33

8.5K 913 61
                                    

-There's always a person that
hate you for no reason-

Hazel memandang wajahnya melalui pantulan di cermin itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hazel memandang wajahnya melalui pantulan di cermin itu. Sudah empat hari berlalu. Lebam di mukanya juga sudah beransur pulih.

Bermacam-macam soalan yang ditanya oleh Puan Rozy dan Encik Zachary. Empat jejaka itu yang membantunya untuk menjawab. Disimpan cermin kecil itu ke dalam poket blazer.

Antalya pula. Wajah itu sentiasa memaparkan riak serba salah. Gadis itu juga semakin menjadi pendiam.

Sedangkan Antalya merupakan sosok yang ceria dan banyak berbicara. Cuma kerana dia dibuli sahaja membataskan dia menonjolkan diri dia yang sebenar.

Tidak tahu apa yang disorokkan gadis itu. Ada juga Hazel bertanya tetapi Antalya sentiasa mengatakan tiada apa-apa.

Mereka juga sudah jarang berjumpa. Antalya sentiasa cuba mengelak. Apabila berjumpa tidak sampai lima minit Antalya terus ingin pulang.

Hazel cuba untuk tahu apa yang disorokkan Antalya tetapi gadis itu sentiasa cuba mengelak dengan berjumpanya.

Dia juga perasan wajah Antalya sentiasa pucat. Adakah makin teruk gadis itu dibuli? Dia tidak tahu kerana Antalya tidak mahu berjumpanya.

"Hazel." Hazel mendongak memandang Sabrina. Dia memandang sekeliling. Hanya tinggal dia dan Sabrina sahaja. Dia tidak perasan sekarang sudah waktu pulang.

Hazel bangkit berdiri lalu mengemas barang-barangnya. Beg sekolahnya disandang. Baru sahaja dia ingin berlalu pergi ada tangan yang memegang lengannya.

"Kau nak pergi mana?" Hazel memandang Sabrina.

"Balik." Tangan Sabrina ditepis lalu dia menuju ke locker. Buku-buku dikeluarkan.

Hazel terkejut apabila ada tangan yang menutup kasar pintu locker. Dia memandang ke arah kanannya. Lucy sedang bersandar di locker sambil tersenyum sinis.

"Kau nak apa ini?" tanya Hazel serius. Lucy mengangkat kedua belah bahunya.

"Guys." Baru sahaja Hazel ingin melangkah pergi ada tangan yang memegang kedua belah tangannya.

"Eh lepaslah!" Hazel cuba melepaskan dirinya. Kedua-dua pelajar lelaki yang memegang tangannya menguatkan lagi pegangan.

"Bawa dia pergi kolam." arah Lucy. Sabrina, Victoria dan Natalie turut ada di situ.

"Lepaslah!" Hazel diheret menuju ke kolam renang di sekolah itu. Dia betul-betul di biar berdiri di hujung kolam itu. Selangkah dia mengundur pasti akan terjatuh.

The Stupidos | The Hidden CureWhere stories live. Discover now