p r o l o g

510 31 0
                                    

Aku memandang Along , Angah dan Alief dari atas beranda yang sedang mengejar seekor ayam jantan di halaman rumah opah .

"Ayip lembab ! Lari pun slow !"

"Along gemok ! Baru lari dah mengah !"

"Angah ! Apesal kau lari tempang ?!"

"HAHAHAHHA !"

"Kau diam Alieya Husna !"

Aku gelak besar mendengarkan amarah mereka serentak . Aku suka balik kampung opah . Tenang dan boleh buat aktiviti yang orang bandar tak boleh buat . Contohnya , tangkap ayam .

"Sudah-sudah lah tu kamu bertiga . Pergi masuk mandi . Ayaa masuk dalam tolong opah kamu masak daripada kamu sibuk gelakkan abang-abang kamu ." Tiba-tiba kedengaran suara mama dari arah belakang . Belum sempat aku membalas kata-kata mama kedengaran 3 suara orang ketawa di bawah .

Kurang ajar mereka ini ketawakan aku !

"Kena marah padan muka ! HAHAHAHA !"

Pantas mata aku menangkap figura selipar jepun di sebelah tempat mama sedang berdiri . Tanpa memikirkan apa-apa , selipar itu aku ambil dan baling tepat ke arah Alief yang masih belum berhenti ketawakan aku . Apa yang kelakar sangat setan ?

"Adoii ! Sakit la Ayaaa !"

"Padan muka ! MUAHAHAH !"

"Dah-dah lah tu . Along , angah , Ayip , pergi masuk mandi lepastu bersiap ikut atok dengan papa pergi solat maghrib dekat masjid . Ayaa jom ikut mama" kemudian mama terus masuk ke dalam rumah . Tanpa menoleh kebelakang , aku membontoti mama hingga sampai ke dapur . Abang-abang aku ? Tengah berebut bilik air siapa nak mandi dulu .

"Abangang sekalian ! Mandi cepat lah woi ! Aku nak guna bilik air jugak !" aku menjerit sambil tangan ligat mengupas kulit bawang . Apa ? Ingat budak 15 tahun tak reti kupas bawang ? Hek Elehhh !

"Diam Ayaa Diam !"

"Kenapa lah aku ada cucu-cucu macam kamu berempat ni ?" opah yang sedang mengacau kuah kari menyoal perlahan sambil menggeleng kepala . Mama yang berada disebelahku juga turut menggeleng kepala .

Aih , menyesal ke apa ?

🌼✨🌼✨🌼✨

"Ayaa ! Tak ikut pergi masjid ke ?" Alief yang sudah lengkap berpakaian untuk menunaikan solat menyoal apabila melihatkan aku yang masih tidak bertelekung dan hanya duduk makan Cadburry sambil tengok ulangan Pujaan Hati Kanda episode 5 .

Aku hanya menggeleng kepala sambil mata masih fokus di kaca tv . Handsomenya Remy Ishak ! Huwaaaaaaaaaaa *keluar love dekat mata*

"Apesal ? Takut terbakar ?" tiba-tiba kedengaran suara dua orang sedang ketawa dari arah belakang Alief . Sah Along dengan Angah .

"Ayip . Kau pernah tak makan penumbuk aku ? Pernah kan ? Kau nak makan lagi ?" bantal kecil yang peluk aku lempar padanya yang hanya berdiri sambil memasukkan tangan ke dalam kocek baju .

"Relax lah ! aku tanya je . Apesal tak ikut ?" dia masih cuba mahu tahu sebab kenapa aku tak ikut dorang pergi masjid apabila Along dan Angah sudah menarik tangannya keluar dari rumah .

"Dah-dah la Yip . Kau ni bodoh ke apa ? Dah sah-sah lah sebab dia cuti ." Along yang sedang memegang tangan kanan Alief bersuara . Angah pula hanya menggeleng sambil mengetuk kepala Alief .

"Tah kau ! Dah lah berambus ! Orang dah habis azan yang korang tak gerak lagi !" aku menolak ketiga-tiganya sekali keluar dan terus menutup pintu lalu menguncinya . Atok , opah , papa dan mama semuanya sudah gerak awal . Makhluk bertiga ni je yang sengaja pergi lambat .

Alieya HusnaWhere stories live. Discover now