1

8 1 0
                                    

Baiklah masa telah pun tamat sila letakkan kertas jawapan disebelah kanan meja kamu. Kata pengawas peperiksaan dengan bersahaja aku dengan rasa nk melompat nk menjerit pun ada sebab dah sikit lagi nk tamat SPM wehhh xD YEYEYEYEYY!!!

Selepas sahaja pengawas tersebut memugut kertas semua pelajar disekolah pun berpusu² menuruni tangga maklum la dh habis SPM. So bermula laaa adegan yang tidak senonoh di mata ku, ada yang menconteng baju, koyak baju, merempit bunyi macam motor nk meletup, bonceng awek pegang² pinggan wtf hmm... Budak zaman now pape arhh yang penting aku nk pegi relek2 ngn member aku heheheh.
Semasa menuruni tangga member² aku datang, aku dh tau dorang nk ckp pasal benda tu hehehhe.

"Weh Faez kita jadi en pegi sana lusa?" Tanya Khairul pada aku.

"Hehehe mesti arrhh korang siap² ek... Kalau tak tinggal nnti aku tak tanggung BAHAHAHAHHA"  Kata aku teruja.

"Yeeyy akhirnya habis SPM ni bapak arhhh soalan addmath susah bodoh aarhh!!!" Kata Shahare sambil mengurut² kepala. Kemudian Iqman menyambung.

"Tu laa kau, aku ajak lepak hari tu tak nak kan dh susah BAHAHHA" Aku ngn member lain ketawa

Dalam perjalanan melalui pokok tempat aku ngn member selalu letak aku dengar suara seakan ingin berkomunikasi dengan aku. Aku berhenti untuk mendengar dengan lebih jelas suara itu , aku mengecilkan mata ku kearah pokok itu. Aku melangkah kesana tiba² aku terkaku melihat kelibat wanita sekelip mata disebalik pokok itu kemudian lesap.  Aku dikejutkan dengan suara Iqman memandang aku pelik.

"Woii kau tngok apa tu HAHHA cm tngok hantu je" Kata² Iqman mengejutkan aku lalu aku menggeleng.

1 BULAN SEBELUM SPM BERMULA

Aku, Iqman, Shahare, Khairul dan Helmy duduk melepak kat taman berdekatan kantin. Kami tengah makan nasi lemak paling sedap pernah aku makan dengar kata ni nasi lemak mak cik Hana orang nya dh tua dan sebatang kara. Aku kasihan melihat dia menjual sorang² kat kawasan perumahan aku tu so aku akan beli laa nasi lemak dia tu setiap kali pegi sekolah.

Helmy yang pendiam dan kaki buku mula bersuara. Jarang sangat dia bercakap ni sebenarnya... "Korang aku nak tnya arhh" aku, Iqman, Shahare dan Khairul hampir tersedak dek kerana dengar suara Helmy. Aku hanya mengangkat kening dan ckp "knpa??"

Dia senyap kembali aku memang pelik dgn dia nii aduuhaii.

"Sedapkan nasi lemak ni heheh nnti aku beli untuk korang lagi ek?" Kata aku sambil mengunyah

"Mmmm mmmm bagus² HAHAHAHAH" Iqman, Shahare dan Khairul berkata serentak

"Jom arhh masuk kelas, lepas ni addmath kalau lambat kena rotak lak" kami berlima tanpa berfikir panjang membersihkan meja di taman itu dan berlalu pergi. Dalam perjalanan naik ke kelas, aku merasakan seperti ada yang memerhati aku... Bila aku menjenguh ke bawah aku terlihat mak cik Hana memegang plastik... Dalam plastik tu ku lihat seakan bungkusan daun pisang jadi aku berfikir mungkin mak cik Hana nk jual kat kantin kot. Aku senyum dan dia membalas senyuman aku lalu dia berlalu pergi begitu juga dengan aku.

KEESOKKANNYA

Aku seperti biasa akan pegi ke tempat mak cik Hana di lorong rumah ku kebiasaannya dia hanya menjual dengan payung yang lesuh dan meja kecil tempat dia letakkan barang jualannya tidak lain tidak bukan... Nasi lemak kegemaran ku heheh nasi lemak mak cik Hana... Namun tidak ku sangka, hari kelmarin mungkin hari terakhir aku melihatnya sbb selalunya dia akan menjual kat sini. Takpa mungkin esok dia menjual namun esok, lusa , tulat... Tiada batang hidung mak cik Hana ku lihat sedih... Ntah mana laa mak cik Tu pegi... Hmm

END FLASHBACK

Aku still tunggu mama kat pondok sekolah ni belum sampai² lagii haiihh menyesal gk tk ikut Shahare tadi emm. Tak pa laa bukan rezeki kot aku balik awal. Tunggu je laa. Tak lama lepas tu guruh berdentum menandakan hujan nk turun. Hujan turun dengan lebatnya diikuti dengan petir sambar menyambar. Kedengaran suara wanita teresak-esak aku terus tergamam. Suara siapa pulak nii kata ku dalam hati emm....

TO BE CONTINUE...

〰️〰️〰️〰️〰️〰️〰️〰️〰️〰️〰️〰️〰️〰️〰️〰️

Hi hello aku baru publish cerita ni cara penulisan dan gaya bahasa aku tak laa hebat mna and emm... Aku akan cuba habis kan cerita ni hehe bye 🌺

GERAI USANGWhere stories live. Discover now