Firdaus dan Anisa memasuki kelas 5 Aktif yang teramat aktif ni. Kelihatan semua pelajar dalam keadaan tidak terkawal. Ada yg mengetuk meja, ada yg menyanyi,dan ada juga yg menconteng white board.Dah macam dalam zoo dunia.
"Weh Fir aku rasa kalau tak ada cikgu atau kau dalam kelas mmg jahanam kelas kita ni. " kata Anisa kepada Firdaus.
"haihh aku pon rasa mcmtu juga.Kau pegang jap beg aku ni"Firdaus membaling beg sekolahnya ke muka Anisa.
Dia ni kalau boleh mmg semua benda nk baling ke muka aku.
"weh Fir kau nk pergi mana tu."tanya Anisa dengan tergesa gesa membuntutinya.
"nak masukkan monyet liar dalam sangkar lah. Apa lagi. "Firdaus sudah mensingsing lengan bajunya.
Sebaik sahaja dia dan Anisa menjejakkan kaki ke dalam kelas,terus sahaja semua mata memandang mereka. Keadaan senyap seketika dan kemudian menjadi lebih teruk.
"wahh pasangan lovebird ni dah sampai lah."Kata seorang pelajar lelaki yang tadinya sibuk menconteng white board .
"bagai pinang di belah dua wuu"Sambung pelajar perempuan yang lain.
"macam belangkas pun ye juga"
"Sejak tunang ni makin berseri seri pula yee"
Dan bermacam macam lagi comment dari ahli panel yang tidak berpengalaman ini.
Menyedari bahawa Anisa mula berasa tidak selesa, segera Firdaus mengambil langkah.
"Nisa,kau masuk dulu. Biar aku uruskan jembalang berjemaah yang terlepas ni"Segera Anisa duduk di tempatnya.
"Lama dah rasanya aku tak buat macam ni kan?"Firdaus meregangkan badannya.
Dan satu tumbukan hebat mengena pintu kelas itu. Semua terdiam. Tiada seorang pun yang berani bersuara.Aydan Firdaus is back.
"aik kenapa senyap? Tadi bukan main lagi eh?mentang mentanglah aku dah berhari tak datang. Korang dah mula tunjuk tanduk."kata Firdaus tegas. Tiada secalit pun senyuman di bibirnya.
"aku tak suka korang macamni. So aku just nak nasihatkan korang supaya jangan cabar aku. Korang tahu kan, apa yang akan terjadi?"Semua mengangguk kecil.
Firdaus memang menggerunkan bila ianya berkaitan dengan kerjanya sebagai ketua pelajar.Tapi luar dari kerja dia, hamprek.Kalau boleh makanan dia pun umi dia yang suap!
"Weh, Fir kalau tegas nampak hensem gila tho! Bertuahnya kau ada tunang hot macam dia."Seperti biasa,Tiara ni memang akan puji habis habisan si Firdaus tu. Aku yang mendengar hari hari ni rasanya tunggu masa je nak muntah pelangi.
"kau kalau nak puji dia boleh tak jangan depan aku? Geli tahu tak?"Aku membuat gaya mahu muntah sebelanga.
"lahh yang kau ni dah kenapa.Orang yang aku puji tu tunang kau tau. Sepatutnya kau berasa teramat sungguh bangga."Kata Tiara dengan jayanya. Dia ni cakap macam Fir tu tunang dia pulak.
Tapi memang sepatutnya aku bangga kan? Tapi entahlah malas aku nak fikir.
"Dia kan bertunang sebab nak harta Fir je.Entah entah dia ni dah lama rancang semua ni sebab tu dia berkawan dengan Fir dari mula."sebuah kalimat kata yang keluar dari mulut si haters,Emelda.
Ceh ingat mak bapak aku tak ada duit ke?
"Eh Mel,Aku pun rasa macam tu juga.Sebab aku tengok si Fir tu memang nampak yang dia terpaksa."sambung malaun yang bernama Riena pula.
"Eh betullah tu, memang Fir terpaksa pun.Kalau nak tahu, aku lah yang setuju untuk tunang dengan dia. Nak tau sebab apa? Sebab Allah dah takdirkan Fir bukan untuk setan macam korang."Pedas ayat Anisa tuturkan.
Ha bukan selalu nak tengok aku bagi orang sentap! Harini Sis belanja satu!
"Kau memang kurang ajar kan!"Emelda sudah mula berdiri.
Anisa? Berat punggung dia nak bangun.Lagipun buang masa dia sahaja."Raisya Emelda!"Kuat suara Firdaus melaung dari depan. Sedang dia berceramah di depan, Ada pula jembalang bising di belakang. Pening kepala dibuatnya.
"Fir! Tengoklah tunang you ni!"Emelde merengek minta kaki agaknya.
Mata Firdaus beralih ke arah Anisa. Elok sahaja Anisa duduk di situ tanpa berkata apa.Dah agak dah mesti si Emelda ni yang mula dulu.
"Kau jangan nak gedik sangat dengan Firdaus boleh tak Mel? Naik bulu roma aku dengar."Kata kata Haris membuatkan seluruh kelas itu ketawa melainkan Emelda dan Riena.
"Mel, better kau duduk sekarang sebelum aku tulis nama kau."tegas Firdaus. Emelda mencebik.Sempat dia menarik hujung tudung Anisa.Terkebelakang Anisa dibuatnya.
Eh minah ni ada juga aku cucuk sanggul dia nanti!
Firdaus duduk di tempatnya semula apabila guru matapelajaran matematik tambahan masuk mengambil alih.Sempat juga Firdaus menepuk bahu Anisa agar bersabar.
Wiwuuu author update sikit sebab tiba tiba ada idea pula. Hehe. Next chapter emm tengoklah bila author rajin ye. Tata.
YOU ARE READING
Mr.Tunang Headprefect? [HIATUS]
Teen FictionTunang dgn bestfriend sendiri? itu la perkara plg mengarut yg dilakukan oleh ANISA SURAYA. sudahlah dipaksa bertunang di usia muda, tunang pula dgn bestfriend sendiri! gila! "Kenapalah aku ditakdirkan bertunang dgn kau? Dahlh masak telur pun pakai...