ONE

10 2 0
                                    

"SOHYUN, aku balik dulu." Suara Yura membuatkan Sohyun terkejut. Apa tidaknya, dia tengah khusyuk semak akaun syarikat sebelum nak hantar kepada ketua pengurus.

"Okay. Jumpa esok." Langsung tak pandang pun wajah Yura yang tengah berdiri sebelah dia. Pandangan Sohyun masih tertumpu dekat skrin komputer.

"Jangan balik lambat sangat. Tak siap, sambung esok jelah." Yura, kawan sepejabat merangkap kawan baiknya selalu bagi nasihat. Risau juga Yura bila Sohyun selalu balik lewat malam. Balik seorang diri. Bukannya selamat sangat zaman sekarang ni.

"Mana boleh. Encik Yohan tu nak by today. Tak apalah, sikit je lagi ni. Actually dah siap pun, cuma nak kena semak balik." Geleng kepala si Yura dengan perangai Sohyun. Memang dari dulu dia camni. Selalu akan pastikan kerja yang diberi, siap dengan betul. Lagipun Sohyun ni tak suka kalau kerja sambil lewa. Ada salah sana sini. Itu sebab dia jadi salah seorang pekerja contoh dia syarikat tersebut.

"Ikut kaulah. Take care. Apa apa call tau." Yura tepuk bahu Sohyun perlahan sebelum pergi dari situ. Tinggallah Sohyun dan beberapa staff lain yang still sibuk siapkan kerja masing masing. Encik Yohan pun masih ada lagi di dalam pejabat dia.

"Siap!" Lega Sohyun rasa. Dokumen yang baru dicetak tadi disusun ikut susunan. Tak tunggu lama, dia terus pergi ke bilik Encik Yohan sambil bawa dokumen yang disiapkannya tadi.

"Bagus. Rasanya semua okay ni. Takpe, nanti saya semak balik." Encik Yohan masih meneliti hasil kerja Sohyun. Satu per satu diperhatikan.

"Kalau dah takde apa apa, saya balik dulu, Encik Yohan. Jumpa esok, ya."

"Okay Sohyun. Jumpa esok." Terukir senyuman di bibir Sohyun bila kerja dia tak dipertikaikan. Dari raut wajah Encik Yohan, jelas menunjukkan yang dia amat berpuas hati. Kaki melangkah keluar dengan hati yang gembira. Macam tulah rutin harian Kim Sohyun sebagai akauntan yang baru dua tahun bekerja dekat syarikat Zeus Holdings.

.....

"ANNYEONGHASEYO." Sohyun menyapa sebaik saja dia melangkah masuk ke dalam rumah.

"Nae~ Anak eomma dah makan?" Puan Jihyun yang sedang menonton TV mengalihkan pandangan ke arah anak perempuannya.

"Belum lagi. Eomma dah makan?" Sohyun mendekati ibunya dan mencium pipi seperti biasa yang dia buat setiap kali pulang ke rumah.

Sambil mengusap lembut pipi anaknya, Puan Jihyun sekadar menggeleng. Jam baru menganjak ke angka sembilan. Memang selalunya diorang akan makan sama sama melainkan bila Sohyun ada janji temu.

"Sohyun mandi kejap, ya eomma? Lepastu kita makan sama." Sekali lagi pipi ibunya menjadi sasaran. Cepat cepat dia bangun dan naik ke biliknya di tingkat atas. 

Sohyun cuma ada seorang adik lelaki yang masih belajar di asrama penuh di Seocho-Gu, Seoul dan namanya Rowoon. Hanya pada hujung minggu atau pun cuti sekolah je diorang akan berjumpa. Tinggallah Sohyun dan ibunya sahaja di rumah banglo dua tingkat yang ditinggalkan arwah Tuan Kim Taekwoon. 

Sudah lima tahun Tuan Taekwoon meninggalkan mereka semua selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya.  Kereta BMW yang dipandu Tuan Taekwoon bertembung dengan sebuah kereta Ssangyong Korando dari arah bertentangan. Kedua-dua pemandu meninggal dunia di tempat kejadian.

Nak taknak, mereka sekeluarga terpaksa reda dengan takdir yang menimpa mereka. Kehilangan Tuan Taekwoon dengan tiba-tiba membuatkan kehidupan mereka berubah terus. Puan Jihyun selalu termenung teringatkan arwah. Rowoon pula yang dulunya seorang yang happy-go-lucky, sekarang jadi pendiam. Tak banyak bercakap selepas kejadian tersebut. Sohyun yang banyak memberi kekuatan dan semangat kepada adik dan ibunya. Dan kini mereka berdua dah dapat terima kenyataan. Semua yang hidup di dunia pasti akan pergi suatu hari nanti.

Selepas makan malam sama sama, diorang masuk ke dalam bilik tidur masing-masing. Puan Jihyun memang begitu. Selepas selesai semua pekerjaan di rumah, memang katillah tempat yang akan dituju.

Sambil Sohyun berbaring di atas katil, telefon bimbit kesayangannya dicapai. Buka satu per satu mesej di dalam apps KakaoTalk yang belum dibaca. Salah satunya dah tentu daripada orang tersayang. Notification KakaoTalk yang memang ditunggu-tunggu setiap malam.

"You, dah makan?"

Laju je jari Sohyun membalas mesej.

"Baru lepas makan dengan eomma. You dah makan? Macam mana dekat sana?"

Jeon Jungkook. Orang pertama yang berjaya membuka hati Sohyun untuk terima cinta daripada seorang lelaki. Pertemuan yang tak disangka antara diorang dulu membuatkan hati dan perasaan diorang tertarik antara satu sama lain. Dari hari ke hari, hubungan diorang semakin akrab dan akhirnya luahan perasaan terhambur juga dari mulut Jungkook. Dan dia tak bertepuk sebelah tangan. Camtu juga dengan Sohyun. Perasaannya terhadap Jungkook semakin hari semakin mendalam. Hatinya semakin berbunga-bunga semenjak kenal rapat dengan Jungkook.

"I dah makan tadi. Semuanya okay. Cuma i rindu dengan orang tu..Lama tak jumpa."

Datanglah mengada-ngada si Jungkook pada buah hatinya ni. Apa taknya, dah tiga hari dia ke Hokkaido, Jepun. Menghadiri kursus dan mesyuarat bersama orang-orang di sana. Ini semua ada kaitan dengan hal syarikat milik keluarganya. Syarikat penerbangan Korean Airlines.

Mengada-ngada.

Sambil menaip, sambil tersenyum seorang diri. Siapa yang tak suka kalau diri dirindui seseorang. Lebih-lebih lagi dengan orang yang kita sayang.

Lagi dua hari je Jungkook berada di sana. Semakin tak sabar dia nak berjumpa dengan Sohyun. Memang camtulah kebiasaannya. Kerap kali juga Jungkook ke sana sini untuk beberapa hari.

"See you in two days sayang. Saranghae~ Muahh!"

Berulang kali mesej KakaoTalk terakhir daripada Jungkook dibaca. Dan kini Sohyun pula yang menanggung rindu. Siapa yang terlebih mengada-ngada ni? Lol^^

.....

"EOMMA, malam ni Sohyun makan dekat luar, ya?" Sambil menyuap bibimbap yang dibuat oleh Puan Jihyun tadi.

"Makan dengan Jungkook ke?" Sohyun dah tersenyum-senyum dengan pertanyaan ibunya. Anggukkan kepala mengiringi senyuman manis.

"Jungkook dah balik dari Jepun ke? Haritu kata dia tak ada sini." Bibimbap di mangkuk dikuis sedikit sebelum menyuap ke mulut sendiri.

"Tengah hari ni sampailah. Lima hari je dia dekat sana. Hari ni balik, esok dah mula kerja balik. Mesti penat tu." Simpati pula Sohyun pada Jungkook. Kalau outstation ni memang memenatkan. Lebih-lebih lagi kalau ke tempat jauh.

"Terpaksalah Sohyun~ Kerja. Lagipun bukan syarikat orang lain. Syarikat ayah Jungkook juga kan? Nak taknak dia kena kerja kuat sikitlah. Risau lebihlah anak eomma ni. Jungkook dah biasa kan outstation ni semua. Dah sebati tu."

Kata-kata Puan Jihyun menenangkan sikit perasaan gelisah Sohyun terhadap Jungkook. Sohyun risau kalau Jungkook tak cukup rehat nanti. Kesihatan juga perlu dijaga. Itu yang selalu Sohyun tekankan pada Jungkook. Tapi dekat diri sendiri, Sohyun terlupa tentang tu. Kesihatan sendiri diabaikan.

"Eomma, Sohyun pergi dulu. Nanti lambat sampai office." Laju je Sohyun menghirup air kopi dalam cawan sampai habis. Beg laptop dan beg tangan di tepi kerusi dicapai. Selepas mencium pipi Puan Jihyun, segera Sohyun berlalu pergi. Biasalah, kalau lambat sikit, sah-sah terlepas subway. Mahu terlambat masuk pejabat nanti.

"Baik-baik, Sohyun ah~" Sempat Puan Jihyun memesan pada anaknya.



EMOTIONALWhere stories live. Discover now