BM12

3.6K 426 270
                                    

°¤*(¯'★´¯)*¤° — °¤*(¯´★'¯)*¤°•.

dah 3 minggu, cantik !

dah 3 minggu jungkook tak jenguk aku. biasan wajah aku dipandang lama. keluhan berat aku lepaskan. jungkook pergi mana ? dia janji tak lama.

tapi kenapa terlalu lama ?

perut aku pun dah nampak. tangan aku mula menggosok perut aku perlahan. senyuman tawar terukir dibibirku. telefonku ditatap.

takde mesej dari jungkook, langsung.

aku yakin. dia mesti tengah urus hal dia dengan wanita tu. tapi hal apa ? jungkook cakap tak lama. tapi ini dah terlalu lama.

aku rindukan dia,

baby pun rindukan dia.

sekali lagi aku mengeluh. orang cakap tak baik mengeluh, tapi entahlah. aku tetap nak mengeluh.

sepanjang 7 hari ni aku asyik menangis teringatkan jungkook. hati aku tak berhenti berharap yang dia akan datang dan peluk aku lepaskan rindu.

tapi semuanya hampa.

" jungkook, mana awak ? s-saya rindu"

°¤*(¯'★´¯)*¤° — °¤*(¯´★'¯)*¤°•.

" aku rindukan kau, ella." 

lelaki itu merenung lama wanita yang dicintainya itu sedang tersenyum dalam gambar. matanya menangkap susuk tubuh joyah.

terus sahaja telefon dimasukkan ke dalam poket seluar.

" jungkook ! i tak suka baju pengantin kat sini. semuanya buruk." jungkook mengerutkan dahi pelik. wajah penat ditayangkan.

sumpah, kenapa joyah ni terlalu cerewet.

sedangkan, ni perkahwinan kedua dia dalam hidup.

macam bodoh pun ada.

" ish kau ni. ni dah kedai ke dua puluh. kau tahu tak ? asal kau cerewet sangat ni— padahal, ni bukan perkahwinan pertama kau !" jungkook mendengus. kakinya mula melangkah keluar dari kedai itu.

joyah mengejar dari belakang.

" you ni, i kena lah pastikan semuanya perfect. tak kisahlah perkahwinan pertama ke kedua. yang penting semuanya nampak cantik di mata i " wanita itu mengelip ngelipkan mata pada jungkook.

nasib mual jungkook tak datang, kalau tak dah lama dia muntah.

lelaki itu menayang muka jijik.

" ish, sedarlah diri tu sikit. anak dah dua orang. umur nak dekat tiga puluh. aku ni dahlah muda dari kau. macam buduh pun ada" terus sahaja jungkook melangkah meninggalkan wanita itu.

" ish, jeon jungkook !" joyah mengejar. jungkook melintas jalan dengan selamba. tapi joyah, kepalanya langsung tidak toleh ke kiri atau kanan.

kakinya melintas begitu sahaja.

sebuah kereta laju menuju ke arah joyah. wanita itu menjerit. jungkook berpaling. terus sahaja tubuh wanita itu ditarik kuat sehingga joyah berada didakapannya.

 [√] Baby Maker | 16+ | 정국Where stories live. Discover now