersedia?"
Paderi itu mula memecahkan keheningan.
Aku mengangguk kecil.Sebenarnya,aku masih lagi terkejut dengan apa yang jadi.Keputusan ini terlalu terburu-buru.
Yaa,Aku kena kahwin dengan Daniel demi maruah keluarga.Keluarga Han bukan calang-calang.Terkenal dipelosok Seoul.
Aku terpaksa lakukan semua ni.
Aku taktau apa yang jadi.Fikiran aku kosong.Aku tak mampu nak fikir secara rasional sekarang ni.
"Daniel Han,do you love her wholeheartedly and accept her as a wife?"
Daniel kerling aku sekilas sebelum menjawab.
"Yes"
Jawapan dia itu bagai pedang yang ditusuk.
Paderi itu beralih pulak pada aku.
"Jung Saerim,do you also love him wholeheartedly and accept him as a husband?
Aku tunduk memandang lantai.Air liur yang berpasir aku telan melepasi kerongkong sebelum aku meneruskan bicara.
"Yes"
Dan nama aku bukan lagi Jung Saerim.
Tapi.
Han Saerim.
Itu nama aku sekarang,Salam perkenalan.
"Daniel Han,you can kiss your bride now."
Tersentak aku mendengar kata-kata paderi itu.Lantas aku melihat Daniel yang berdiri tak jauh dari aku.
Dia menundukkan dirinya sendikit separas telinga aku kemudian membisikkan sesuatu.
"Tutup mata kau."
Sejurus dengan itu,perlahan-lahan mata aku tertutup dan dapat aku rasa bibirnya menyentuh bibir aku.
Ciuman pertama aku milik Daniel Han.
Sekilas kemudian terus mata aku terbuka balik.
Dia hanya selamba dengan tangan dimasukkan kedalam poket seluar.
"DANIEL!SAERIM!JOM BERGAMBAR!"
Daniel pandang aku,aku pandang Daniel.Sama-sama dah bengap ni.
"Kaja."
Tangan aku digenggamnya lantas terpinga-pinga aku mengikut langkahnya menuju kearah ahli keluarga kami yang mahu bergambar.
Majlis hanya dibuat secara kecil-kecilan dan hanya ahli keluarga dan sahabat rapat sahaja yang hadir.
Majlis ni kan untuk menutup maruah,untuk apa menjemput orang?
Kami sampai ditempat bergambar.Semua mata memandang kami.
"PENGANTIN BARU DAH SAMPAI!"
Suara BFF aku ,Muna kedengaran.
Tiada siapa tahu kenapa aku tiba-tiba nak kawin sebelum tamat semester.
Apa yang mereka tahu adalah aku kena kawin dengan Daniel sebab parents kami dah bersetuju.
Itu tanggapan kawan-kawan.Yang keluarga datang dari jauh pulak,Cakap aku kawin dengan Daniel sebab nakkan harta.
Apa aku boleh buat dengan harta berbanding maruah aku yang tercalar ni?Boleh ganti balik?
Pastu mereka cakap yang Mama aku nak rampas harta appa Daniel.
Biarlah dia,dah suami dia kan?
Yaa,Daniel abang tiri aku.Tapi sekarang,dia suami aku.
Kau rasa?
Habis saja sesi bergambar,Muna menarik lengan aku jauh dari mereka.
"Hoi rim,selamat berseronok tau malamni.Hehe."
Terus aku kepok bahu dia.Minah ni nak tempah keranda ke apa?
-TBC
HAMBAR EN?
![](https://img.wattpad.com/cover/227313359-288-k66383.jpg)