Bab 2

11 5 0
                                    

★★★

"LEARN ABOUT URSELF MORE THAN U LEARN ABOUT OTHERs"

Minggu terakhir orientasi dah tamat, maksudnya dah mula nak belajar lah kan..?, haih otak ni pun dah tepu berapa bulan tak bukak buku, inikan pula masuk kelas sains... mampu ke aku nak teruskan? desus hati syah tatkala menuju ke rumahnya

Setiba di rumah, syah melangkah masuk dan terserempak dengan ibunya yang sedang membawa beberapa jenis lauk.

"Aik ibu laju laju nak kemana?" soal Syah kepada ibunya.

"Ni ada jiran baru masuk dekat rumah sebelah ni, ibu nak jumpa diorang la nak kenal kenal" senyum Puan Mira sambil menyarung kasutnya

"Syah.. dekat dapur ada lauk, ibu dah masak, Syah mesti penatkan.. pergilah makan dulu, petang nanti ibu balik ya" sambung ibunya

"Baik bu, elok elok jalan tu.." balas Syah lalu mencium tangan ibunya

Setelah pemergian ayahnya disebabkan kes kemalangan jalan raya semasa usia Syah baru sahaja mencecah 10 Tahun, hanya ibunya sahaja tempat dia bermanja, ibunya menjadi sebab bagi dirinya untuk meneruskan hidup

◇◇◇◇◇◇◇

Usai mandi, Syah menyusun buku teks yang diterima dan menampal Jadual waktu di hadapan meja belajarnya

Merasakan dirinya sedikit bosan, Syah keluar ke jendela biliknya membawa gitar yang bertampalkan sebaris nama "INA"

"Ina kene janji tau... Ina kene ingat Ajik selalu!"- rungut Syah yang berumur 8 tahun ketika melihat kawan baiknya ingin pergi jauh darinya

"Ya Ajik...Ajik pun kene janji tunggu Ina kat sini tauuu, nanti kita main sama-sama lagi!" jerit budak bernama Ina itu sambil mengikut gerak langkah orang tuanya.

Apa khabar Ina agaknya? dah 8 tahun tapi masih tiada khabar berita, agak dia ingat lagi tak dekat aku? haha...

Dengan perlahan Syah memetik gitarnya...

"I'm jealous of the rain
That falls upon your skin
It's closer than my hands have been
I'm jealous of the rain
I'm jealous of the wind
That ripples through your clothes
It's closer than your shadow
Oh, I'm jealous of the wind'
Cause I wished you the best of
All this world could give
And I told you when you left me
There's nothing to forgive
But I always thought you'd come back, tell me all you found was
Heartbreak and misery
It's hard for me to say, I'm jealous of the way
You're happy without me....."

Dalam kekhusyukan Syah memainkan gitarnya, terdapat sepasang memata yang memerhatikannya sepanjang dia menyanyi

♡♡♡♡♡♡♡

Syah yang merasakan dirinya datang terlalu awal, menuju ke kelas untuk berehat sementara menunggu perhimpunan bermula

langkahnya terhenti ketika melihat Aimi, pelajar baru itu telah berada dalam kelas lebih awal darinya

Syah teruskan melangkah dan duduk ditempatnya dan mula memejamkan mata dan tanpa disedari matanya mula terlelap...

"Syah.., Syah..." Syah yang tersedar dari lamunannya, melihat Aimi sedang mengetuk bahunya dengan buku "Ermm, Syah.. perhimpunan lagi 10 minit..."

Syah melihat jam dipergelangan tangannya dan lantas bangun untuk pergi, Aimi juga turut melangkah pergi

"Aimi kan? nama saya Syah Raziq, Thanks kejutkan tadi.." Syah bersuara sambil melangkah ke tapak perhimpunan

"Ouh sama-sama.... memang biasa tidur dalam kelas ke awal pagi?" soal Aimi

"Dah terbiasa, sebab kadang saya datang awal.. lagipun its one of my habit, sometime we need to rest our mind kan?" balas Syah

"Ouh macam tu.. tapi jangan buat selalu Syah, tengok macam tadi kalau takde siapa nak kejut, tak ke telajak tido sampai habis perhimpunan?" tegur Aimi, risau mengenai keadaan Syah

"Haha.. jangan risau, kadang Emir ada je datang kejut" senyum Syah memberi jawapan

"Btw Syah.. nice voice u have, byeee!!" senyum Aimi sambil lari menuju ke Annur dan rakan yang lain di barisan pelajar wanita

Syah tersentak, 'nice voice? pernah ke aku nyanyi depan dia, ke aku mengigau dalam kelas tadi?haha... pelik budak ni' Syah menggeleng kepalanya sambil menuju ke Emir

⇦⇧⇨⇩⇦⇧⇨⇩

Second part dudeeee i'm did it hehehehhe xD

UnspokenWhere stories live. Discover now