-2 tahun kemudian-
Hari ini hari pertama Hana pergi ke sekolah menengah. Sebelum ini Saeron tak yakin nak membiarkannya bersekolah. Namun, dia juga memikirkan bahawa adiknya layak untuk bersosial seperti dia.
Sekarang, dia berjalan menuju ke sekolah barunya. Oh ye... tahun ni baru dia dapat tahu penggunaan 'oppa' yang sebenar macam mana. Trauma dah sampai taknak guna perkataan itu, cuba untuk belajar dari kesilapan seperti yang dikata oleh kakaknya.
Hana terbangun lewat hari ini dan dia agak lambat sampai ke sekolah. Sedang dia berjalan di koridor, dia terlanggar seorang lelaki tinggi tanpa sengaja.
"Hoi! Mata kau ada dekat mana?! Kau tak nampak ke?!"
"Oyemji s-saya mintak maaf" Hana menundukkan kepala.
"Oh kau mema--"
"Awak tahu kelas 4-2B dekat mana?" Hana memotong percakapan lelaki itu, belum sempat dia nak sambung menengkingnya.
"Tahu. Ada dekat bangunan belakang sana. Yang tinggi tu." lelaki itu membalas sambil menunjuk ke arah bangunan yang kelihatan usang.
Hana ni pon ikut je la cakap lelaki itu, tak sedar dia kena tipu.
Jimin yang melihat peristiwa itu hanya mampu menggelengkan kepala. Lelaki itu memang dikenali sebagai pembuli. Matanya teralih pada perempuan yang berjalan ke arah bangunan yang dikatakan.
Biar betul dia ni.Dah kenapa perempuan ni percaya.
Cepat-cepat dia berjalan ke arahnya lalu melanggar bahu Hana dengan kasar.
"Hoi! Mata kau ada dekat mana?! Kau tak nampak ke?!" Hana cuba meniru kata-kata lelaki tadi.
Jimin yang mendengar itu hanya tergelak kecil. Comel.
"Awak tahu tak saya nak ke mana?" Jimin menanya sambil tersenyum.
"Tak-"
"Saya nak pergi kelas 4-2B. Dekat sana."
4-2B? Kelas aku.
"Bukan 4-2B ada dekat sana?" Hana bertanya semula.
"Tak la awak... jom ikut saya. Saya hantar awak dekat kelas." Hana hanya mengikutnya dari berlakang.
Lurus bendul betul budak ni, ada jugak kalau penculik bagi dia coklat mesti dia ambil.
Mereka berdua berjalan menuju ke kelas yang dikatakan.
"Ni kelas awak. Nanti kita jumpa lagi ye." kata Jimin sebelum meninggalkannya.
Saat dia masuk ke dalam kelas, semua mata tertumpu ke arahnya. Mereka terpegun dengan kecantikkannya, well kebanyakkannya lelaki. Tetapi Hana pula hanya memikirkan perkara lain.
Kenapa ni pandang-pandang? Aku dah makan pil tu pagi tadi. Ekor aku terkeluar ke?
Dia bergerak ke belakang dan duduk di meja yang kosong, malas nak tegur rakan-rakan sekelasnya.
Perlahan-lahan Hana meletak kepala di atas meja, lengan menyokong di bawah.
Kenapa aku macam pernah nampak lelaki tadi?
Cikgu Linda mula masuk ke dalam kelas.
"Baiklah kelas. Hari ini kita ada pelajar baru. Hana, boleh awak memperkenalkan diri?"
Lantas Hana bangun dari tempatnya.
"Hai, nama saya Hana." ringkas dia berkata.
"Nama penuh?"
Shiot betul. Apa nama penuh aku?
Cepat-cepat dia memikirkan nama untuk direka.
"Shin Hana."
Cikgu Linda hanya mengangguk dan membenarkan dia duduk.
"Okey, saya nak sambung bincang tentang pelajaran semalam."
🌷
Kenapa muka dia macam pernah aku nampak?Jimin bermonolog seorang diri.Tanpa sedar, cikgunya sudah masuk ke dalam kelas.
"Cikgu agak malas nak mengajar hari ni. Apakata kita beborak je dulu?" wajah murid-muridnya terus bersinar mendengar kata-kata itu.
"Nak cakap pasal apa?" cikgu itu menyambung.
"Oli London~~!"
"Hebatnya PM Malaysia!"
"Fizi! Fizi!"
"Ishh dia dah mintak maaf kan."
"Dora sekali."
"Jom cerita pasal mak ayah nak? Insaf sikit." cikgu itu kasi sentap kepada mereka.
Namun, dia tak sedar ada beberapa orang yang tak mampu untuk berborak tentang hal itu.
Topik itu membuatkan Jimin terdiam. Dah lama dia cuba untuk melupakan betapa dia benci akan kedua orang tuanya. Namun apa yang cikgu itu katakan membawa semula memori yang ingin dilupakan.
Tanpa sedar mata dia mula berair dan bunyi tangisan perlahan keluar dari mulutnya. Lantas dia bangun dari tempatnya dan berlari keluar kelas.
"Jimin--"
"Cikgu, izinkan saya ikut dia?"
Seorang lelaki mengikutnya masuk ke tandas.
"Jimin."
"..."
"Kau....sensitif lagi ke pasal benda tu?" perlahan lahan lelaki itu cuba memujuknya.
"..."
"Kalau kau--"
"Jangan acah macam kau kesah boleh tak?" Jimin memandangnya dengan pandangan tajam melalui cermin tandas itu.
Apa khabar semua! Moga hari yang indah untuk semua bia dah tengah malam pon ok bye! Anyway thank you!
♡♡♡
YOU ARE READING
|| Mana Saya Tahu, Saya Kan Ikan. || Park Jimin
أدب الهواة[on hold] "Kenapa awak tak nak munculkan diri?" "Sebab saya pelik dan berbeza, nanti awak takut dengan saya..." "Pelik dan berbeza tak bermakna awak salah." Oh... tak tak. Ni bukan cerita The Little Mermaid :] Started : 2/6/2020 Ended : ... beaut...