"Mak su,mak dengan ayah pergi mana?Tadi tu kenapa?Kenapa mak cik Mashitah nampak macam sakit?Dia sakit apa?Dia okey ke?Qayyum tahu tak yang mak cik Mashitah sakit?Kita tak payah kejut dia ke?"Soal Aiman bertubi-tubi kepada mak sunya.Tadi,dia ternampak Puan Mashitah yang didukung oleh encik Samsul dan mukanya kelihatan pucat menahan sakit.Semua kalut.Termasuklah ibu dan ayahnya.
"Alahai kamu ni.Mana satunya yang mak su kena jawab dulu?Banyak sungguhlah soalannya tu.Biar mak su ringkaskan je lah ya?Mak cik Mashitah dah nak bersalin."Ujar Hasniza yang seakan malas mahu melayan mulut becok Aiman.Ada sahaja yang nak ditanya.Dah tu yang ditanya bukan sikit-sikit,macam-macam soalan keluar.
"Mak su,bersalin tu apa?"
"Bersalin tu beranak."
"Beranak?"
Hasniza dah tepuk kepala.Stressnya dia nak melayan anak buah dia yang sorang ni.
"Senang macam nilah.Adik Qayyum dah nak keluar.Faham?"
"Ooo.Adik Qayyum dah nak keluar.Cakaplah awal-awal.Kan senang."Ujar Aiman sambil menunjukkan barisan gigi kecilnya.
Haih,yelah anak buah,mak su juga yang salah.
Hasniza hanya memandang Aiman dan Qayyum bersilih ganti.Semua pergi ke hospital untuk sama-sama tolong dan bagi semangat termasuklah kakak iparnya yang sedang mengandung tu.Tak padan dengan mengandung,nak juga keluar malam-malam macam ni untuk tengok keadaan kawan baiknya yang bakal melahirkan anak.Sudahnya,dia ditinggalkan dengan dua budak kecil ni.Kini,hanya mereka bertiga di rumah alangnya itu.Qayyum yang tidur di rumah sebelah didukungnya lalu dibawa ke rumah abangnya itu.
"Kamu ni kenapa tak tidur lagi?Dah lewat ni.Tak nak tidur ke?"Soal Hasniza kepada anak buah mat salehnya itu.Tak nampak tanda-tanda nak tidur pun budak tu.Bukan main bulat lagi mata dia.Bersinar lagi.Yelah,mata berwarna terang,tu pasal nampak macam bersinar.
"Tak nak.Aiman nak tunggu sampai mak dengan ayah dengan mak cik Mashitah dengan pak cik Samsul dengan tok dengan tokwan dengan abang Haziq balik."Ujar Aiman panjang lebar.Habis semua nama disenaraikannya.
"Tak payah.Kita tak tahu pun diaorang tu semua baliknya bila.Dah tidur."Ujar Hasniza lagi sambil menarik lengan Aiman lalu dipaksa si kecil itu baring di atas tilam yang telah dia bentang di ruang tamu itu.
Aiman hanya menurut.Kang kalau lawan,nanti mak su merajuk lagi dengan dia macam haritu.Terus tak nak main dengan dia.
Akhirnya,tidurlah tiga orang hamba Allah di dalam rumah itu di tengah-tengah ruang tamu.
*******
Aiman sedang sibuk bermain robotnya bersama Qayyum.Malam tadi ibu dan ayahnya pulang pukul berapa pun dia tak tahu.Sedar-sedar je pagi tadi ibunya sedang menyediakan sarapan.
"Mak, kita tunggu mak cik Mashitah dengan pak cik Samsul balik ke?"Soal Aiman kepada Puan Faisah.
Puan Faisah hanya mengangguk bagi menjawab pertanyaan Aiman.Sekarang mereka di rumah Puan Mashitah.Menunggu kepulangan rakan karibnya itu yang telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada pukul lima pagi tadi.Dia sendiri pun belum tengok bayi itu.Dia pulang pada pukul empat pagi bersama kedua orang tua Samsul dan Haziq.Maka,hanya tinggal Encik Samsul sahaja di hospital.Yang lain semua balik,itupun kerana Encik Samsul sendiri yang menyuruh mereka semua pulang bagi merehatkan diri.Mana tidaknya,pergi hospital pukul 10 malam,tapi anaknya tak keluar-keluar.Aduhai,degil juga baby tu tak mau keluar!
Aiman memandang sekeliling.Semua ada.Ibu dan ayah dia,mak su,tok dan tokwan,Haziq dan Qayyum.Yang tak ada cuma Puan Mashitah dan Encik Samsul.Semua menunggu kepulangan dua insan itu dan bayi baru mereka.
Tiba-tiba kedengaran bunyi enjin kereta di luar rumah.Pantas semua yang ada di dalam rumah keluar bagi menyambut insan-insan yang ditunggu sejak tadi.Semua,kecuali Qayyum.Dia langsung buat tak tahu.Khusyuk dengan robotnya tanpa mempedulikan ibu dan bapanya yang baru pulang dari hospital bersama si adik.
Puan Mashitah meletakkan anak ketiganya itu di atas tilam baby yang telah disediakan oleh Hasniza.
Semua mula mengerumuni bayi comel yang berpipi tembam itu.Warna kulitnya juga masih merah.Terkedip-kedip mata si kecil memandang orang di sekelilingnya yang mungkin padanya merupakan sesuatu yang baru baginya.
Dalam semua itu,Aiman adalah insan yang paling depan dan rapat sekali dengan bayi kecil itu.Matanya bersinar-sinar melihat bayi kecil itu yang pada pandangannya sangat comel.
Hasniza yang perasan akan hal itu mula mengesot merapat dengan Aiman.Kini dia sedang duduk betul-betul sebelah Aiman.Kamera yang dari tadi dipegangnya untuk menangkap gambar si kecil masih lagi dipegangan.Video mula dirakam dan kamera dihala ke wajah Aiman.
"Aiman,comelkan baby ni?"Soal Hasniza kepada Aiman.Saja mahu melihat reaksi anak buahnya yang kelihatan sangat teruja.Matanya langsung tak lepas memandang ke arah bayi itu.
"Comel!"Ucap Aiman tanpa memandang wajah mak sunya.Dia pula yang terlebih semangat mengalahkan abang-abang kandung si bayi.
"Aiman nak jaga dia?"
"Nak!"
"Aiman nak main dengan dia?"
"Nak!"
"Aiman nak kahwin dengan dia?"
"Nak!"
Seketika Aiman termenung.Wajah blur ditayang kepada mak sunya.
"Mak su,kahwin tu apa?"Soal Aiman kepada mak sunya.Kahwin?Perkataan itu baru padanya.
"Laa..ingatkan tahu.Yang beria jawab nak tadi tu kenapa?"Balas Hasniza sambil tersengih.Terhibur dia dengan perangai anak buahnya itu.
Yang lain di situ hanya tergelak.Tak sangka sebenarnya yang Aiman akan jawab nak.
"Aiman jawab je lah.Dah mak su yang tanya."Balas Aiman kepada soalan mak sunya.
"Oklah.Kahwin tu Aiman kena jaga baby ni.lepastu,Aiman boleh selau main dengan dia.Senang kata,Aiman boleh selalu ada dengan baby ni."
Aiman terangguk-angguk kepala mendengar penjelasan mak sunya.Faham ke tak,belakang kira.Yang penting angguk dulu tunjuk faham!
Aiman's style.
:)
YOU ARE READING
Diari Kecil Aiman
De TodoKenapa Diari Kecil Aiman? Sebab Aiman kecil lagi.Kalau dia dah besar dia jadi Diari Besar Aiman. :)