"KANG MIRAE! Aku ceraikan kau dengan talak satu." Suara tegas Jungkook membuatkan semua terdiam termasuk isterinya yang baru sahaja dilepaskan.
Semua mata yang ada di situ memandang tepat pada Jungkook. Tuan Jaeguk seperti tidak percaya dengan apa yang baru sahaja berlaku di depan matanya. Kebetulan Tuan Jaeguk baru sahaja pulang dari bermain golf. Tuan Jaeguk bersama Encik Jang, pemandu peribadinya terhenti langkah mereka sebaik sahaja mendengar kata-kata tegas Jungkook.
Memang sejak akhir-akhir ni pertelingkahan antara Jungkook dan Mirae semakin menjadi-jadi. Ada sahaja perkara yang tidak kena di mata Jungkook. Begitu juga Mirae. Itu tak kena, ini tak kena. Cuma mereka tak pernah bergaduh di depan Tuan Jaeguk. Rasa hormat pada orang tua masih ada. Walaupun macam tu, Tuan Jaeguk lebih cepat menghidu semuanya. Dia tahu hubungan mereka semakin retak. Cuma dia masih tidak tahu punca pergaduhan mereka yang sebenarnya.
"I never want to see you again Jeon Jungkook. You will regret it. You will." Kali ni suara Mirae pula yang semakin meninggi. Pandangan Jungkook pada Mirae masih seperti tadi. Tiada langsung rasa menyesal di sebalik anak matanya itu. Yang ada cumalah rasa marah yang membuak-buak.
"Jungkook! Mirae!" Sebelum Tuan Jaeguk mendekati mereka berdua, Mirae terlebih dahulu melangkah laju menghampiri bapa mentuanya itu.
"I'm sorry, daddy. Halalkan makan minum Mirae selama ni." Tangan Tuan Jaeguk dicapai. Dipegang erat sebelum air mata jatuh membasahi tangan. Rambut Mirae diusap lembut. Rasa sedih menerjah di hati Tuan Jaeguk. Dia tak suka perkara macam ni berlaku dalam keluarganya. Ibu bapa mana yang suka melihat rumah tangga anak-anak mereka hancur begini.
"Jungkook...." Tuan Jaeguk masih cuba memujuk anaknya untuk menghalang Mirae keluar dari rumah mereka. Talak satu still boleh dirujuk. Rujuk semula. Itu yang Tuan Jaeguk mahukan. Mungkin Jungkook telah melakukan kesilapan. Manusia. Tidak akan terlepas daripada melakukannya. Tapi semuanya boleh diperbetulkan.
"I'm sorry, daddy." Jungkook tidak menunggu lama. Wajah Tuan Jaeguk dipandang sekali imbas sahaja sebelum dia berlalu menaiki tangga ke atas.
Begitu juga dengan Mirae. Dia masih terus melangkah keluar dari rumah tersebut. Tuan Jaeguk hanya mampu melihat sahaja.
"Tenang, Tuan....Mereka tengah marah tu. Kita tak boleh buat apa-apa. Tunggu nanti dah reda sikit." Encik Jang cuba memujuk Tuan Jaeguk. Dia tahu bagaimana perasaan Tuan Jaeguk. Perasaan seorang ayah.
.....
DERINGAN telefon menyedarkan Jungkook dari lamunannya.
Terkejut Jungkook apabila tersedar daripada peristiwa lama yang kembali menerjah fikirannya.
Telefon yang diletakkan dia atas meja masih berdering. Dia tahu siapa yang telefon. Deringan istimewa.
"Hai, sayang."
"You dah mandi? Tengah buat apa?" Suara lembut Sohyun berjaya menenangkan perasaan Jungkook yang sedikit gelisah.
"Belum lagi. I tengah tengok Netflix ni. After this I pergi mandi ya, sayang." Memang Jungkook terpaksa berbohong. Orang kata bohong sunat. Takkanlah Jungkook nak beritahu perkara sebenar pada buah hatinya itu. TV pun tak terpasang. Tengok Netflix konon.
"Okeylah, eomma dah balik dah tu. Take care, sayang. Saranghae~"
"Yoo too, sayang. Take care. Nado saranghae~"
Arghhh! Kenapa selepas tiga tahun semuanya muncul semula? Kenangan pahit dalam hidupnya kembali bermain dalam fikiran. Wajah wanita yang sudah lama dia lupakan kini masuk ke dalam mimpinya.
YOU ARE READING
EMOTIONAL
FanfictionKIM SOHYUN menyayangi JEON JUNGKOOK sepenuh hati. Dialah lelaki pertama yang berjaya mengetuk pintu hatinya untuk terima cinta dari seorang lelaki. Tetapi semuanya berubah sejak bekas isteri Jungkook, KANG MIRAE tiba-tiba muncul dalam kehidupan mere...