"Hakim..." Hakim terus pergi dari auditorium dan pulang masuk ke dorm meninggalkan Adressia sendirian
1 Day Before Trip
"Weh korang! Ray mana?" Johan menjerit sehingga mengejutkan semua ahli The Bros termasuk Naufal. Katil Rayqal kosong, dah siap kemas cuma orangnya hilang.
"Mana aku tau! Dah, dah harini cuti kan? Tidur ah gile! Bising lak kau!" Danish terus baring dan menutup selimut sehingga atas kepala. Johan mengangguk lalu sambung baring dan tidur begitu juga dengan yang lain. Hanya Naufal saja yang bangun dan terus mandi.
AUSTRIA GIRL'S DORM
'Tok tok!'
"Sape pulak yang gila sangat nak ketuk pintu time cuti cuti ni! Woi Ad, kau bukak la pintu tu, bising la!" Adressia dengan perasaan marah terus membuka pintu. Terpapar wajah Rayqal yang sedang tersenyum macam lembu. Adressia laju menutup pintu.
"Oi, sapetu?" Adressia mengangkat kedua dua belah bahunya. Tiba tiba pintu diketuk dengan makin kuat. Adressia mula bengang dan menumbuk muka Rayqal sekuat hati.
"KAU NAK DATING TAK PAYAH LA NAK MEMEKAK KACAU ORANG TIDUR HALAMAK DIA NI! WOI LUNA! RAY CARI KAU!" Luna yang sedang mamai menggelengkan kepalanya tidak mahu berjumpa dengan Rayqal. Ngantuk dulu la woi.
"Tu dia geleng kau blah ah!" Rayqal masih tak berputus asa lalu menjengukkan kepalanya masuk. Terbeliak biji mata Dahlia, Luna, Adressia dan Emylia. Rayqal juga terkejut melihat pakaian tidur mereka.
"PERVERT!" Mereka bertiga menjerit serentak dengan kuat. Dahlia, Luna dan Emylia laju mencari jacket dan terus memukul Rayqal dengan kuat berkali kali. Adressia hanya menonton dari jauh melihat abangnya dipukul.
Pelajar pelajar perempuan lain juga turut keluar daripada bilik sebaik saja dengar mereka menjerit. Mereka mula berbisik bisik antara satu sama lain. Ada juga yang mengambil video Rayqal dipukul.
"TAK! TAK AKU BUKAN PERVERT! AKU NAK JUMPA LUNA JE!" Adressia hanya mengangkat kedua dua belah bahunya sambil tersenyum sinis ke arah abangnya.
Tiba tiba pengawal datang dan membawa Rayqal ke pejabat guru disiplin.Selepas beberapa minit di dalam pejabat akhirnya Rayqal keluar dengan pipi dan mata yang lebam. Keluar saja Rayqal dari pejabat terpapar muka Luna, Dahlia, Emylia dan Adressia sambil berpeluk tubuh. Rayqal hanya diam dan menundukkan kepalanya sambil berlalu pergi.
"Ewah, dah buat salah kita yang kena minta maaf ye?" Rayqal menghela nafas berat lalu berpusing dan menunduk kepada mereka.
"Saya mintak maaf." Luna tergelak kecil melihat Rayqal tapi masih control muka takut kantoi dah maafkan dia. Emylia secara tiba tiba menolak kepala Adressia.
"Yang kau pergi buat tak tau tu kenapa? Asal kau biar je dia jenguk dalam?!" Emylia dah tak tahan sabar. Malu woi lelaki tengok pakai seksi namampus ya tuhan.
"Pehal aku lak? Kalau aku boleh baca fikiran dia, lama dah aku halang gila! Ek eleh minah buku ni." Emylia memandang Adressia dengan renungan tajam. Adressia juga membalas renungan tajam semula ke arah Emylia.
"Dah la tu! Macam budak budak la korang ni!" Emylia dan Adressia menjeling satu sama lain dan berlalu pergi. Dahlia yang cuba menghentikan pergaduhan mula melepaskan nafas beratnya.
"Dahlia, aku nak kena pergi somewhere. Jumpa kau dekat dorm eh? Tata!" Luna terus berlalu pergi dari situ meninggalkan Dahlia sendirian yang sedang terpinga pinga.
Luna berlari naik ke bumbung dan mengintai Rayqal yang sedang termenung dan menghela nafas beratnya. Perlahan lahan Luna ingin mendekati Rayqal.
"BAA!" Rayqal memandang Luna dengan pandangan pelik lalu memandang ketempat lain. Luna mula mencebik dan berpeluk tubuh. Rayqal tiba tiba tergelak besar tengok Luna marah.
YOU ARE READING
Unexpected Love
RomanceCOMPLETE✨ Start: 29 May 2020 End: 13 Nov 2020 Luna, atau nama panjangnya Luna Claire sudah mempunyai tunang bernama Ariff. Keadaan menjadi kucar kacir apabila Rayqal memberitahu perasaan sebenarnya terhadap Luna. Rayqal menghidap penyakit mental dis...