💜 Chapter 3 💜

69 3 0
                                        

Di dalam makmal sains ...

Sejak Aril memberitahu bahawa pelajar baru itu adalah budak perempuan yang sering dibulinya dahulu,mata Afiq tidak lekang daripada memandang Ira sehingga Ira rimas dengan pandangannya itu.

Ira sedar akan pandangan Afiq terhadap dirinya tika itu kerana Afiq adalah salah seorang ahli kumpulannya untuk matapelajaran sains.Begitu juga dengan Tiara dan Aril yang juga satu kumpulan dengannya dan mereka berempat duduk di sebuah meja yang sama.

'Kenapalah dia ni satu group dengan aku pulak.' Rungut Ira dalam hati dengan riak wajahnya yang sedikit tidak puas hati.Ikutkan hati,mahu sahaja Ira pindah ke kumpulan lain,tetapi oleh kerana semua kumpulan telah ditetapkan oleh guru mereka,jadi Ira tidak boleh berbuat apa-apa.

Sewaktu eksperimen sedang dijalankan,Afiq tidak langsung menumpukan sepenuh perhatiannya kepada eksperimenya tersebut,malah keduanya matanya hanya memandang Ira yang sedang fokus melakukan eksperimen di hadapannya itu.

"Kau dah kenapa pandang aku macam tu?" Soal Ira sambil pandangannya masih lagi fokus terhadap eksperimen yang sedang dilakukannya ketika itu.

"Sebab aku suka pandang kau." Jawab Afiq ringkas sambil tersenyum nakal terhapad Ira.

"Sekali lagi kau cakap macam tu,aku sumbat bikar ni dalam mulut kau." Jawab Ira selamba.

"Kau marah lagi ke dekat aku?" Soal Afiq dan kali ini riak wajahnya bertukar serius.

Ira tidak memberi sebarang jawapan terhadap soalan Afiq tersebut,malah dia hanya memberi jelingan tajam terhadap Afiq dan Afiq hanya melepaskan keluhan berat.

---

Tamat sahaja waktu matapelajaran sains,Ira terus bangun daripada tempat duduknya dan bergegas keluar daripada makmal.Dalam masa yang sama,Afiq pula memanggil nama Ira sambil berlari anak mendapatkan Ira tetapi Ira tidak berhenti,malah di teruskan sahaja langkahnya.Dia tidak mahu bersemuka dengan musuhnya itu.Kali ini,Afiq berlari dengan sedikit pantas dan terus menangkap lengan Ira.Ira terus menghentikan langkahnya dan di tepis kuat tangan Afiq.Kemarahannya sudah semakin menggunung.

"Kau dah kenapa nak pegang-pegang tangan aku bagai ni?" Soal Ira dengan nadanya yang sedikit tinggi.

"Yelah dah aku panggil kau buat tak tau je." Jawab Afiq selamba.

"Apa yang kau nak? Sampai nak kena tarik tangan aku macam ni?" Soal Ira lagi.

"Aku nak minta maaf." Kata Afiq.

"Minta maaf huh?" Kata Ira lalu dia tertawa.

"Baru sekarang kau nak minta maaf ke.Patut dari dulu kau minta maaf.Bukannya duk kutuk aku depan orang!" Marah Ira terhadap Afiq.Nasib tiada orang disitu,kalau tidak sudah pasti adegan mereka berdua sudah jadi tontonan ramai pelajar disitu.

"A...ada sebab aku buat macam tu." Kata Afiq sambil menundukkan pandangannya.

"Sebab apa huh? APA!" Semakin lama semakin tinggi suara Ira.

"Eh! apahal korang ni?" Celah Tiara dan Aril yang tiba-tiba muncul di situ.

"Jom Tiara." Ajak Ira dan mereka berdua berlalu daripada situ.

"Kau cakap apa dekat Ira?" Soal Aril.

"Aku nak bagitau perkara sebenarlah." Jawab Afiq.

"Aku tau,but not now.She's still mad at you." Jelas Aril.

"Aku tau.Tapi..."

"Kalau kau cakap sekarang pun,mesti dia ingat yang kau cakap macam ni sebab dia dah cantik.Sabarlah dulu.Kau buat dia jatuh cinta balik dekat kau macam sebelum ni,then barulah kau cakap dekat dia." Cadang Aril.

Afiq terdiam buat seketika,memikirkan apa yang dicadangkan oleh sahabat baiknya itu.

Enemy To Lover?Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang