Penyambungan Flashback.......
"Err.... Encik percaya ke yang saya nak bunuh adik saya?"tanya Hyera
"Mungkin cik sendiri ada sebab sendiri?" kata Inspektor Yoongi sambil meniup kukunya
"Walaupun dia tiada pertalian darah dengan saya?"tanya Hyera lagi
"Suspek boleh jadi sesiapa saja"jawab Inspektor Jimin selamba
"Jadi Inspektor dah soal siasat appa saya?"tanya Hyera lagi sambil menjongket kening
"Kenapa kami nak soal siasat dia, sedangkan dia yang buat laporan??"balas Inspektor Yoongi pantas
"Mwo!!"kata Hyera terjerit kerana berasa terkejut
"Macam ni la cik Hyera apa kata cik datang lagi untuk disoal siasat pada minggu hadapan, kami juga ada kes lain lagi yang nak diselesaikan"kata Inspektor Jimin lalu menyedut kopi ais yang terletak di atas meja
"Jadi kita jumpa minggu depan ye cik Hyera. Gumawo kerana beri kerjasama"kata Inspektor Yoongi lalu menghulur tangan untuk bersalaman
"Ya, jumpa minggu depan inspektor"kata Hyera menyambut huluran Inspektor Yoongi dan menyalami inspektor Jimin lalu keluar dari balai melalui pintu utama
End Flashback...
Hyera POV
Sedang aku mengelamun tentang soal siasat tadi aku ternampak ada sebuah van putih yang dipandu dengan laju sekali macam mabuk je gayanya
Sekarang aku mula rasa tidak sedap hati dan nampaknya naluri hati aku betul serta tepat sekali sebab van putih yang aku kata tadi tu bergerak ke arah aku dan berhenti di hadapan aku
Baru aku ingin membuka langkah tetapi ada seorang lelaki yang memakai topeng dan badannya 2 kali ganda daripada aku telah memeluk aku dari belakang dan mengunci tangan aku dari sebarang pergerakan yang bakal aku lakukan
Manakala seorang lagi rakannya pula menutup muka aku dengan guni kecil dan mereka membawa aku masuk ke dalam van tersebut.Dengan bertungkus lumus mereka masuk ke dalam van dan meletakkan aku di bahagian tempat letak kaki lalu mengikat kaki dan tangan aku sambil aku bergelut cuba untuk melepaskan diri
Tiba-tiba....
Aku terdengar beberapa das tembakan yang dilepaskan berturut - turut dan bila aku teringat semula yang tempat yang aku menunggu rakan aku tadi tidak jauh daripada balai polis yang aku disoal siasat tadi.
Aku mendengar suara Mijoo yang menjerit nama aku dan aku membalas jeritannya dengan menjerit namanya. Lalu dia masuk ke dalam van dan membuka ikatan tangan dan kaki aku. Kami pun keluar dari van dan bergerak ke arah kawan kawan aku.
"Apa yang dah berlaku ni?Ada apa yang aku terlepas?"tanya Hiro blur
"EH,PABO!!AKU HAMPIR KENA CULIK TADI KAU TAU TAK!!KAU SENDIRI NAMPAK APA YANG BERLAKU!!SEKARANG KAU TANYA APA YANG BERLAKU??"marah Hyera sambil ditenangkan oleh Mijoo
"Kitaorang minta maaf Hyera sebab tinggal kau seorang kat sini, apa kata kita buat laporan polis dulu"kata Jiyoung memujuk
"SERABUT LA KEPALA AKU MACAM NI, KALAU KORANG TAK NAK TOLONG AKU KORANG BOLEH BERAMBUS LA !!"marah Hyera lalu berjalan menjauhi mereka
"Mijoo..kau pergi teman Hyera dia masih trauma tu,lepas tu suruh dia pergi hospital aku nampak tangan dia luka tadi" arah Chanhyun
"Tak apa biar aku yang pergi pujuk dia"kata Jiyoung lalu berjalan ke arah Hyera
YOU ARE READING
The mystery of letter
Misteri / ThrillerHanya disebabkan sepucuk surat hidup mereka berubah 100%.Mereka harus melakukan misi yang ditulis pada surat tersebut.Apakah misi tersebut?kalau nak tau tekan la read