"Ada orang ke kat situ?" manusia itu berkata sekali lagi, dengan nada yang lebih kuat. Ketika manusia itu berjalan menghampirinya, Enriya memberanikan diri untuk bersuara.
"Tolong jangan datang dekat..." dia berkata, suaranya perlahan.
"Eh awak bercakap macam saya! Okey la tu. Tadi saya ingat awak baca jampi." manusia itu berkata dengan teruja. Dia mendongakkan sedikit lagi kepala, ingin melihat tuan kepada suara itu yang bersembunyi di belakang batu.
"Ye..."
"Jadi keluar la! Jangan malu-malu kucing~"
Kucing? Apa tu? Aku tak belajar lagi kot...
"Tak boleh..." Enriya membalas.
"Kenapa awak taknak munculkan diri?" manusia itu bertanya.
"Se..sebab saya pelik dan berbeza, nanti awak takut dengan saya..." Enriya membalas dengan perlahan.
"Saya janji saya takkan takut." dia balas, 100% konfiden.
Selepas beberapa kali teragak-agak, Enriya melangkah keluar dari tempat sembunyinya untuk menghadap manusia itu. Sekarang dia dapat lihat wajahnya dengan lebih jelas. Mata berwarna coklat gelap, rambut pendek berwarna hitam, kulitnya halus tanpa ada apa-apa. Manusia itu kelihatan cantik di depan matanya.
Mata manusia itu juga membulat. Seorang budak perempuan yang kelihatan lebih kurang sama umur dengannya, mukanya pucat, kulitnya bersisik dan mempunyai ekor.Tetapi baginya, dia tetap kelihatan cantik.
Biawak komodo ke ni?
Enriya melihat ke bawah, malu dengan penampilannya yang jauh beza dengan manusia itu.
"Saya kelihatan pelik kan?" dia bertanya kepada manusia itu. Terus manusia itu mengangguk.
"tapi itu la yang membuatkan awak lebih cantik." manusia itu menambah. Enriya mengangkat kepalanya, terkejut dengan apa yang dikatakan. Senyuman kecil terukir di bibir.
Manusia itu memberi senyuman yang manis. "Tak perlu risau kalau awak lain daripada yang lain. Pelik dan berbeza tak bermakna awak salah."
Degupan jantung Enriya semakin kuat. Tapi kali ini, bukan sebab dia berasa takut atau panik. Dia melihat manusia itu lagi sekali, matanya tertumpu kepada lututnya yang berdarah.
"Umm...awak jangan takut tapi saya akan sembuhkan awak."
Manusia itu memandangnya sambil menyengetkan kepala.
Apa? Sembuhkan? Guna apa?
"Meh duduk sini." dia mengajak manusia itu duduk di sebelahnya. Manusia itu hanya mengikut arahan.
Enriya meletakkan tangannya di atas lutut manusia itu, kilauan yang kelihatan seperti kepingan salji jatuh ke atas lukanya. Luka itu sembuh dengan sendirinya. Manusia itu membuat muka terkejut namun dia merasakan perkara itu sangat menarik.
"Terima kasih."
Enriya hanya tersenyum sambil mengangguk.
"Nama saya Jimin, Park Jimin. Awak?"
Enriya teringat bahawa dia perlu menggunakan nama 'Hana' ketika terserempak dengan manusia, seperti yang diajar oleh mak dan ayahnya. Tetapi dia mahu Jimin memanggilnya dengan nama sebenar. Dia merasakan Jimin akan menerimanya seadanya.
"Enriya." dia membalas dengan senyuman.
"Uniknya nama awak. Dan... awak patut senyum selalu. Awak nampak sangat cantik." Jimin memujinya.
"Hehe...okey."
"Jadi...mana mak dan ayah awak?"
Soalan itu membuat dia terkedu. Tetapi dia cuba kelihatan normal.
"Dorang ada berjauhan dari kami buat masa sekarang. Tapi nanti mereka akan datang semula."
Jimin hanya mengangguk mendengar jawapannya.
"Okey...nanti bila mak dan ayah awak dah balik, awak boleh datang rumah saya? Kita boleh bermain dengan patung Barbie saya sama-sama." Jimin memandangnya dengan mata bulat.
"Macam mana saya nak jumpa awak kalau saya tak tahu awak tinggal dekat mana?" Enriya tergelak kecil, Jimin hanya memandang ke bawah dan berfikir.
Tiba-tiba dia meletakkan tangannya pada hati Enriya.
"Kalau degupan jantung awak semakin kuat, maknanya saya ada bersama awak."
Degupan jantungnya bertambah kuat melihat perlakuan Jimin itu. Dia mahu menukar topik.
Heheheheheheh
♡♡♡
YOU ARE READING
|| Mana Saya Tahu, Saya Kan Ikan. || Park Jimin
Fanfiction[on hold] "Kenapa awak tak nak munculkan diri?" "Sebab saya pelik dan berbeza, nanti awak takut dengan saya..." "Pelik dan berbeza tak bermakna awak salah." Oh... tak tak. Ni bukan cerita The Little Mermaid :] Started : 2/6/2020 Ended : ... beaut...