❦ ' ٠٧

40 4 2
                                    

" Selamat pagi mama ! " Ucap Daneen riang setibanya di dapur. Kelihatan ibunya yang sedang membakar roti tersenyum manis ke arahnya.

" Selamat pagi anak mama ! " Sebuah kucupan hinggap di pipi Daneen. Lega hatinya melihat senyuman anaknya setelah sekian lama tidak tersenyum seperti itu.

Botol jem dicapai lalu di sapukannya ke atas permukaan roti yang telah dibakar. Daneen mengunyah sarapannya sambil mata memandang ke arah ibunya yang menatap dirinya.

Sebuah gelas kaca berisi susu dihulurkan kepadanya.

" Daneen nak pergi mana ? " Soal ibunya risau, pagi-pagi lagi Daneen telah berada di hadapan pintu rumah dan sedang mengikat tali kasutnya.

" Nak jogging. Daneen rindu nak hirup udara segar. " Senyuman yang menampakkan barisan gigi hadapan ditayangkan. Waktu hujung minggu ini sebaiknya dihabiskan dengan aktiviti yang berfaedah.

" Hati-hati ya sayang. Kalau penat berhenti rehat. Jangan jogging jauh sangat. " Kerutan pada wajah tua menampakkan ibunya risua dengan keadaan Daneen.

" Daneen dah besar, mama tak perlulah risau. " Sekali lagi senyuman terukir di bibirnya membuatkan ibunya mengangguk tanda percayakannya.

" Daneen gerak dulu, bye mama ! " Usai melambai ke arah ibunya, Daneen mula berlari anak-anak menuju ke taman rekreasi di hadapan rumahnya.

" Wah, segarnya ! " Teruja dibuatnya apabila dapat menghirup udara yang segar dari tumbuh-tumbuhan hijau. Rasanya sudah lama dia tidak jogging, kali terakhir pun sewaktu tahun lepas dengan arwah papanya.

Papa Daneen meninggal akibat barah dan hanya ibu satu-satunya tempat Daneen menerima kasih sayang. Syukur ibunya mampu mengendalikan syarikat ayahnya dan dalam masa yang sama menjaga Daneen. Mama memang superhero.

Tetapi sejak Daneen menghidap penyakit barah juga, sinaran ceria dalam keluarganya semakin memudar. Daneen bagaikan putus asa untuk hidup, dirinya kerap berkurung dalm bilik dan memberontak sehingga mendapat kemurungan.

Di sekolah hanya Inani sahaja sahabat sehati sejiwanya, Inani bagaikan kakak kandungnya, menjaga Daneen dengan teliti walaupun sifat pemalasnya tetap ada.

Aiman ? Aiman Zahfran merupakan kekasihnya. Lebih kepada bekas kekasih kerana lelaki itu kemalangan dihempap lori tangki air. Pemergian Aiman Zahfran banyak meninggalkan kesan kepada Daneen sehingga gadis itu disahkan sakit dan murung.

Sejak kejadian semalam di mana dia dapat bertemu dengan Aiman, Daneen bagaikan dapat nafas baharu. Aura Daneen yang dahulu periang mula mengalir pada tubuhnya.

" Auch ! " Sedang leka Daneen berlari sambil termenung jauh, secara tak sengaja seseorang melanggar bahunya sehingga badannya terdorong untuk jatuh.

" Aduh, punggung aku sakit ! "

" Maaf, saya tak sengaja. "

Satu tangan dihulurkan di hadapannya, Daneen malu-malu mahu menyambut huluran tangan itu setelah terdengar suara garau. Adakah dia dengar aku mengeluh tadi ? Malunya !

Perlahan-lahan dia cuba untuk bangun dengan bantuan hero yang muncul dari syurga. Ketika Daneen mengangkat wajahnya, bagaikan satu panahan petir menusuk ke kalbunya begitu dalam. Disangkakan malaikat rupa-rupanya syaitan. Mamat kerek ni lagi.

Anak mata bertembung dengan mulut maisng-masing yang masih lagi terkunci. Terkejut mungkin sebab ditakdirkan bersama. Nashran tersenyum senget namun lebih kepada mengejek.

" Tak sangka pula kau minat aku sampai nak stalk aku jogging. " Tangannya yang tadi menyentuh tangan Daneen segera menyeluk saku seluarnya, gaya bad boy memainkan peranan penting.

Matanya digulingkan tanda menyampah. Perasan gila mamat ni, harap muka je hensem tapi perangai serupa playboy. Bukannya sengaja dia nak tenung muka Nashran.

" Hell no ! Aku tinggal di sini okay. Kau tu yang stalk aku ! "

" Aku ? Stalk kau ? Tch- just waste my time to see your ugly face. " Tekanan darahnya menaik mendadak, pipinya merona merah.

Nampaknya ini bukanlah hari yang baik untuk berubah, kehadiran Nashran mengubah seratus peratus takdir hidup Daneen Aira Hawani.

" Kau nampak rumah hujung sana tu ? " Nashran menunjukkam ke arah sebuah rumah yang begitu dekat dengan rumah Daneen- oh wait ?

" Itu rumah aku. "

Rumah mereka cuma sebelah menyebelah, maknanya Nashran jiran Daneen. Bagaimana dia tak tahu sedangkan dari kecil lagi dia menetap di sini ?

" Kau baru pindah sini ke ? " Nashran menganggukkan kepalanya.

Kenapa cerita ni makin klise ?

↷tbc↷
↝♡ ︴vote&comment √√

Ephemeral『H』Where stories live. Discover now