"SOHYUN, Encik Yohan panggil." Kedengaran suara Hana unnie dari tempat duduknya.
"Okay." balas Sohyun. Fail-fail yang baru sahaja diambil dari kabinet diletakkan di tepi meja. Kaki segera melangkah menuju ke bilik Encik Yohan.
Tok tok...
"Masuk." Suara Encik Yohan dari dalam memberi kebenaran pada Sohyun.
Pintu dibuka dari luar. Sohyun melangkah perlahan menghampiri meja Encik Yohan. Dilihatnya dia sedang meneliti kertas kerja yang Sohyun berikan padanya semalam.
"Duduk, Sohyun." Tanpa tunggu lama, Sohyun terus menarik kerusi di hadapan meja Encik Yohan. Matanya masih sibuk memerhatikan kertas-kertas yang berada di atas meja.
"Okay, saya dah semak kerja Sohyun ni. Macam biasa, semua seperti yang saya nak."
Tarik nafas lega Sohyun sekali lagi. Kerjanya kalini pun memuaskan hati Encik Yohan.
"Oh ya, Sohyun. Ambil fail ni. Kemas kinikan. Sebab minggu depan saya nak kena update pada mereka." Sohyun angguk tanda faham. Fail di tangan Encik Yohan diambil.
.....
"TUAN JAEGUK, okay ke ni?" Nicole, pembantu peribadi Tuan Jaeguk menghampirinya. Wajah pucat majikannya yang sudah berumur ditenung lama.
"Rasa letih sikit. Nicole, petang ni saya ada meeting dekat Gangnam-gu, kan?" Tuan Jaeguk sesekali memegang dadanya sambil dahinya berkerut. Menahan sakit. Sejak akhir-akhir ni kesihatannya tak berapa baik. Dadanya kerap kali terasa sakit.
"Ya, Tuan. Meeting dengan LSC Engineering tentang projek dekat Insadong. Tapi...Tuan nampak tak sihat ni. Apa kata kita tunda meeting ni ke hari lain?" Nicole cuba memberi pendapat. Dia risau dengan kesihatan Tuan Jaeguk.
Sepatutnya sudah masanya Tuan Jaeguk menyerahkan kebanyakkan kerja-kerjanya kepada anak lelakinya. Dia sepatutnya perlu banyak berehat dengan faktor usianya yang sudah meningkat tua.
"Nicole, awak tahukan betapa pentingnya mesyuarat kali ni. Banyak benda yang kita kena bincangkan dengan mereka. Jangan lupa suruh Kibum, Wonjun dan Michael pergi sekali nanti."
Apa lagi yang Nicole boleh buat selain mengangguk. Arahan daripada bos besar perlu diikut. Kalau ingkar, faham-faham jelah. Memang Tuan Jaeguk tak suka sesiapa pun mengingkari arahan dia. Itu sudah pasti.
"Nicole, Jungkook balik bila?" Kaki yang tadi melangkah terhenti bila suara Tuan Jaeguk kedengaran. Berpaling semula memandang Tuan Jaeguk.
"Kalau ikutkan flight dia hari ni. Esok baru dia masuk kerja semula. Kenapa, Tuan?"
"Nothing." Nicole hanya tersenyum sebelum berlalu keluar.
.....
"KIBUM, aku risaulah." Sebaik sahaja Nicole menghampiri meja Kibum, terus diluahkan perasaan gelisahnya.
"Risau pasal apa pula ni? Ada orang nak tackle kau ke?" Kibum sengaja mengusik Nicole, kawan yang dikenali sejak 5 tahun lalu.
"Ish, kau ni. ke situ pula dia. Aku risau pasal Tuan Jaeguk ni." Dipukulnya sedikit bahu Kibum.
"Ooo...Tuan Jaeguk. Yalah, aku pun tengok dua tiga hari ni Tuan Jaeguk nampak tak berapa sihat. Kau tak suruh Tuan Jaeguk pergi jumpa Dr. Yoon ke?"
"Macamlah kau tak kenal Tuan Jaeguk. Dia mana nak dengar nasihat orang. Aku suruh dia postpone meeting petang ni, tapi dia tak nak. Nak teruskan juga meeting tu. Nanti kau, Wonjun dengan Michael kena ke Gangnam-gu. Meeting start at 2.30. Don't be late. Macam biasa, jumpa Tuan Jaeguk dekat sana terus." Sememangnya Kibum diberitahu dari semalam yang dia antara orang yang kena hadir mesyuarat petang nanti.
YOU ARE READING
EMOTIONAL
FanfictionKIM SOHYUN menyayangi JEON JUNGKOOK sepenuh hati. Dialah lelaki pertama yang berjaya mengetuk pintu hatinya untuk terima cinta dari seorang lelaki. Tetapi semuanya berubah sejak bekas isteri Jungkook, KANG MIRAE tiba-tiba muncul dalam kehidupan mere...