Aiman berlari menuju ke arah ibunya yang duduk di atas sofa ruang tamu rumah.Dengan susah payahnya dia memanjat sofa yang sedikit tinggi bagi kanak-kanak seusianya.
"Mak buat apa tu?"Soal Aiman.Dilihatnya Puan Faisah sedang sibuk menulis sesuatu pada sehelai kertas.
"Mak tengah tulis senarai barang untuk adik Aiman ni."
"Mak nak beli barang apa untuk adik Iman?"Soalnya lagi.Iman,nama yang memandai sahaja Aiman bagi kepada future adiknya sedangkan ibu dan ayahnya sendiri pun belum memikirkan lagi nama untuk anak kedua mereka itu.Jantinanya lelaki ke perempuan pun belum tahu.Aiman je yang pandai-pandai jadi nujum Pak Belalang teka adik dia tu lelaki.Bila ditanya kenapa Aiman panggil Adik dengan nama Iman,apa dia jawab?
"Aiman nak adik lelaki!"Itu sahaja alasan yang dia ada.
"Mak nak belikan baju,seluar,losyen,banyak lagilah barang adik yang mak nak beli."
"Buat apa nak beli?Adik Iman kan belum keluar?"Soalnya lagi.Sebenarnya,dia tak ada kawan.Sebab itu menyibuk kacau ibunya.Qayyum dan keluarganya keluar ke pasaraya,mak sunya pula tak mau bermain dengannya sebab merajuk kerana lipstiknya yang dah tak serupa lipstik.Banyak kali juga Aiman minta ampun.Tapi mak sunya tak mahu layan.Sakit hati dengan perangai anak buah.Sudahnya,Aiman menangis sebab tak mendapat keampunan.Dia bukannya boleh,kalau orang tak maafkan dia,mesti dia akan nangis.Last-last,mak sunya cakap yang dia dah maafkan tapi dia tak nak main dengan Aiman.Maka menyibuklah Aiman di sebelah ibunya.
"Kena siap awal-awal.Nanti bila adik dah keluar,dia ada baju nak pakai.Kalau tunggu masa adik dah keluar baru nak beli,adik nak pakai baju apa?"Terang Puan Faisah lagi.Sebenarnya dia tak bercadang untuk beli baju baby lagi.Baju masa Aiman baby dulu pun masih elok.Boleh je recycle untuk adik Aiman yang bakal keluar tu nanti.Tapi,barang-barang baby yang lain tu kenalah beli.Baju baby mungkin akan dibeli.Tapi,satu atau dua je lah bagi menyambut kelahiran baby baru.
"Adik Iman tak boleh pakai baju Aiman ke?"
"Mana boleh.Baju Aiman kan besar."
"Adik Iman kecik ke mak?"
"ya,adik kecik je."
"Takpe ke adik kecik?"Soal Aiman lagi.
"Kenapa?"
"Nanti masa tidur kalau Aiman terhempap adik macam mana?Adik kecik macam semut ke?"
Puan Faisah dah tepuk dahi.Alahai anak!
"Aiman ingat tak kita ada pergi tengok baby Aqilah kat rumah mak ngah?"Aiman menganggukkan kepala apabila disoal oleh si ibu.
"Haa...adik nanti besar macam baby Aqilah."
Aiman mengangguk lagi penuh semangat bagaikan baru sahaja memahami sesuatu yang amat penting untuk negara.Penting untuk dia!
Tiba-tiba tangan kecilnya diangkat lalu diletakkan di atas perut si ibu.Dia selalu nampak ayahnya berbuat begitu kepada adiknya yang di dalam perut itu.
"Adik Iman bila nak keluar?Abang Aiman nak main dengan adik.Kalau adik keluar,nanti abang Aiman bagi coklat abang yang ada dalam peti sejuk.Ada lagi separuh,abang tinggalkan untuk adik eh?Adik cepatlah keluar.Nanti kita boleh jalan-jalan.Biar abang yang bawa adik jalan.Keluar cepat-cepat tau.Kesian mak.Mak penatlah bawa adik jalan.Adik berat.Abang pun dah penat tunggu adik ni.Cepatlah keluar.Kalau tak,abang tak kasi adik tidur dengan mak."Amboi kau,kecil-kecil dah pandai mengugut!
Puan Faisah yang mendengar bicara Aiman pada awalnya terharu dan tersentuh,tapi bila dah sampai ayat akhir,alahai anak bertuah!Diugutnya pula si adik yang dalam perut tu.Macam-macam!
"Mak,adik Iman keluar bila?"
"Adik keluar lagi enam bulan.Insya-Allah."
"Adik Qayyum?"
"Adik Qayyum pula,Insya-Allah bulan depan.Tak lama lagi Qayyum dah nak jadi abang."
Mendengar jawapan ibunya,Aiman jadi tak puas hati.Jealous!
"Alaaa...adik keluarlah cepat-cepat.Abang nak jadi abang dulu sebelum Qayyum."Bebel Aiman kepada adiknya.Kalau adik tu boleh bercakap,dah lama dia bagitahu yang "semua tu takdir Allah wahai abangku".
YOU ARE READING
Diari Kecil Aiman
РазноеKenapa Diari Kecil Aiman? Sebab Aiman kecil lagi.Kalau dia dah besar dia jadi Diari Besar Aiman. :)