Part 1

211 3 0
                                    

Terima aku apa adanya




Nama Aku Alif. Ini kisah warna-warni hidup aku. Kisahnya bermula pada tahun 2009. Masa ni aku sedang bekerja di bandaraya Kuala Lunpur di sebuah restoran sebagai chef. Kira okey la kan? Dengan aku tiada kelulusan akademik. Lepas saja darjah 6, aku terus masuk sekolah pondok. Ini adalah permintaan papa aku. So dalam ramai-ramai adik beradik aku, aku sorang saja yang sekolah pondok yang lain sekolah menengah agama, dan sorang adik aku ni sekolah tahfiz. Papa sangat menitikberatkan pendidikan lebih-lebih lagi pendidikan agama.

Masa aku berumur 18 tahun aku berhenti dari pondok dan lepastu, aku cari kerja di Kuala Lumpur. Mujur saja sepupu aku yang recommend kan kerja ni. Jadi bermulalah episod aku sebagai anak perantau. Nak servive hidup kan, kena berdikari. Memang mama papa aku ajar berdikari aku adik beradik. Aku pun sudah terbiasa. Lagipun keluarga aku hanya orang biasa-biasa bukannya kaya raya.

Jadi selepas waktu kerja. Aku akan lepak di rooftop yang berhampiran dengan restoran aku kerja tu. Aku memerhati bintang bekerlipang. Indah sungguh ciptaan Tuhan. Maka nikmat Tuhanmu manakah yang kamu dustakan. Astagfirullahalazim.

Sambil-sambil aku dongak kepalaku ke langit bibir mulutku sentiasa menyebut subhanaallah memuji ciptaan Tuhan sekalian alam.

"Alif, aku gerak dulu...ada hal." Dia tepuk bahuku sebelum berlalu pergi. Satu-satunya kawan aku di sini, Daus. Aku hanya mengangguk sebagai balasan.

Sudah dua tahun aku di sini. Tiada apa yang menarik. Hujang emas di negeri orang, hujang batu di negeri sendiri.

Aku belek telefonku, ada mesej. Aku tersenyum bila tengok mesej dari si dia. Beya. Itulah nama dia. Mana aku kenal dia? Nah kawan aku si Farid yang di kampung kenengkan. Tiada yang lebih-lebih juga antara kami berdua. Mesej sebagai kawan, kenal-kenal macam tu.

Sampai di rumah tu, tidak terus aku tidur. Aku kemas pakaian aku yang mahu dibawa pulang esok. Esok balik kampung cuti raya cina.

Esok tu terus aku ke tbs. Pukul 10 aku naik bas pukul 5 petang aku sampai kampung aku (dekat mana kampung aku tu aku rahsia). Jadi sampai rumah tu peluk-peluk lagi aku dengan mama, papa dan adik beradik aku.

"Mama dan papa sihat?"

"Sihat saja kami ni Alif. Kamu macam mana kerja okey ke nak?" Tanya mama.

Borak-borak la kami semua. Yang paling aku rindu dengan adik bongsu aku ni, si Auni. Jadi esok harinya petang macam tu, aku ke rumah kawan aku si Farid, dalam 20 minit dari rumah aku. Tidaklah jauh sangat. Si Farid nak jumpa, ada makan-makan rumah girlfriend dia. So kiranya aku join dia sekali la ni. Sampai sana tu, dari jauh lagi aku nampak si Beya, sedang bersembang dengan Nana girlfriend si Farid ni. Mereka dua ni best friend.

Masa aku tengok ke arah Beya, dia pun tengok aku masa ni. Agak kekok juga, sebab sebelum ni kami hanya berhubung di telefon saja. Last2 aku dua Farid join juga Nana dan Beya. Lepastu Nana dan Farid kasi tinggalkan aku dan Beya. Kasi peluang untuk kami berdua, pandai mangkuk ayung dua ni.

"Beya... erm awak apa khbar?" Aku tanya dia. Gugup juga aku time ni, tapi buat-buat macho.

"Sihat...awak?"

Sembanglah kami dua, baru aku tahu sudah dua hari si Beya tinggal di rumah Nana. Dalam hati aku budak ni tak balik rumah, mak ayah dia tak marah ke. Budak-budak lagi Beya time ni, 17 tahun kan. Macam-macam la dalam kepala aku masa tu, tapi aku pendam sajalah.

Jadi malam tu dia kata nak balik. Aku pun offer hantar dia. Dan dia setuju, hantar la aku dia balik rumah dia naik moto. Masa nak masuk simpang jalan rumah dia tu. Tiba-tiba kami terserempak dengan ayah si Beya. Rupanya ayah dia memang cari dia. Kan dia menghilang, dalam dia menghilang tu ayah dia cari dia tu. Dan2 time ni dia dengan aku, so macam aku ni kena salah oleh ayah dia bawa lari anak dia. Arrrr matey aku kali ni. Terus tu ayah dia cakap dekat aku.

Kisah A dan BWhere stories live. Discover now