Terima aku apa adanya
Sejak pulang dari kampung aku tengok Beya selalu termenung. Bila di tanya hanya gelengan sebagai jawapan.
"Kenapa abang tengok sayang selalu termenung sejak akhir-akhir ini?"
Setelah berkali-kali di tanya akhirnya dia cerita juga. Dia risau sebab dia tak mengandung lagi. Aku cuba tenangkan dia, bagi aku itu semua rezeki, lambat atau cepat saja. Mulut orang memang tak boleh tutup kan, biasa la balik kampung mulut makcik-makcik mana ada insuran. Dulu masa awal-awal kahwin di katanya Beya ni dah di tebuk tupai la apa la, kenapa la busuk hati sangat. Memang la pergaulan dia agak bebas, tapi tak ada la sampai berhubung dengan random lelaki. Tapi aku hiraukan lalat-lalat ni semua. Kita hidup bukan dengan belas ihsan mereka, so tak payah layan benda-benda mengarut macam ni.
Hari berganti hari okey saja kami. Gaduh manja-manja tu biasa. Masa aku balik kerja, aku tengok si Beya terbaring. Dia memang tak pergi kerja hari ni sebab tadi pagi muntah-muntah, so di rumah saja dia.
"Sayang bersiap-siap kita ke hospital."
Tak sanggup aku tengok dia macam tu, keracunan makanan ke apa.
Sampai sana hospital. Bila di check doktor, dua-dua la kami masuk ke dalam.
"Tahniah, puan mengandung 3 minggu."
Alhamdulillah, hati aku berbicara. Saat yang kami tunggu-tunggu setelah dua tahun. Akhirnya Allah dengar permintaan kami. Beya masa ni berkaca-kaca sudah mata dia. Terlalu excited aku peluk Beya time tu juga.
Mungkin juga kesan air herba yang Beya minum yang kami minta dari orang kampung aku masa kami pulang dua bulan lalu. Selagi boleh selagi tu lah kami usaha. Jadi air herba tu sebenarnya untuk menghilangkan senggugut. Orang tua-tua kata kalau senggugut terlalu kuat susah dapat anak. Entahlah aku pun tak tahu samada fatwa ni betul atau tidak.
Jadi selepas 5 bulan kandungan Beya. Aku suruh dia berhenti kerja. Aku tak nak dia penat-penat. Mujur saja Beya tak ada morning sickness macam sesetengah wanita. Tapi lain pula tu gaya dia, manja terlebih. Tak apa la as long as dia dengan aku kan. Aku ikut saja. Lagipun kami memang excited gila nak sambut baby first kami ni.
Cukup kandungan Beya 7 bulan aku hantar dia pulang ke kampung. Ini memang permintaan dia nak melahirkan di kampung. Senang di kampung semua ada mama boleh tengok-tengokkan. Mak dia pun ada. Jadi lepas hantar dia ke kampung, aku stay juga sana dalam dua tiga hari, tak boleh cuti lama kan nanti dia beranak aku cuti lagi.
"Alif... kau okey?"
"Okey bro."
"Aku perasan kau kuat termenung sekarang ni...apa masalah ko, aku bukan apa bos ada bising-bising pasal kau."
"Iya aku tahu...thank you bro."
Aku pun tak tahu entah kenapa sejak akhir-akhir ni aku hilang fokus pada kerja. Mungkin juga aku teringat kan Beya. Kami hanya berhubung melalui telefon. Rindu yang tak boleh diucap dengan kata-kata. Aku balik saja kerja sudah lewat malam, mahu on the phone dengan Beya mana mungkin, dia tidur awal. Aku memang sudah set sleep time dia. Sabar sajalah hanya beberapa hari saja aku di sini.
Tiba hujung minggu aku pulang ke kampung. Kali ni aku tinggal di rumah mentua aku, kan Beya ada di sana. Sampai saja aku hug dia, berkaca-kaca lagi mata dia.
"Abang....sayang rinduuuu...
"Abang juga rindu sayang..sayang sihat? Ada sakit-sakit tak? Baby macam mana?"
"Abang! Satu-satu lah."
Hahahaha. Terlampau excited kan.
"Everything okey...cuma baby rindu abang saja hehe."

YOU ARE READING
Kisah A dan B
RomanceBermulanya kisah hidup aku dengan sebuah peristiwa. "Kau bawa lari anak aku, kau kahwin dengan dia, tak kira macam mana sekali pun." Aku tercenggang gila masa tu. Tapi aku angguk-angguk saja la. Tak guna berhabis nak bela diri, sebab aku tengok ayah...