002: Manis

88 1 0
                                    

Senyumku sangat manis,
sehinggakan siapa yang melihat
pasti mereka fikir aku sedang bahagia.

Iya, sememangnya mereka benar.

Tapi hari ini,
senyumku bukan semanis dulu,
sedaya upayaku menutup nelangsaku,
ternyata aku gagal.

Senyumku manis kerana engkau,
tapi selantas saja engkau pergi,
manisnya kian hilang.

Kerana yang menjadikan ia manis itu,
engkau.

KHILAF - PUISI SI NELANGSAWhere stories live. Discover now