Part 2

818 40 8
                                    


Sedar tak sedar dah sebulan Maressa bekerja di Syarikat besar tersebut sebagai tea lady.Semua orang sangat baik terhadapnya.Mesra sungguh senang nak bergaul.Cuma satu je lah.

CEO besar syarikat itu membuatkan dia gerun.Setiap kali lelaki itu memanggil namanya , seperti mahu ajak gaduh sahaja.Dingin , beku , tiada perasaan dan susah senyum.Maressa pon hairan.Adakah lelaki itu robot? lagaknya macam bukan manusia.

"Maressa..jom lah makan..dah masuk lunch hour ni.." ajak Syiqa salah satu pekerja di tingkat itu.Maressa mengerling jam tangannya.Sudah pukul 1 tengahari.Gadis itu mengangguk lalu mencapai bekalannya yg dibawa dari rumah.Macam biasalah.

"Rajinnya kau masak..hari ii bawak bekal..sempat pulak eh kau..masak kan lah untuk kitorang sekali..boleh jugak aku merasa air tangan kau ni.." tutur Ben terselit gurauannya di situ.Maressa hanya tersenyum menunduk.

"Memang ada masak lebih ni..korang nak ke?"tanya Maressa menunjukkan beg kertas yg terisi bekal makanannya.Laju sahaja mereka menganggukkan kepala.Jimat duit.

"Ahem!" deheman seseorang menyentakkan mereka bertiga.Toleh sahaja kepala ke belakang , wajah dingin Qaiser menjadi tatapan.

"Kenapa masih tercegat kat sini?"

"Err..m-maaf Tuan..kami turun sekarang.." kata Syiqa tergagap lalu menunduk hormat kepada lelaki itu diikuti Ben dan Maressa.

Maressa yg baru sahaja ingin mengikuti dua orang itu terhenti pabila lengannya digenggam seseorang.Gadis itu tidak menoleh sebaliknya ingin melepas dari genggaman tersebut.

"You.Follow me." arah Qaiser menarik lengan gadis itu masuk ke bilik pejabatnya.Baru sahaja Maressa mahu bersuara , Qaiser telah menghantar pandangan maut kepadanya.

Qaiser Zulfadhli Zull Zackhari
Chief Executive Officer

Maressa diarahkan duduk di sofa terdekat di dalam bilik itu.Gadis itu hanya akur sahaja.Qaiser membuka laptopnya dan menekan nekan papan kekunci.


Laptop miliknya diletakkan diatas meja kaca antara sofa single dan sofa berkembar.Qaiser memusingkan laptopnya menghadap Maressa.Skrin laptop itu menunjukkan satu video.


Maressa yg kebingungan itu hanya melihat video tersebut.Bossnya ajak tengok movie kat laptop ke? ish! merepek!


Habis sahaja video itu , Maressa memandang sekilas wajah Qaiser.Dia tertanya tanya.Apa motif lelaki itu?


"Saya tak faham...apa yg tuan nak sampaikan pada saya melalui video ni?" tanya Maressa menggaru kepalanya yg tersarung tudung shwal.Qaiser mendengus perlahan.


Dari permulaan video hingga akhir , skrin laptop hanya memaparkan warna hitam dan ada suara ii yg berkata dalam bahasa asing.Maressa tidak memahami satu habuk pon.


"You said..you're an orphan..right?" Maressa menganggukkan kepalanya.Benar dia anak yatim piatu.Qaiser terdiam sebentar.


"Whats your parents name?" tanya Qaiser lagi.Maressa berasa hairan dengan lelaki itu.Tapi dia menjawab juga pertanyaannya.


"Mikael D Lucifer ..Helena Afifah.." Qaiser tersentak mendengar nama yg di sebut oleh Maressa.

HIS QUEENTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang