💜 Chapter 1 💜

85 3 0
                                    

(reupload)

Hi Korang! I'm back with a new novel.

So,kali ini Jungkook akan jadi watak utama dalam novel ni and his name is Afiq.

Ok tu je yang aku nak cakap...malas nak bebel panjang2.So,I hope you guys will enjoy this story.

---

Di Lapangan Terbang KLIA.....

'Wah! bestnya dapat pulang ke Malaysia!' Kata Ira dalam hatinya gembira. Dia membawa bagasinya sambil tersenyum keriangan. Ira ialah seorang gadis yang baik hati dan menghormati orang yang lebih tua darinya. Dia juga berbadan sedikit gempal, berkulit hitam manis dan bersikap sedikit pemalu. Tetapi itu adalah rupanya yang dahulu. Sejak dia bergelar 17 tahun dan sekian lama menetap di London, dia menjadi lebih cantik berbanding dahulu. Kulitnya putih dan badanya juga tidak segempal dahulu.

Manisah dan Rezman hanya tersenyum melihatkan anak mereka yang begitu gembira sekali apabila dapat pulang ke Malaysia. Manisah dan Rezman membawa bagasi mereka sambil mengatur langkah mereka di belakang Ira.

"Abang cuba tengok anak kita tu, Happy semacam bila dapat balik sini." Kata Manisah kepada suaminya itu sambil kedua matanya melihat anaknya yang sedang berjalan dihadapan mereka berdua dengan begitu gembira sekali.

"Mana tak happy, mestilah happy kalau dapat balik dekat tempat asal dia." Jawab Rezman sambil mengukir senyuman kepada isterinya itu.

"Agaknya kenapa dia happy sangat ek?" Soal Manisah ingin tahu.

"Awak ni, itu pun tak dapat nak teka ke. Dia happy sebab dia rindukan Malaysia ,rindu dengan makanan- makanan dekat sini and rindu dengan kawan baik dia." Jelas Rezman kepada isterinya itu.

"Siapa kawan baik dia ek? saya lupalah." Soal Manisah lagi. Dia memerah otaknya untuk cuba mengingati siapa sahabat baik kepada anaknya itu.

"Awak ni takkanlah dah lupa. Tiara lah kawan baik dia." Jawab Rezman mengingatkan isterinya semula.

"Oh...okey dah ingat." Jawab Manisah sambil tersengih,manakala Rezman hanya menggelengkan kepalanya sahaja.

---

Sampai sahaja Ika di rumahnya,dia melabuhkan penggungnya di atas kerusi yang terdapat di situ. Pandangannya meninjau sekeliling rumah tersebut dengan senyuman terukir dibibirnya. Betapa dia merindui rumahnya itu.

Tiga puluh minit selepas dia berehat di situ,Ira mula menukar pakaiannya dan menolong ibunya mengemas rumah tersebut.

---

Pada malam itu,Ira berasa sangat keletihan.Sepanjang hari dia asyik menolong ibunya mengemas rumah serta biliknya sekali.Selepas menunaikan solat isyak,Ira melambungkan dirinya di atas katilnya yang empuk itu.Baru sahaja Ira ingin melelapkan matanya,ketukan di pintu bilik Ira membuatkan dia terjaga semula.

"Masuklah!" Pelawa Ira sambil mulutnya sedikit menguap.

"Sorrylah ibu kacau Ira nak tidur." Kata Munirah serba salah.

"Takde apa ibu.Ibu ada apa -apa nak cakap dengan Ira ke?" Soal Ira dengan matanya yang sedikit tertutup.

"Ibu nak beritahu Ira yang esok Ira sekolah ye." Beritahu Manisah kepada anaknya itu.Mata Ira daripada kuyu terus membulat.

"Alaaa bu...Ira nak cuti esok,bolehlaaaa!" Rayu Ira kerana badannya masih lagi terasa letih.

"Mana boleh.Tak lama lagi Ira dah nak SPM.Ni dah masuk bulan 9 tahu tak.Lagi berapa bulan je lagi dah nak SPM.So,you have to go to school as soon as you could okee." Beritahu Manisah sambil mengukir senyuman.

"Yelah yelah." Balas Ira sambil melepaskan keluhan.

"Macam tulah anak ibu.Ira jangan risau,esok lepas balik sekolah,Ira rehatlah ok." Kata Manisah lagi dan Ira hanya mengangguk tanda dia mengerti.

*So how is it? Don't forget to leave a comment below😉*

Enemy To Lover?Where stories live. Discover now