Setelah Ira pulang ke rumahnya,dia terus menuju ke biliknya untuk mandi dan berehat.Selepas itu,dia turun ke bawah untuk makan tengahari.Terasa sedikit sunyi jugalah pada waktu itu kerana kedua ibu bapanya tiada di rumah kerana berkerja.Ira pulang ke rumahnya dengan menaiki bas awam sahaja.
Sesudah habis menjamu selera,Ira melangkah menuju ke ruang tamu untuk menonton TV.Sedang dia menonton TV tersebut,tiba-tiba sahaja terlintas di fikirannya akan peristiwanya dengan Afiq sebelum dia berpindah ke luar negara.
Flashback...
"Ermmm A..Afiq!" Panggil Ira.
Afiq berhenti berbual seketika dengan rakan-rakannya itu dan menoleh ke arah Ira,begitu juga dengan rakan-rakannya.
"Ada apa?" Soal Afiq dingin.
Ira menghulurkan sekotak kecil hadiah yang berbentuk hati,lalu dihulurkannya kepada Afiq.
"Afiq ada secret admire lah!!wuuuu!!" Usik salah seorang rakan Afiq.
"Aku tak sangka si gemuk ni ada hati dekat Afiq." Kata salah seorang rakan perempuan Afiq disitu dan rakan-rakannya yang lain mentertawakan Ira,manakala Aril hanya memberi pandangan tajam terhadap mereka yang mentertawakan Ira.
"Better kau simpan jelah hadiah tu,aku tak nak." Balas Afiq sambil tersenyum sinis memandang Ira.
Air mata Ira sudah mula bergenang tinggal masa untuk jatuh sahaja.
"Apa yang kau cakap ni Fiq!" Marah Tiara sedikit meninggikan suaranya terhadap Afiq.
"Dia tak layak dengan aku.Kau tengok jelah beza aku dengan dia macam mana." Kata Afiq sambil tersenyum jahat dan rakan-rakannya hanya tertawa sebaik sahaja mendengar kata-kata Afiq tersebut.
"Hishhh kau ni kan!!"
"Sudah lah Tiara.Jom." Kata Ira kepada Tiara dan mereka berdua berlalu daripada situ meninggalkan Afiq dan rakan-rakannya.
Tetapi Aril melangkah mengikuti Ira dan Tiara.
"Kau nak pergi mana tu Ril?" Soal Afiq.
"Kau tak patut buat macam tulah Fiq." Jawab Aril dan dia terus melangkah pergi.
Afiq melepaskan keluhan berat.
Habis sahaja waktu persekolahnya pada Hari itu,Ira terus keluar dari kelasnya untuk pulang ke rumahnya. Hatinya sudah tidak tahan lagi menahan rasa sebak ketika itu.Air matanya mula menitis satu persatu.Dia berlari anak menuju ke perhentian bas yang tidak jauh dari sekolahnya itu dan dia melabuhkan punggungnya disitu sambil teresak-esak menangis,nasib tiada orang di situ.
"Ira!" Tegur satu suara dari belakangnya.Dia terus mengesat air matanya dan menoleh memandang orang tersebut.
"Oh kau ke Aril." Balas Ira sambil diukir senyuman tawar.
"Sorrylah pasal Afiq tu.Aku pun tak tau apa sebab dia jadi macam tu." Katanya sambil mengambil tempat di sebelah Ira.
"Takpelah aku faham.Aku sedar diri aku macam mana,nak dibandingkan dengan dia yang hensem tu dengan aku yang gemuk and tak berapa lawa macam kawan peeempuan dia yang lain." Terang Ira sambil pandangannya ditundukkan ke bawah.
"Semua perempuan cantik,termasuklah kau.Kau ada kecantikkan kau yang tersendiri.Kau baik,kau suka senyum dekat orang and kau seorang yang penyabar.Hanya orang-orang yang tertentu je yang boleh nampak kecantikkan kau ni." Puji Aril sambil tersenyum ke arah Ira.
Kata-katanya sedikit sebanyak menenangkan hati Ira dan Ira mula tersenyum kembali.
"Thanks Aril.Kenapalah aku tak suka kau je ek?" Usik Ira sambil tertawa.
"Aku ok je kalau kau suka aku and kalau kau jadi girlfriend aku pun aku ok je." Balas Aril sambil tersenyum lagi.
Terus pipi Ira berona merah kerana malu.
Mereka tidak sedar bahawa Afiq hanya memerhati mereka dari jauh sambil mengenggam kedua tapak tangannya geram.
End of flashback....
Ira melepaskan keluhan berat.
'Cinta itu memang buta and I will never get into that kind of love anymore!' Bisiknya dalam hati seraya jari jemarinya masih lagi ligat menekan butang yang terdapat pada rimut TV tersebut.
Di Rumah Afiq....
Pada malam itu,Afiq langsung tidak dapat tidur.Matanya seringkali ditutup dan dibuka.Posisi tidurnya juga sudah kerap kali diubah-ubah,tetapi masih juga tidak dapat melelapkan matanya.
Dia dengan pantas bangun dari katilnya Dan melangkah ke taman yang terdapat dibelakang rumahnya.
*Oh lupa nak bagitau korang yang Afiq ni anak orang kaya so rumah besar gile and ada taman yang cantik gilerr!!*
Sebelum dia melangkah keluar ke taman,dia mencapai gitarnya terlebih dahulu dan kemudian barulah dia menuju ke taman tersebut.
Afiq mengambil tempat di kerusi kayu yang terdapat di taman tersebut.
Pandangannya di alih ke atas langit,melihat bintang-bintang yang menjadi hiasan langit di malam hari.
"I'm sorry Ira.Aku tak berniat langsung nak buat macam tu dekat kau dulu.Aku nak sangat bagitau kau reason dia,but I can't." Bicaranya seorang diri sambil dipetik tali gitarnya memikirkan lagu apa yang harus dinyanyikan.
Tuhan jagakan dia,
Dia kekasihku...
Afiq melepaskan keluhan berat.
'I will get you no matter what Ira! That's my promise!'
*Sorry kalau aku update lambat sikit sbb kebelakangan ni busy sikit but I'll try my best to keep update no matter what ok😚😚 especially for you guys!!!😉*
ANDA SEDANG MEMBACA
Enemy To Lover?
RomantikIra sering kali di ejek oleh Afiq di sekolah,iaitu musuhnya.Oleh kerana rupa parasnya yang tidak begitu cantik dan dia juga sedikit gempal,dia sering dijadikan bahan ejekan oleh Afiq.Setelah itu,dia sudah tidak tahan lagi dengan situasi tersebut dan...
