'¤ (¯´☆✭.¸)¤ — ¤ (¯´☆✭.¸)¤
wanita itu kaku. apakah yang sudah dia lakukan ? membunuh ? kenapa dia lakukan perkara yang berdosa lagi dimurkai tuhan itu. mengapa dia berbuat sebegitu ?
elly terketar ketar. bahunya terhinjut sebaik sahaja bunyi letupan mula kedengaran. matanya terpaku memandang kereta itu terbakar akibat perbuatannya sendiri.
" t-tak. apa aku buat ni?" gelabah dirinya dibuatnya. kakinya mula melangkah turun dari kenderaan besar itu. sempat dia memandang ke arah kereta jungkook yang sudah rentung.
lalu kakinya laju berlari meninggalkan tempat itu.
" good. jeon jungkook. lenyap dari dunia." senyuman lelaki itu terukir sinis. mask putih yang dipakainya dibetulkan. rambutnya diraup.
dapat dia lihat susuk tubuh ella yang tidak sedarkan diri mula diangkat oleh orang ramai. bibirnya diketap.
" kim ella. milik aku, selamanya" ketawa kecilnya meletus. taehyung mula berpusing dan melangkah gembira. bunyi letupan dari kereta jungkook tadi membuatkan dia berasa gembira dan teruja.
misinya untuk menghapuskan dua lelaki yang sentiasa melindungi ella berjaya. lebih gembira apabila jeon jungkook mati tanpa dia susahkan diri.
" korang yang cari pasal, korang terimalah padahnya"
'¤ (¯´☆✭.¸)¤ — ¤ (¯´☆✭.¸)¤
" ella, aku mintak maaf. sumpah aku berusaha untuk laju selamatkan jungkook. tapi——"
kata kata jimin terhenti sebaik sahaja wanita itu mengangkat tangan memberi isyarat supaya lelaki itu berhenti membicarakan kata lagi.
" dia yang nak tinggalkan aku." ella tersenyum senget. air matanya masih lagi membasahi pipi mulusnya. matanya merenung ke luar jendela tanpa perasaan.
murung.
kehilangan jungkook sangat memberi impak kepada dirinya.
tubuh jungkook rentung terbakar akibat letupan dari kemalangan itu. siapa sangka ? dua minggu mereka bergelar suami isteri setelah itu lelaki itu meninggalkannya.
seorang diri.
" ella, kau taknak lawat makam jungkook ke ?" soalan jimin tidak dibalas apa apa. wanita itu kaku melayan hati yang berduka lara dengan kematian suami.
air mata itu tidak pernah kering dari mengalirkan air mata.
hatinya sakit dan dipagut pilu yang amat. dirinya bagai ditikam berkali kali pada hati. sangat sakit. rasa rindu akan lelaki itu juga turut menyinggah.
" j—jimin." lelaki itu berpaling.
" aku nak jungkook" teresak esak wanita itu menangis. membuatkan jimin kaku dan buntu untuk melakukan sesuatu. apa dia boleh lakukan ?
bawa jungkook kemari ?
lelaki itu tiada. tiada lagi di dunia ini.
" ella, kau tak patut macam ni. jungkook pun tak suka tengok kau macam ni. kau patut kuat demi baby" kata kata jimin membuatkan esakan ella semakin kuat.
YOU ARE READING
[√] Baby Maker | 16+ | 정국
Fanfiction❛ Yes, I'm a professional baby maker. Tapi aku pun ada hati dan perasaan.❜ - Jeon Jungkook Wanita itu memasang niat yang satu. Memiliki harta ayah kandungnya. Tapi satu syarat diletakkan, harta itu hanya akan menjadi miliknya jika dia mempunyai anak...